=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

20 December 2010

=Kata pun kawan..biasa la tu kalau gaduh gaduh=

see my caption right?? okey..aku nak story pasal KAWAN..
walaupun kita ramai kawan tapi tak semua kawan kawan yang ramai tu akan faham dengan perangai kita..dalam ramai ramai tu maybe 2,3 orang je yang akan faham dan boleh terima perangai kita yang tak seberapa nak baik neyh..haha!
macam tu jugak la dengan aku..walaupun aku ada ramai kawan tapi tak semua kawan kawan aku dapat terima perangai aku..
kadang kadang tu salah faham mesti ada dalam satu persahabatan..
sama ada kita pandai nak handle ataupun tak..dah duduk satu rumah pun belum tentu dapat terima perangai kawan tu..biasa la tu ada yang tak puas hati bagai..perangai manusia lain lain kan..tapi bagi aku dalam persahabatan tu mesti kena jujur lah..kalau ada rasa tak puas hati cakap dengan empunya diri..belajar la untuk berterus terang..
plus jangan berdendam ataupun jangan simpan dalam hati..dah lepas tu lepas la kan..
satu lagi jangan la dengar cerita dari mulut mulut longkang yang suka menyampai plus suka merosakkan persahabatan orang lain..kadang kadang aku sendiri tak faham kenapa orang suka sangat dengar cerita dari mulut orang lain dan bukannya dari mulut orang tu sendiri..tapi kalau kita betul betul yakin plus kenal perangai kawan tu macam mana,mesti kita tahu mana satu betul and mana satu salah..ada jugak kawan yang depan kita pijak semut pun tak mati..depan kita bukan main baik lagi..belakang kita macam macam dia dok kutuk..kena pilih kawan yang betul betul kawan sebab kawan neyh yang suka mempengaruhi kita..lagi lagi kalau kita neyh senang terpengaruh..

bagi aku,aku sayang semua member member aku walaupun :

-kadang kadang pendapat tu tak sama..
-kadang kadang terasa dengan perangai masing masing..
-kadang kadang gaduh benda benda kecik..
-kadang kadang suka cakap lepas..
-kadang kadang suka ikut kepala sendiri..
-kadang kadang tak fikir perasaan orang lain..

biasa laa.katapun kawan kan..gaduh gaduh tu perkara biasa.. ;))

No comments: