=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

31 December 2010

=kenangan 2010=

hye 2010..terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang kau bagi kat aku,,
haishhhh..kenapa lah kau tak bagi kenangan manis je kat aku..
kenangan pahit tu tak payah lah kan..tapi tu semua kenangan kan...
seriously,tahun 2010 terlalu banyak kenangan yang akan aku ingat sampai bila bila..

kenangan manis :


  • surprise birthday untuk aku..5 JANUARI 2010..neyh la kenangan yang paling paling manis sepanjang tahun 2010..aku langsung tak terfikir yang member member aku akan buat surprise birthday party untuk aku..malam tu wajib la aku kena tepung kan..esoknya kawan kawan aku buat surprise untuk aku kat redbox sogo..sumpah aku terharu giler weyh..tengs kawan kawan..sumpah aku sayang korang!

  • first reunion SKSW..8tahun tak jumpa..takot,malu,segan semua adalah...lama tak jumpa dorang..bila dah jumpa masing masing dah berubah..sampaikan ada yang aku tak kenal dorang langsung..*lupa ingatan kejap..huhu.. ibarat macam kenal balik la..tapi serious aku happy jumpa dorang walaupun tak semua yang datang masa reunion tu..

  • buka puasa dengan Ex school Esempi..actually,yang terlibat kelas 5E je..tapi ada lah jugak dak kelas lain yang ikot..last jumpa time SPM..lepas tue tak jumpa langsung..expecially lelaki la..masing masing dah tak macam dulu..yelaa..dah matang la kononnya kan,,hahaha!

  • holiday with dak SKSW kat Port Dickson..neyh paling paling best..walaupun sepatutnya jadi reunion kedua tapi cancel..the best part bila perempuan dua orang sahaja..haha! serious lupa masalah bila lepak dengan dorang...masing masing masuk air..hikhik..

  • reunion ESEMPI..credit to SYAM sebab dia yang plan semua neyh..ramai jugaklah yang follow walaupun ada yang tak dapat datang..bila dah jumpa,masing masing ada je story yang nak diceritakan..masing masing dah lain..semua hot tapi aku je yang masih macam dulu..hahaha! next time syam plan nak pergi holiday pulak..insyallah aku follow okey! ;))

  • hari raya yang cukup bermakna sebab my aunty yang dari UK balik plus beraya di Malaysia..dan dapat berkumpul dengan satu family yang cukup besar..sumpah rasa best giler..lepas tu,terfikir,besar jugak family belah mak aku neyh..hahaha! the best part is bila dapat kumpulkan adik beradik mak aku..bukan senang doe..terharu beb!

  • dapat pergi holiday dengan budak budak rumah dekat Melaka dan Terengganu..walaupun masa tu jiwa aku agak kecewa..(yela..lepas putus cintakan..),mereka always ada untuk aku..atleast,pergi sana dapat buat hati aku tenang..plus pergi mandi manda dekat gabai..kenangan doe.. ;)

  • pergi Genting Highland lewat malam tanpa plan..neyh lagi laa..sejuk jangan cakap la..lepak lepak then,member aku terus cakap nak naik Genting..okey..nasib baik la aku neyh pakai sweater..kalau tak memang beku la..tapi best weyh!


Actually banyak kot kenangan manis tapi yang aku taip neyh sebahagian kenangan manis sepanjang tahun 2010..

kenangan pahit :

err..tak perlu kot aku nak bagitahu..biarlah aku sorang je yang tahu okey..kang kalau aku letak kat blog kang panjang sangat sangat..baik tak payah kan..hahaha!

hopefully,tahun 2011 lagi better dari tahun 2010..aminnnnnnnn..

GOODBYE 2010..WELCOME 2011..

bye!

28 December 2010

=Result Exam=



alhamdulillah..pass semua subject dan result pun okey..syukur sebab aku takde repeat..sem neyh memang agak tekanan dan result yang aku dapat takde la mengecewakan.. pointer pun naik kalau nak dibandingkan dengan sem lepas..


*6 Januari daftar for new sem..welcome semester 5..

27 December 2010

=Congrats Malaysia!=


congrats to team Malaysia sebab berjaya menewaskan Indonesia 3-0..
cayalahh..haha! walaupun aku tak pergi stadium untuk tengok bola..tapi aku tengok kat rumah la der..terjerit jerit kat rumah neyh dah macam orang giler dah..hahaha!
gol dijaringkasn oleh ASHARI dan SAFEE..memang steady la dorang neyh..huhu..
tapikan..yang tak bestnya bila PEMAIN DAH PROFESSIONAL TAPI PENYOKONG PLAK YANG TAK PROFESSIONAL LANGSUNG...haishhhh...

alaaa..time menang semua nak bangga..semua keluar ayat manis..cuba kalau Malaysia kalah malam tadi..memang kena maki dengan rakyat Malaysiakan..dan aku pun takde la nak update entry neyh..hahaha! btw, Congrats Malaysia! ;))

24 December 2010

=Macam macam ragam kat FACEBOOK neyh=


see my status kat FACEBOOK..agak agak ada yang nak kaki aku tak tengok status aku macam tu..okey..ada aku kisah?? haha! facebook aku and suka hati aku lahh..kenapa dah ada GF/BF tapi masih nak mengaku diri tu SINGLE..motif untuk apa?? takut market jatuh ke apa?? adoi..kalau ada reason yang munasabah nak sorok relationship tu takpe jugak..neyh motif untuk menggatal..adoi..kesian lah siapa yang jadi GF/BF kau kann..

banyaknya account facebook kau..kau ingat kau artis?? hahaha!! motif nak banyak banyak facebook neyh untuk apa sebenarnya?? satu facebook nak buat relationship
dengan orang neyh dan satu lagi facebook nak buat relationship dengan orang lain
plak..perghhhh...macam takde reason lain plak..

beribu ribu friend kat facebook plus nak bangga friend ramai kat facebook..neyh lagi tak boleh blah..kalau beribu ribu friend kau kat facebook tu tapi setakat separuh je
friend yang kau kenal tak perlu kot nak bangga..kononnya kau nak orang cakap
"wow..ramainya friend kau kat facebook.,macam artis la.."..tapi kau tak tahu
sebaliknya..haha! aku jeles?? memang taklah kan..

bila ada salah faham sikit je mula lah nak update kat facebook..plus tak boleh blah bila terus delete dari friendlist..WTH! gaduh je delete dari friendlist..bila dah berbaik add
balik..pape tah..sangat sangat tak profesional langsung! memang tak lah nak approve balikkan..

lepas tu tagged gambar..yang tak boleh blah gambar tu perlu ke dengan duit??kau ingat aku mata duitan?? haha! kononnya bergambar dengan duit yang beribu ribu..kau ingat aku teruja dengan gambar kau bersama duit tu?? hahah! kesian doee..

agak agak entry aku kali neyh ada orang yang bengang tak?? kisah?? BLOG AKU..SUKA HATI AKU LAHHHHH!

update : perlu ke bila sedara sedara pun nak add kat facebook?? tettt~

P/S : weyh..rindu kau doeee... ;(

20 December 2010

=Kata pun kawan..biasa la tu kalau gaduh gaduh=

see my caption right?? okey..aku nak story pasal KAWAN..
walaupun kita ramai kawan tapi tak semua kawan kawan yang ramai tu akan faham dengan perangai kita..dalam ramai ramai tu maybe 2,3 orang je yang akan faham dan boleh terima perangai kita yang tak seberapa nak baik neyh..haha!
macam tu jugak la dengan aku..walaupun aku ada ramai kawan tapi tak semua kawan kawan aku dapat terima perangai aku..
kadang kadang tu salah faham mesti ada dalam satu persahabatan..
sama ada kita pandai nak handle ataupun tak..dah duduk satu rumah pun belum tentu dapat terima perangai kawan tu..biasa la tu ada yang tak puas hati bagai..perangai manusia lain lain kan..tapi bagi aku dalam persahabatan tu mesti kena jujur lah..kalau ada rasa tak puas hati cakap dengan empunya diri..belajar la untuk berterus terang..
plus jangan berdendam ataupun jangan simpan dalam hati..dah lepas tu lepas la kan..
satu lagi jangan la dengar cerita dari mulut mulut longkang yang suka menyampai plus suka merosakkan persahabatan orang lain..kadang kadang aku sendiri tak faham kenapa orang suka sangat dengar cerita dari mulut orang lain dan bukannya dari mulut orang tu sendiri..tapi kalau kita betul betul yakin plus kenal perangai kawan tu macam mana,mesti kita tahu mana satu betul and mana satu salah..ada jugak kawan yang depan kita pijak semut pun tak mati..depan kita bukan main baik lagi..belakang kita macam macam dia dok kutuk..kena pilih kawan yang betul betul kawan sebab kawan neyh yang suka mempengaruhi kita..lagi lagi kalau kita neyh senang terpengaruh..

bagi aku,aku sayang semua member member aku walaupun :

-kadang kadang pendapat tu tak sama..
-kadang kadang terasa dengan perangai masing masing..
-kadang kadang gaduh benda benda kecik..
-kadang kadang suka cakap lepas..
-kadang kadang suka ikut kepala sendiri..
-kadang kadang tak fikir perasaan orang lain..

biasa laa.katapun kawan kan..gaduh gaduh tu perkara biasa.. ;))

13 December 2010

=Saya suke semua ini=

before this aku ada update pasal chocolate kan..tue siapa siapa yang baca blog aku mesti tahu..*ada ke yang baca blog aku?? tetttt~~ klik link INI.. and this also my favorite ... ;))

saya suka Akim!! hikhik..eh eh..
ais krim cornetto Royale Chocoluv tue pun aku suka jugak!

mak aiii...terliur tengok kek neyh..chocolate banana dari secret recipe..
perghhh..terbaik lah..besday aku tahun depan(5 januari 2011) aku nak kek neyh..
taw taw..hahaha!
*tah siapa nak bagi tah..huhu..

wahhh..i love teh ais..hikhik..tak tahu la kenapa aku suka sangat sangat dengan teh ais neyh..kalau pergi makan WAJIB order teh ais okey..

meatball...aku selalu dengar orang dok cakap meatball kat ikea neyh sedap sangat sangat..teringat nak makan...hmm...bila la nak dapat makan neyh...

i love cupcake!!! tapi aku tak tahu kat sini mana cupcake yang sedap..
tapikan kalau nak cupcake yang sedap baik buat sendiri..
okey..reti plak aku kan..lalala~~

and this..kalau gi Pavillion haruslah beli jco kan..sedap plak..
nyum nyum..

11 December 2010

=Jangan nak rindu rindu okey..*ayat nak poyo je kan..=

agak agak ada orang nak kaki aku tak dengan caption aku tue?? hahaha!
okey fine! takde orang nak rindu kannnnnnnnn..

kan best kalau otak kita boleh delete mana yang tak penting dan save mana yang penting..aman dunia..neyh tak,semua benda kena fikir..
benda yang tak sepatutnya fikir pun kena fikir..haishhh...
serabut laaaa!!

okey...facebook,blog,saya akan tinggalkan awak untuk beberapa hari..untuk tenangkan diri..takmo rindu rindu okey.. ;)

09 December 2010

=Ohh Chocolate=

chocolate make me perfect!!



sila bagi saya satu..ngeee..

*macam mana nak kurus..haishhhh....ngeee...

08 December 2010

=25 about me?? Jom terjah kalau nak tahu..=


once you have tagged,
you are supposed to write a note with 25 random,things,facs or goal about you.
at the end choose 25 people to be tagged.
you have to tagged the person who tagged you.
if i tag u.
it because i want to know more about you (:


haa..amek kau..sekali dia mintak 25..caitt...memang sikit la kan...
neyh kerja nard la neyh..dia tagged kat aku..btw,tengs babe! 
okey okey..jom kita terjah..ngeee...

1. firstly, aku hanya seorang perempuan yang biasa biasa sahaja..

2. tarikh lahir aku 5 JANUARI 1990..lagi beberapa hari je neyh besday aku...so,tak reti reti nak bagi aku hadiah?? hahaha!

3. aku ada 4 orang adik beradik..3 orang kakak..aku bongsu plus TAK MANJA okey..
aku takde abg..so,nak jadi abg aku tak?? haha!

4. seorang perempuan yang tak secantik LISA SURIHANI tapi tetap bersyukur dengan kurniaan Tuhan.. ;)

5. seorang student yang tak pernah pegang title DEKAN..haha!!

6. aku jenis yang susah nak melekat kat rumah..tapi kalau dah duduk rumah,malas plak nak keluar..

7. aku susah sangat sangat nak jatuh cinta..bila dah jatuh cinta,memang aku setia..ehem ehem..untung kan?? haha!

8. dulu aku memang seorang yang panas baran plus suka sound orang sesuka hati..but bila aku kenal ngn someone neyh perangai tue secara auto (no manual..hehe) terus berubah..waaahhh...

9. aku jenis straight to the point..aku akan cakap je apa yang aku tak suka..nak terasa tue masalah kau! kejam kan?? hahah!

10. now,dah umor 20tahun,aku masih lagi tiada lesen memandu..perghhh..sadis kan??

11. aku SUSAH NAK MAAFKAN orang..

12. paling paling tak suka menunggu..memang boleh buat mood aku hilang..

13. aku kalau dah sayang orang,memang aku akan sayang sangat sangat tapi KALAU AKU DAH BENCI,AKU BENCI SAMPAI BILA BILA...

14. bagi aku siapa siapa yang puji puji aku tue just nak jaga hati aku je..kan kan..baik mengaku! ngeee...

15. aku mempunyai satu lesung pipit belah kiri..tapi kecik je..

16. aku seorang yang rabun...sangat tak suka pakai spek..haha! and aku seorang yang kidal.. ;)

17. ramai yang tanya aku kenapa aku guna name MUNCET..jeng jeng jeng..jawapannya?? biarlah rahsia..haha!

18. sangat meminati FAIZAL TAHIR and SHAHEIZY SAM..

19. mudah menangis..tue la masalah aku..kena marah pun menangis..cmne tue??

20. aku bukan jenis yang hipokrit..expecially,dari segi perangai..walaupun aku first time jumpa orang tue,aku akan tunjuk perangai sebenar..tak main la cover cover neyh..

21. i love my girlfriends..and my family..and my future husband..errr?? haha!

22. sedang berusaha untuk kuruskan badan...hahaa!

23. sangat suka berkaraoke..dan sangat sukakan teh ais..

24. sangat geli dengan lipas..eeuuuwww...

25. the best part is aku masih SINGLE..nak borang?? pergi mintak kat PA aku..haha!

okey..done!

aku nak tagged:

06 December 2010

=Aku dah jadi Lesbian?? OMG!!=

bila tengok orang lain bercinta,kita pun sibuk nak bercinta juga..taknak kalah nyahh..
cehhh..tak perlu kot..buat apa nak ikut ikut orang kan...tapi kan tapi kan...bila aku tengok orang lain berjalan dengan couple couple dorang,mesti aku jelezzzz SANGAT SANGAT...mesra mesra depan aku plus manja manja..*kalau nampak aku sila jangan mesra mesra depan aku..ngee...rindunya nak ada bf!!! mak..cari kan saya bf...pang! penampar sekali kau dapat..study tue habiskan dulu..hukhuk..tapi mak aku sporting..takde la sampai macam tue kann..hahaha!

mak aku pernah cakap,

Mak : tgk tue..kalau dah jodoh putus bertahun tahun pun tetap akan kawin..
Muncet : eyh?? tue la kan..*layankan je laa..
Mak : macam orang tue dengan tetttt (terpaksa dirahsiakan..haha!) putus putus kang mana tahu ada jodoh..tahu tahu dah nak kawin..bila tanya kawin dengan siapa..tengok tengok dengan tettt...
Muncet : *terkedu..(dalam hati aku,macam takde orang lain nak sebut..sebut la SSS ke FT ke) hishhh...apalah mak neyh..ada plak..orang dengan dia memang takde jodoh..
Mak : mana tahu??
Muncet : ala..tunggu la orang carik orang lain..
Mak : sebenarnya diri tue tak boleh nak lupakan dia..kalau boleh lupakan dia mesti dah carik lainkan..takpun dah terima orang lain..
Muncet : *Bangun..dan terus masuk bilik..

siapa tak nak orang sayang kita..always take care pasal kita..selalu ada bila kita perlukan..sanggup susah senang..terima diri kita seadanya..siapa yang tak nak kannn??aku memang nak la tapi jodoh tue belum sampai plus hati tak terbuka lagi untuk lelaki..*actually,aku pun tak tahu aku ada hati untuk lelaki atau tak..ataupun aku dah jadi LESBIAN ?? OMG!! okey..tak lawak laaa makcik...

05 December 2010

=Ahh kau sue..asyik menangis je..=

"I cry because I’m angry. 
I cry because I’m frustrated. 
I cry because I’m tired of all this. 
I cry because you don’t understand. 
I cry because I only have myself to turn to
& I cry because there’s nothing else I could do."




and pray for me to get one happiness..its enough for me..

02 December 2010

=Message wat aku panas jew!=

pagi tadi aku macam biasa online la kan..dapat message kat inbox dari someone..
nak tahu apa message yang dia bagi?? 














































tadaaaaaaa....
klik INI untuk tengok page tuee..

perghhhhhh...kau buat aku senyummmmmm...kau tengok FT tueee...aww aww...jatuh cinta sudah..plzz jangan pandang aku macam tueee..hahaha! okey..gedik la weyh.. ;pp 
thanks to fatinfartini sebab tahu tahu je i minat mamat neyh..haha! 
(cehhh..sedangkan semua member aku tahu kot yang aku minat FT..ngee..) 
okey..tue je aku nak cerita..okey..bye!