=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

10 January 2011

=Anugerah Juara Lagu 25..puas hati?? tak puas hati?? hak masing masing..=

Anugerah Juara Lagu yang ke 25..
disebabkan petang tu aku keluar,aku tengok dekat bukit jalil..tengok kat luar sebab ada screen besar..sampai sana je red carpet dah nak habis..rugi rugi..

anugerah juara lagu 25
neyh masa red carpet..sampai je dah habis okey..terima kasih..
tak dapat tengok FT..haishhh..
gambar kelihatan kabur..almaklum la..hp murah..huhu..

senarai pemenang : 
persembahan terbaik - FAIZAL TAHIR (HANYUT)
vokal terbaik - HAFIZ AF (NOKTAH CINTA)
Tempat ketiga - NOKTAH CINTA (HAFIZ AF)
tempat kedua - DRAMA KING (MEET UNCLE HUSSIEN FT BLACK)
Juara - TOLONG INGATKAN AKU (ANA RAFALI)

actually keputusan juri memang la muktamatkan..lagu tolong ingatkan aku(ana rafali) tu boleh menang..maybe juri ada reason tersendiri..aku ingatkan FAIZAL TAHIR,YUNA,API yang menang malam tu..yang tak bestnya bila FAIZAL TAHIR hanya menang persembahan terbaik SAHAJA..tapi aku rasa ramai je yang tak puas hati dengan keputusan juri kan??


Ana Rafali - Tolong ingatkan aku..
>okey kot lagu neyh..tah laa..tapi dah rezeki dia menangkan..mungkin ada keistimewaan tersendiri la kot lagu neyh..


Meet Uncle Hussien ft Black- Drama King
> vokal black jangan nak cakap la kan..lagu drama king neyh memerlukan suara yang tinggi tu..tapi aku pun suka lagu sofea jane..


Hafiz AF - Noktah Cinta
>persembahan hafiz memang buat orang terkejut kot..seriously..haha! vokal dia memang terbaik la..semua orang tahu tu..dari AF lagi memang vokal dia terbaik..


Faizal Tahir- Hanyut
>OMG! persembahan FT sangat Style okey..dua tahun lepas orang ingat lagu sampai syurga dia gunting rambut kat pentas..tahun lepas lagu bercinta dia bawak tongkat..tahun neyh masuk dalam air..giler tak style macam tu..memang layak menang la kan persembahan terbaik.. ;))

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas komen anda...