=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

31 December 2010

=kenangan 2010=

hye 2010..terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang kau bagi kat aku,,
haishhhh..kenapa lah kau tak bagi kenangan manis je kat aku..
kenangan pahit tu tak payah lah kan..tapi tu semua kenangan kan...
seriously,tahun 2010 terlalu banyak kenangan yang akan aku ingat sampai bila bila..

kenangan manis :


  • surprise birthday untuk aku..5 JANUARI 2010..neyh la kenangan yang paling paling manis sepanjang tahun 2010..aku langsung tak terfikir yang member member aku akan buat surprise birthday party untuk aku..malam tu wajib la aku kena tepung kan..esoknya kawan kawan aku buat surprise untuk aku kat redbox sogo..sumpah aku terharu giler weyh..tengs kawan kawan..sumpah aku sayang korang!

  • first reunion SKSW..8tahun tak jumpa..takot,malu,segan semua adalah...lama tak jumpa dorang..bila dah jumpa masing masing dah berubah..sampaikan ada yang aku tak kenal dorang langsung..*lupa ingatan kejap..huhu.. ibarat macam kenal balik la..tapi serious aku happy jumpa dorang walaupun tak semua yang datang masa reunion tu..

  • buka puasa dengan Ex school Esempi..actually,yang terlibat kelas 5E je..tapi ada lah jugak dak kelas lain yang ikot..last jumpa time SPM..lepas tue tak jumpa langsung..expecially lelaki la..masing masing dah tak macam dulu..yelaa..dah matang la kononnya kan,,hahaha!

  • holiday with dak SKSW kat Port Dickson..neyh paling paling best..walaupun sepatutnya jadi reunion kedua tapi cancel..the best part bila perempuan dua orang sahaja..haha! serious lupa masalah bila lepak dengan dorang...masing masing masuk air..hikhik..

  • reunion ESEMPI..credit to SYAM sebab dia yang plan semua neyh..ramai jugaklah yang follow walaupun ada yang tak dapat datang..bila dah jumpa,masing masing ada je story yang nak diceritakan..masing masing dah lain..semua hot tapi aku je yang masih macam dulu..hahaha! next time syam plan nak pergi holiday pulak..insyallah aku follow okey! ;))

  • hari raya yang cukup bermakna sebab my aunty yang dari UK balik plus beraya di Malaysia..dan dapat berkumpul dengan satu family yang cukup besar..sumpah rasa best giler..lepas tu,terfikir,besar jugak family belah mak aku neyh..hahaha! the best part is bila dapat kumpulkan adik beradik mak aku..bukan senang doe..terharu beb!

  • dapat pergi holiday dengan budak budak rumah dekat Melaka dan Terengganu..walaupun masa tu jiwa aku agak kecewa..(yela..lepas putus cintakan..),mereka always ada untuk aku..atleast,pergi sana dapat buat hati aku tenang..plus pergi mandi manda dekat gabai..kenangan doe.. ;)

  • pergi Genting Highland lewat malam tanpa plan..neyh lagi laa..sejuk jangan cakap la..lepak lepak then,member aku terus cakap nak naik Genting..okey..nasib baik la aku neyh pakai sweater..kalau tak memang beku la..tapi best weyh!


Actually banyak kot kenangan manis tapi yang aku taip neyh sebahagian kenangan manis sepanjang tahun 2010..

kenangan pahit :

err..tak perlu kot aku nak bagitahu..biarlah aku sorang je yang tahu okey..kang kalau aku letak kat blog kang panjang sangat sangat..baik tak payah kan..hahaha!

hopefully,tahun 2011 lagi better dari tahun 2010..aminnnnnnnn..

GOODBYE 2010..WELCOME 2011..

bye!

28 December 2010

=Result Exam=



alhamdulillah..pass semua subject dan result pun okey..syukur sebab aku takde repeat..sem neyh memang agak tekanan dan result yang aku dapat takde la mengecewakan.. pointer pun naik kalau nak dibandingkan dengan sem lepas..


*6 Januari daftar for new sem..welcome semester 5..

27 December 2010

=Congrats Malaysia!=


congrats to team Malaysia sebab berjaya menewaskan Indonesia 3-0..
cayalahh..haha! walaupun aku tak pergi stadium untuk tengok bola..tapi aku tengok kat rumah la der..terjerit jerit kat rumah neyh dah macam orang giler dah..hahaha!
gol dijaringkasn oleh ASHARI dan SAFEE..memang steady la dorang neyh..huhu..
tapikan..yang tak bestnya bila PEMAIN DAH PROFESSIONAL TAPI PENYOKONG PLAK YANG TAK PROFESSIONAL LANGSUNG...haishhhh...

alaaa..time menang semua nak bangga..semua keluar ayat manis..cuba kalau Malaysia kalah malam tadi..memang kena maki dengan rakyat Malaysiakan..dan aku pun takde la nak update entry neyh..hahaha! btw, Congrats Malaysia! ;))

24 December 2010

=Macam macam ragam kat FACEBOOK neyh=


see my status kat FACEBOOK..agak agak ada yang nak kaki aku tak tengok status aku macam tu..okey..ada aku kisah?? haha! facebook aku and suka hati aku lahh..kenapa dah ada GF/BF tapi masih nak mengaku diri tu SINGLE..motif untuk apa?? takut market jatuh ke apa?? adoi..kalau ada reason yang munasabah nak sorok relationship tu takpe jugak..neyh motif untuk menggatal..adoi..kesian lah siapa yang jadi GF/BF kau kann..

banyaknya account facebook kau..kau ingat kau artis?? hahaha!! motif nak banyak banyak facebook neyh untuk apa sebenarnya?? satu facebook nak buat relationship
dengan orang neyh dan satu lagi facebook nak buat relationship dengan orang lain
plak..perghhhh...macam takde reason lain plak..

beribu ribu friend kat facebook plus nak bangga friend ramai kat facebook..neyh lagi tak boleh blah..kalau beribu ribu friend kau kat facebook tu tapi setakat separuh je
friend yang kau kenal tak perlu kot nak bangga..kononnya kau nak orang cakap
"wow..ramainya friend kau kat facebook.,macam artis la.."..tapi kau tak tahu
sebaliknya..haha! aku jeles?? memang taklah kan..

bila ada salah faham sikit je mula lah nak update kat facebook..plus tak boleh blah bila terus delete dari friendlist..WTH! gaduh je delete dari friendlist..bila dah berbaik add
balik..pape tah..sangat sangat tak profesional langsung! memang tak lah nak approve balikkan..

lepas tu tagged gambar..yang tak boleh blah gambar tu perlu ke dengan duit??kau ingat aku mata duitan?? haha! kononnya bergambar dengan duit yang beribu ribu..kau ingat aku teruja dengan gambar kau bersama duit tu?? hahah! kesian doee..

agak agak entry aku kali neyh ada orang yang bengang tak?? kisah?? BLOG AKU..SUKA HATI AKU LAHHHHH!

update : perlu ke bila sedara sedara pun nak add kat facebook?? tettt~

P/S : weyh..rindu kau doeee... ;(

20 December 2010

=Kata pun kawan..biasa la tu kalau gaduh gaduh=

see my caption right?? okey..aku nak story pasal KAWAN..
walaupun kita ramai kawan tapi tak semua kawan kawan yang ramai tu akan faham dengan perangai kita..dalam ramai ramai tu maybe 2,3 orang je yang akan faham dan boleh terima perangai kita yang tak seberapa nak baik neyh..haha!
macam tu jugak la dengan aku..walaupun aku ada ramai kawan tapi tak semua kawan kawan aku dapat terima perangai aku..
kadang kadang tu salah faham mesti ada dalam satu persahabatan..
sama ada kita pandai nak handle ataupun tak..dah duduk satu rumah pun belum tentu dapat terima perangai kawan tu..biasa la tu ada yang tak puas hati bagai..perangai manusia lain lain kan..tapi bagi aku dalam persahabatan tu mesti kena jujur lah..kalau ada rasa tak puas hati cakap dengan empunya diri..belajar la untuk berterus terang..
plus jangan berdendam ataupun jangan simpan dalam hati..dah lepas tu lepas la kan..
satu lagi jangan la dengar cerita dari mulut mulut longkang yang suka menyampai plus suka merosakkan persahabatan orang lain..kadang kadang aku sendiri tak faham kenapa orang suka sangat dengar cerita dari mulut orang lain dan bukannya dari mulut orang tu sendiri..tapi kalau kita betul betul yakin plus kenal perangai kawan tu macam mana,mesti kita tahu mana satu betul and mana satu salah..ada jugak kawan yang depan kita pijak semut pun tak mati..depan kita bukan main baik lagi..belakang kita macam macam dia dok kutuk..kena pilih kawan yang betul betul kawan sebab kawan neyh yang suka mempengaruhi kita..lagi lagi kalau kita neyh senang terpengaruh..

bagi aku,aku sayang semua member member aku walaupun :

-kadang kadang pendapat tu tak sama..
-kadang kadang terasa dengan perangai masing masing..
-kadang kadang gaduh benda benda kecik..
-kadang kadang suka cakap lepas..
-kadang kadang suka ikut kepala sendiri..
-kadang kadang tak fikir perasaan orang lain..

biasa laa.katapun kawan kan..gaduh gaduh tu perkara biasa.. ;))

13 December 2010

=Saya suke semua ini=

before this aku ada update pasal chocolate kan..tue siapa siapa yang baca blog aku mesti tahu..*ada ke yang baca blog aku?? tetttt~~ klik link INI.. and this also my favorite ... ;))

saya suka Akim!! hikhik..eh eh..
ais krim cornetto Royale Chocoluv tue pun aku suka jugak!

mak aiii...terliur tengok kek neyh..chocolate banana dari secret recipe..
perghhh..terbaik lah..besday aku tahun depan(5 januari 2011) aku nak kek neyh..
taw taw..hahaha!
*tah siapa nak bagi tah..huhu..

wahhh..i love teh ais..hikhik..tak tahu la kenapa aku suka sangat sangat dengan teh ais neyh..kalau pergi makan WAJIB order teh ais okey..

meatball...aku selalu dengar orang dok cakap meatball kat ikea neyh sedap sangat sangat..teringat nak makan...hmm...bila la nak dapat makan neyh...

i love cupcake!!! tapi aku tak tahu kat sini mana cupcake yang sedap..
tapikan kalau nak cupcake yang sedap baik buat sendiri..
okey..reti plak aku kan..lalala~~

and this..kalau gi Pavillion haruslah beli jco kan..sedap plak..
nyum nyum..

11 December 2010

=Jangan nak rindu rindu okey..*ayat nak poyo je kan..=

agak agak ada orang nak kaki aku tak dengan caption aku tue?? hahaha!
okey fine! takde orang nak rindu kannnnnnnnn..

kan best kalau otak kita boleh delete mana yang tak penting dan save mana yang penting..aman dunia..neyh tak,semua benda kena fikir..
benda yang tak sepatutnya fikir pun kena fikir..haishhh...
serabut laaaa!!

okey...facebook,blog,saya akan tinggalkan awak untuk beberapa hari..untuk tenangkan diri..takmo rindu rindu okey.. ;)

09 December 2010

=Ohh Chocolate=

chocolate make me perfect!!



sila bagi saya satu..ngeee..

*macam mana nak kurus..haishhhh....ngeee...

08 December 2010

=25 about me?? Jom terjah kalau nak tahu..=


once you have tagged,
you are supposed to write a note with 25 random,things,facs or goal about you.
at the end choose 25 people to be tagged.
you have to tagged the person who tagged you.
if i tag u.
it because i want to know more about you (:


haa..amek kau..sekali dia mintak 25..caitt...memang sikit la kan...
neyh kerja nard la neyh..dia tagged kat aku..btw,tengs babe! 
okey okey..jom kita terjah..ngeee...

1. firstly, aku hanya seorang perempuan yang biasa biasa sahaja..

2. tarikh lahir aku 5 JANUARI 1990..lagi beberapa hari je neyh besday aku...so,tak reti reti nak bagi aku hadiah?? hahaha!

3. aku ada 4 orang adik beradik..3 orang kakak..aku bongsu plus TAK MANJA okey..
aku takde abg..so,nak jadi abg aku tak?? haha!

4. seorang perempuan yang tak secantik LISA SURIHANI tapi tetap bersyukur dengan kurniaan Tuhan.. ;)

5. seorang student yang tak pernah pegang title DEKAN..haha!!

6. aku jenis yang susah nak melekat kat rumah..tapi kalau dah duduk rumah,malas plak nak keluar..

7. aku susah sangat sangat nak jatuh cinta..bila dah jatuh cinta,memang aku setia..ehem ehem..untung kan?? haha!

8. dulu aku memang seorang yang panas baran plus suka sound orang sesuka hati..but bila aku kenal ngn someone neyh perangai tue secara auto (no manual..hehe) terus berubah..waaahhh...

9. aku jenis straight to the point..aku akan cakap je apa yang aku tak suka..nak terasa tue masalah kau! kejam kan?? hahah!

10. now,dah umor 20tahun,aku masih lagi tiada lesen memandu..perghhh..sadis kan??

11. aku SUSAH NAK MAAFKAN orang..

12. paling paling tak suka menunggu..memang boleh buat mood aku hilang..

13. aku kalau dah sayang orang,memang aku akan sayang sangat sangat tapi KALAU AKU DAH BENCI,AKU BENCI SAMPAI BILA BILA...

14. bagi aku siapa siapa yang puji puji aku tue just nak jaga hati aku je..kan kan..baik mengaku! ngeee...

15. aku mempunyai satu lesung pipit belah kiri..tapi kecik je..

16. aku seorang yang rabun...sangat tak suka pakai spek..haha! and aku seorang yang kidal.. ;)

17. ramai yang tanya aku kenapa aku guna name MUNCET..jeng jeng jeng..jawapannya?? biarlah rahsia..haha!

18. sangat meminati FAIZAL TAHIR and SHAHEIZY SAM..

19. mudah menangis..tue la masalah aku..kena marah pun menangis..cmne tue??

20. aku bukan jenis yang hipokrit..expecially,dari segi perangai..walaupun aku first time jumpa orang tue,aku akan tunjuk perangai sebenar..tak main la cover cover neyh..

21. i love my girlfriends..and my family..and my future husband..errr?? haha!

22. sedang berusaha untuk kuruskan badan...hahaa!

23. sangat suka berkaraoke..dan sangat sukakan teh ais..

24. sangat geli dengan lipas..eeuuuwww...

25. the best part is aku masih SINGLE..nak borang?? pergi mintak kat PA aku..haha!

okey..done!

aku nak tagged:

06 December 2010

=Aku dah jadi Lesbian?? OMG!!=

bila tengok orang lain bercinta,kita pun sibuk nak bercinta juga..taknak kalah nyahh..
cehhh..tak perlu kot..buat apa nak ikut ikut orang kan...tapi kan tapi kan...bila aku tengok orang lain berjalan dengan couple couple dorang,mesti aku jelezzzz SANGAT SANGAT...mesra mesra depan aku plus manja manja..*kalau nampak aku sila jangan mesra mesra depan aku..ngee...rindunya nak ada bf!!! mak..cari kan saya bf...pang! penampar sekali kau dapat..study tue habiskan dulu..hukhuk..tapi mak aku sporting..takde la sampai macam tue kann..hahaha!

mak aku pernah cakap,

Mak : tgk tue..kalau dah jodoh putus bertahun tahun pun tetap akan kawin..
Muncet : eyh?? tue la kan..*layankan je laa..
Mak : macam orang tue dengan tetttt (terpaksa dirahsiakan..haha!) putus putus kang mana tahu ada jodoh..tahu tahu dah nak kawin..bila tanya kawin dengan siapa..tengok tengok dengan tettt...
Muncet : *terkedu..(dalam hati aku,macam takde orang lain nak sebut..sebut la SSS ke FT ke) hishhh...apalah mak neyh..ada plak..orang dengan dia memang takde jodoh..
Mak : mana tahu??
Muncet : ala..tunggu la orang carik orang lain..
Mak : sebenarnya diri tue tak boleh nak lupakan dia..kalau boleh lupakan dia mesti dah carik lainkan..takpun dah terima orang lain..
Muncet : *Bangun..dan terus masuk bilik..

siapa tak nak orang sayang kita..always take care pasal kita..selalu ada bila kita perlukan..sanggup susah senang..terima diri kita seadanya..siapa yang tak nak kannn??aku memang nak la tapi jodoh tue belum sampai plus hati tak terbuka lagi untuk lelaki..*actually,aku pun tak tahu aku ada hati untuk lelaki atau tak..ataupun aku dah jadi LESBIAN ?? OMG!! okey..tak lawak laaa makcik...

05 December 2010

=Ahh kau sue..asyik menangis je..=

"I cry because I’m angry. 
I cry because I’m frustrated. 
I cry because I’m tired of all this. 
I cry because you don’t understand. 
I cry because I only have myself to turn to
& I cry because there’s nothing else I could do."




and pray for me to get one happiness..its enough for me..

02 December 2010

=Message wat aku panas jew!=

pagi tadi aku macam biasa online la kan..dapat message kat inbox dari someone..
nak tahu apa message yang dia bagi?? 














































tadaaaaaaa....
klik INI untuk tengok page tuee..

perghhhhhh...kau buat aku senyummmmmm...kau tengok FT tueee...aww aww...jatuh cinta sudah..plzz jangan pandang aku macam tueee..hahaha! okey..gedik la weyh.. ;pp 
thanks to fatinfartini sebab tahu tahu je i minat mamat neyh..haha! 
(cehhh..sedangkan semua member aku tahu kot yang aku minat FT..ngee..) 
okey..tue je aku nak cerita..okey..bye!


24 November 2010

=Cinta aku semakin pudar..KEJAM!=

caption aku agak tak boleh bla kan?? hahaha! 
hari neyh aku tiba tiba tergerak hati nak bukak MYSPACE aku yang dah bertahun tahun tak bukak tue.. *okey..tipu je.. 
actually, aku dah lama tak bukak myspace tue..tapi takde lah sampai bertahun tahunkan..
semenjak dah ade FACEBOOK and TWITTER neyh, myspace diabaikan..
kesian kau myspace..kejamkan aku sebab abaikan kau..
dulu masa aku hingusan + remaja (now aku dah dewasa okey....hahaha!) kau lah jadi pujaan hati aku..pergi cyber cafe je tak sah kalau tak online myspace..
 (yela dulukan takde internet kat rumah)
perkara WAJIB online myspace tau.. bila online je mesti ada friend request + comment approve.. 
perghhhh..hot chick la katakan..haha! *perasan! uwek! hot chicken adalah..ngee...
bila facebook makin menjadi bualan orang sekeliling aku, cinta aku pada myspace semakin pudar pudar dan pudar..dan cinta aku pada facebook semakin tebal...tebal macam novel novel tue..hukhuk...kira sekarang neyh facebook lah menjadi pujaan hati aku..sorry myspace..kau dah tak laku..haha!
tadi aku online myspace,terkejuz mak tgk myspace dah bertukar wajah..
maju sekarang mak tengok nyah..nak lawan facebook lah tue..ngee...

log in..

see..dah lain kannn..kira okey lagi lah sebab log in jew kan..

home

neyh home page myspace aku..jap jap..aku jadi blur plak tengok myspace aku neyh..

profile page

semua berubah okey..giler buruk plak aku tengok..nasib baik FT ada..ngee..
memang dah lain lah..
aku sendiri tak tahu macam mana nak guna myspace neyh..

hmm..aku ade fikir nak block je myspace neyh tp macam sayang je..sebab banyak kenangan lah dengan myspace neyh...dah bertahun kot..
aku dah fikir masak masak,aku takkan block myspace neyh..
just biarkan je laa..boleh aku tunjuk kat cucu aku nanti yang nenek pun ada myspace dulu..hahaha! *okey..tak kelakar..





16 November 2010

= finally done with final exams=

kat sini aku nak cakap yang aku sudah legaaaaaaa!!!! alhamdullillah...I'm finally done with final exams for this semester..yeayyyy... seriously,aku rasa lega sangat sangat..kepada buku buku,nota nota aku,nota nota yang aku pinjam dari kawan kawan,aku nak says goodbye selama sebulan ++... *after sebulan kena mengadap buku lain plak..adoi..aku tak perlu nak jadi guard pukul 2,3,4 pagi..ishhh...bukan main lagi berjaga tapi apa yang aku baca tah..kalau tak dapat A jugak aku tak tahu lah nak cakap apa kannn...tak kisahlah...yang penting final exam dah berakhir..tapi perasaan risau tetap ada..paling paling aku risau ialah paper MARKETING..sebabnya lecturer kami langsung tak bagi apa apa hint..tolong kesian..tapi aku redha je lah..nak buat macam mana kan..paper yang lain hopefully okey lah..
okey..done!



28 October 2010

=Final exam=

OMG!! FINAL EXAM is come around me...

1 NOV 2010   - ARAB
3 NOV 2010   - DATA COMMUNICATION
7 NOV 2010   - BUSINESS INFORMATION SYSTEM
11 NOV 2010 - PRINCIPLES OF MARKETING
13 NOV 2010 - SYSTEM ANALYSIS AND DESIGN
16 NOV 2010 - INTRODUCTION TO ACCOUNTING AND FINANCE

wish me luck!!

=8 years..In Memory...=

8year already..

SUHAIMI BIN SALLEH adalah satu satunya lelaki yang ada dalam hati aku..
ari nie genap 8 tahun pemergian arwah abahh..satu satu nye lelaki yg aku paling paling syg..
kehilangan beliau dalam keluarga amat amat dirasai..
masih aku ingat saat saat kami sekeluarga melihat tubuhnya yang terbujur kaku..
dengan semangat yg kuat,kami harungi hari hari yang mendatang tanpa seorang ayah..

kadang kadang perasaan rindu itu datang dan boleh buat aku menangis..
aku belum puas merasai kasih sayang seorang ayah..sumpah! aku cemburu tengok kawan kawan aku yg lain ada ayah..aku cemburu lihat kawan kawan aku bermanja manja dgn ayah tp aku??
sejak kehilangan arwah abah, mmg terasa kesusahan nyaa..hanya kami je yang tahu..
kadang kadang aku rasa kalau arwah abah masih hidup,pasti aku tak akan rasa apa yg aku rasa sekarang neyh.. 

bergelar anak yatim bukan senang dan bukan senang untuk emak memikul gelaran ibu tunggal..
terlalu banyak tohmahan dan kata kata org luar yang agak membuatkan aku hilang sabar..
disebabkan harta benda, pertalian yang terikat putus! dan disebabkan itu, keluarga dijadikan keutamaan dalam hidup aku..hidup aku kosong tanpa keluarga..

semoga roh abah tenang disana dan ditempatkan dikalangan org org yg beriman..

in memory,
SUHAIMI BIN SALLEH
MARCH 1958-OKTOBER 2002

26 October 2010

=System + Lappy=

first : smlm aku tidur pukul 5 pagi sebabnya menyiapkan final system..perghhhhh...mmg bersengkang mata aku...
bukan senang nk siapkan system...tu belum final project yg betul betul lagi..sem depan tak tahu la macam mana kan...orang tgk mmg senang tp nk mengingat coding nya mmg susah la kan..the best part is bila dah siap system tu then system tu hilang...OMG! ulang balik SYSTEM TU HILANG..terpaksa buat balik...takpe..dugaan namanya...finally,siap jugak system tu..

aku tunjuk nie je..


second : lappy aku sudah siap diformat...yeah yeahhh...dah tukar kpd window7..aku tahu la aku je yg baru terhegeh hegeh nk tukar window7 kan..tp apa aku kisah..hahaha! thanks MISTA KAY kerana mengformat lappy aku dgn baik...rasa macam baru beli lappy je..huhu...

just focus pada lappy..yg lain lain sila abaikan..
okey..daa~~

30 September 2010

=1years=

OMG! 1years already...
apa yg 1 years already nya sue??
ngeee...hari nie genap SETAHUN AKU SINGLE..
ulang balik SETAHUN AKU SINGLE..
wow! den raso macam tak cayo..haha!
rase cam kejap sgt sgt dah 1years aku single..
pecah rekod dunia doee..boleh masuk book of records nie..haha!
okey..tak kelakar..
setahun sudah tanpa insan yg bergelar lelaki..bergelar BF..
setahun sudah tanpa rasa kasih syg seorg lelaki..
haha! ayat tak boleh blaa...weee~~
dalam masa setahun bermacam macam karenah lelaki yg aku jumpe..
tp sorang pun tak berjaya bukak pintu hati aku yg dah di mangga
(bukan buah mangga atau majalah mangga okey)
dan kunci nya telah dibuang jauhhhhhhhhh...
*jauh sgt la kononnyakann..weee~ dan dah tetutup rapat rapat dan rapat..
baru den raso camno hidup single..*ehh..asal tetiba ckp nogori plak nie..
before this pernah la hidup single tp tak la lama macam nie kan..
haaa...tu menandakan yang aku bukan senang untuk jatuh cinta..
kalau dah jatuh cinta mmg setia..*okey..sila muntah sekarang..

1years already n still seaching...

23 August 2010

=The Expendables=

disebabkan aku terlalu sedih mlm td,malam tu jgk aku keluar pergi tgk wyg..
tu pun feza dengan gee aku yg ajak..dorang tgk aku menangis..maybe sbb tu dorang ajak aku keluar..


aku tgk cerita The Expendables...
cerita dia mmg best laa..byk suspen jew..
hmm..lgpun aku tak focus sgt..fikiran melayang layang..
then, pergi kampung baru..pergi makan kat HR Steak..tp aku tak makan just minum je..
sumpah takde selera..
memandangkan takde mood nk menaip,aku undur diri dulu yee...


21 August 2010

=Ulser oh ulser=

U L S E R lagiiiii...
adoi..kenapa la time bulan puasa pun boleh kena ulser??
sgt sakit okeyyy...dan kenapa la aku senang sangat kena ulser??
ishhh..menyakitkan...nk ckp pun susah weyhhh...
lagi lagi bulan puase nie..nk letak bonjela pun tak boleh...
terpaksa menahan sakit nie... ;((
sangat tak suka berkeadaan macam nie...

ulser oh ulser...
cpt skit baik yee..saya nk bercakap...
terima kasih...

10 August 2010

=Ohh Ramadhan=

to blogger blogger...stalker stalker..musuh musuh..sahabat sahabat..family..dan siapa siapa laaa...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa...


30 July 2010

=Subject oh subject=

better right now..
sekarang nie aku sgt sgt bz dgn esaiment,tutorial,quiz,midterm exam and final projek..
adoi..sgt tak suka..sumpah tak suka weyh..
lagi lagi final projek kiteorg kena pergi satu company utk tahu ape jenis system yg dipakai and apa problem system tu..
bunyi mcm senangkan?? tp susah weyhh...lagi lagi nk cari company..
sgt memerlukan duit utk transport lagi..sumpah sengkek..


*ada siapa siapa nak derma aku duit tak?? sgt sgt dialukn..haha!


aku nk cerita pasal subject aku utk sem nie..
first sekali subject business information system..okey..sgt SIKIT teori untuk dibaca..mmg SIKIT laaa..haha!
actually,BANYAK weyhhh..nk kena hafal and faham..final project dia kiteorg kena carik 1 system and try selesaikan problem dia..waaa...sgt SENANG! okey...


financial accounting..subject yg byk kira kira..mmg aku sgt PRO..pro la sgt kn?? aku da la tak suka kira kira..nk kena hafal formula yg sgt byk! tp nasib baik lecturer yg ajar sgt la best..aku suka!


system analysis n design..subject nie pun byk teori..nk kena faham betul betul..agak mengantuk la subject nie..haha! final project kiteorg kena pergi interview 1 company..then,tanya apa system yg dia guna and kena keluarkan idea utk upgrade system yg dia pakai..adoiii..pening weyh..


marketing..haha! subject yg aku suka tp byk teori..aku dah la paling paling tak suka menbaca weyh..sumpah tak suka..nk kena ingat and nk kena hafal bagai..ish..mmg aku SANGAT RAJIN la kn..weee~~


data communication..ishh..tak suka subject nie sbb ada pengiraan and ada teori..agak mengantuk..(aku tak tahu sama ada lecturer tu ajar bosan or aku yg bermasalah..huhu..)..yg lukis lukis tu aku suka laaa..tp bab menghafal mmg aku tak suka..daya ingatan aku nie mmg POWER sgt utk ingat semua tu okey..


last,subject arab...erkkkk...arab?? arab?? arab?? kene hafal..kene faham..aku basic pun takde weyh bahasa arab nie...presentation kiteorg kena berlakon..and yg paling best skrip dalam bahasa arab okey..terbelit belit lidah aku..ishhh...


kesimpulannya,sem nie boleh dikatakan semua subject aku TAK SUKA! tak tahu la pointer aku nanti macam mana..sekian,terima kasih..

26 July 2010

=Twilight=


sumpah da lama giler tak tgk wyg weyh...
akhirnya dpt jugak tgk cerita diatas nie..
best weyh...aku tak boleh nk comment lebih lebih..
better korg pergi la tgk sendiri..

30 April 2010

=Adamaya=

sangat meminati cerita ini ok..
even termiss pun aku akan tgk kat tonton..
tu yg pasti..ngee...
citer nie mengisahkan cinta 3 segi antara adam,maya dgn dani..
tp aku paling suka watak adam..giler cool and seorang yg sangat penyabar..
ada ke lelaki yg macam dlm watak adam kat dunia nie??
macam dah pupus je..
giler best kalau dpt husband macam adam nie...

*mak! anak mak nie nk kawen..haha! 
semua penangan citer adamaya la nie..ngee...

08 April 2010

=FT=

waaaahhh...aku nk tunjuk something nie...
meh tgk meh...
























tadaaaa....

akhirnya dpt jugak beli cd FT nie..
LOVE FT..
sekian,terima kasih...

10 March 2010

=bz..bz..bz..=

kesibukan melanda!!
arghhhhh..tekanan tekanan..
sibuk dengan assignment..sibuk dengan tutorial..sibuk dengan quiz..sibuk dengan presentation..
sibuk dengan introduc produk..sibuk dengan shooting produk..sibuk dengan final project..tlg kesian kat saye ok..hukhuk..
this month je kene siapkan proposal,kene pergi shooting,kena create produk..dengan midterm exam lg..
waaaaa...tension sudaah..tp takpe..chill chill..kata pon student kn..
huhu..tp nk tgk movie..lama giler tak pergi tgk movie..tp masa tak mengizinkan utk aku pergi tgk movie..hmm..
takpe takpe..tangguh dulu..stdy first ok..yeah! chaiyok chaiyok.. =)

nie baru separuh buku buku aku..
tgk buku je mula la ngntok..adoi..

01 February 2010

=Kebetulan=

tadi seharian aku berjalan dgn suzie...
plan nak pergi tgk wyg tp tak jadi..
then,pergi cari hadiah utk kiela..
masuk 1 kedai nie..
aku terpandang 1 patung sinchan..
macam pernah nampak tp kat mana eyh??
rupa rupanya patung sinchan tu sama dgn patung sinchan yg si dia bagi dkat aku satu ketika dulu..

sama macam si dia pernah bagi dekat aku..
then.aku beralih kat teddy bear..
aku terpandang kat teddy bear yg tersusun tu..

tadaaaa....
sama macam si dia bagi dekat aku dulu..
kebetulan plak..
sumpah teringat..
adoi..
aku pun tak tahu kenapa..
maybe secara kebetulan je kot..
tah laa...

05 January 2010

=suprise besday party=

suprise besday party yg tak disangka..
terharu sgt sgt..
celebrate dekat redbox sogo..
firstly,aku mmg tahu celebrate kat redbox tp tak sangka pulak semeriah itu..
aku just ingat nak karok je..takde la kek kek nie..
before this aku call Eis tanya kat mana and dah booking ke kat redbox..sebab dorang senyap je..tak call aku langsung..Eis ckp dia dah kat redbox...aku dah bebel la sebab tak call aku..huhu..dia pun ckp la bilik no berapa..aku masuk jee ramai ramai nyanyi lagu happy birthday dekat aku..sumpah aku terharu sgt sgt..rasa nak menangis tapi control macho lagi..haha! lepas dah potong potong kek,apa lagi melalak laaa..karok time!!
sampai takde suara dah nie..huhu..anyway,aku hargai sgt sgt birthday party nie..

inlah keknya..

i luv them so damn much! thanks all..
suprise birthday party yg aku akan ingatt smpai bila bila..
hargai sgt sgt..
even tahun nie aku celebrate berstatus single tapi aku happy sbb aku always ada member member...
muahhhhhhxx!!!

=MY BESDAY SWEET-20=

happy birthday to me..
happy birthday to me..
happy birthday to siti suria suhaimi..
happy birthday to me....
5/1/2010.. 

haha! aku sudah tua..aku sudah tua..(giler bangga aku..huhu..)
sweet-20..

aku dah 20tahun..sudah masuk angka dua..adoi..tua sudah..

tadi pergi mapley..dengan bebudak rumah plus chiep, bie dengan eisak..
lepak lepak..makan makan..

pas mkn,jalan la nak balik rumah dgn mereka tu..
aku mmg tak rasa yg aku akan kena telur + tepung..
tetiba ada orang baling telur terus melekat kat baju aku + dgn tepung + dgn spray buih sekali..okey..aku dah tahu yang aku memang dah terkena..


aku ingatkan stop smpai situ je..rupa rupanya kat rumah pun kena jugak..
aku kena simbah dgn air..waaa...giler teruk..huhu..
anyway,thanks korang,aku happy sgt sgt mlm nie..
iltsm..