=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

28 February 2011

=blog macam nie sangat annoying..=



okey..aku just nak share pasal blog yang ada music player..lagi lagi yang autostart.. kadang kadang aku menyirap juga la bila bukak blog seseorang nie then tiba tiba keluar lagu rancak yang membuatkan aku terkejut macam nak tercabut jantung aku nie haa.. sumpah aku menyirap..yela..aku nie jenis pasang speaker dekat  laptop..tak pun aku suka pakai ear phone..then,bila aku bukak blog orang yang ada music player nie boleh buat satu rumah gegar..ada yang music yang kuat dan ada yang music yang slow..secara automatik memang aku terus la tekan button pangkah kat belah kanan tu kan..

aku dah pernah kena weyh..aku pasang speaker kat laptop..tengah boring boring aku pun menjelajah la blog orang untuk menghilangkan bosan aku tu..buka blog someone nie tiba tiba keluar lagu yang bingit dan membuatkan aku terkejut..kalau la aku ada sakit jantung memang dah lama jadi arwah..sambil mengurut dada dan sambil memaki hamun didalam hati,aku terus la tekan button pangkah kat belah kanan tu..dan memang taklah aku nak tengok blog orang tu lagi kan..

korang pernah fikir tak blog yang ada music player nie sangat annoying?? time tu korang tengah dengar lagu kat laptop korang..then,korang pun pergi la tengok blog orang lain..lepas tu,blog orang lain tu ada music player yang jenis autostart tu..tak pasal pasal dah keluar dua lagu kan?? sangat semakkan??

aku rasa la kan tak perlu kot nak letak music player kat blog nie..okey fine la..blog korang kan tapi bila korang dah letak music dekat blog korang,ia akan membuatkan orang yang pertama kali tengok blog korang akan malas nak tengok blog korang lagi..semua disebabkan music player korang yang jenis autostart tu..

tak salah nak letak lagu..tapi letaklah yang ada button stop,pause and play tu..jangan la letak yang autostart..lagi satu music player nie mengganggu orang nak baca entry korang..cuba korang tengok blog yang femes macam Hanis Zalikha mana ada music player kan??

P/S : sorry kalau terasa..just bagi pendapat sahaja.. ;)

love,


Sila LIKE kalau suka..

25 February 2011

=Sorry guys=



pada siapa siapa yang terasa dengan aku,i'm really sorry..
sem neyh aku sangat la busy..kadang kadang handphone letak kemana mana tah..call or message yang masuk memang aku tak tengok..
sebab aku totally mengadap laptop..bukan online semata mata okey..tapi menyiapkan final year project yang tinggal lagi sebulan je untuk presentation..lepas tu dengan assignment yang semakin bertambah tambah..adoi..
lecturer sendiri cakap yang kiteorang memang takde masa nak bersuka ria..nak berehat rehat sebab sem neyh short sem..so,bila aku dengar je ada project plus assignment,aku dah down giler..ingatkan midterm break boleh la nak rileks rileks,rupanya...hmm..amek kau memang berlambak assignment..

web design
--> statik website

Multimedia
--> assignment montage

entrepreneurship
--> proposal 

e-commerce
--> group assignment
-->individual assignment (3 case study 15 Question)

final year project
--> website and proposal

neyh assignment BEFORE midterm break..after midterm break nanti akan ada lagi assignment plus presentation..adoi..



P/S : hopefully,usaha kitaorang semua berbaloi..


love,

Sila LIKE kalau suka

20 February 2011

=Karma=



aku suka lagu neyh..tajuk dia karma..haruslah boyfriend aku Faizal Tahir yang nyanyi kan..haha! *okey..jangan nak perasan..actually,aku tak tahu maksud tersirat lagu neyh..tapi kalau sebut pasal karma mesti orang akan fikir tentang hukum karma kan..maybe la kot..aku pun tak sure..

P/S : tak sabar nak tunggu video klip KARMA neyh..Faizal Tahir yang berlakon okey dalam video klip tu nanti.. ;))

love,

Sila LIKE kalau suka..

17 February 2011

=Poster filem yang sangat tak hebat=

yeah! akhirnya poster untuk filem aku sudah siap!! ehh..kau nak buat filem ke muncet?? actually, bukan aku nak buat filem tapi neyh untuk assignment multimedia aku..aku ada pilihan..


sorry korang sebab guna gambar korang tanpa pengetahuan korang..ngeee..


dan pilihan aku adalah....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
 tadaaaaaaa...neyh la pilihan aku..
aku mintak pendapat member member aku..dan dorang suggest pilih yang ini..aku pun suka poster filem yang neyh..tak tahu la kenapa..nampak sweet giler kan?? hahaha!

 tajuk filem neyh "Sampai Syurga"..tak dapat letak gambar Faizal Tahir tapi letak tajuk lagu dia pun boleh..ngeee..semua neyh edit guna photoshop..aku takdela nak hebat sangatkan..

P/S : Excited nak buat video klip plak.. ;))




love,

Sila LIKE kalau suka..

16 February 2011

=Aku jumpa Faizal Tahir weyh!!!!=

hari tu aku pergi pavillion..saja window shopping..nak beli barang kat pavillion tu memang taklah kan..tengah jalan jalan tu aku masuk satu kedai neyh..jual semua barang barang superman..aku pun saja la masuk kedai tu..nak tengok baju baju superman..aku suka baju superman yang kaler biru..tiba tiba ada staff nie serve aku..

yes cik..boleh saya tolong??

kejap ye...nak tengok je dulu..(aku tak pandang muka staff tu..)

dia follow je aku pergi mana..naik rimas plak aku..lepas tu,dia promote la baju superman tu kat aku..

yang neyh kalau beli dua rm120..

aku pandang la staff tu...sekali kau nak tahu aku tengok siapa??

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


rupa rupanya staff tu FAIZAL TAHIR weyh!!!!! mak aiii..aku pengsan 5minit..ngeeee...actually,dia memang ada kat situ..nak promote ape tah kat kedai tu...maybe baju superman la kot..aku terkejut giler weyh..aku pun apa lagi tak lepaskan peluang yang ada tu..aku suruh la dia menyanyi untuk aku..sambil main gitar okey..dia nyanyi kan lagu "Sampai Syurga"..perghhhh..suara dia lagi best bila dengar live..rasa macam dibuai je..hahaha! lepas tu,ramai plak yang berkerumun dekat dia..aku sampai kena tolak weyh..lepas tu handphone aku berbunyi..haruslah lagu adrenalin by faizal tahir kan...aku cuba bangun dari kena tolak tu..

















































bila aku bangun rupa rupanya aku MIMPI je weyh...

perghhhh..hampeh giler..lagu adrenalin tu bukannya handphone aku yang berbunyi..rupanya alarm kat handphone aku yang berbunyi..haishhhh..kacau betul la..baru nak feeling feeling dengan FT..cehhh..

P/S : alangkah bahagianya kalau jadi kenyataan.. ;))


love,

Sila LIKE kalau suka..

14 February 2011

=Berhenti belajar!!=

segala cuti untuk sem neyh aku rasa macam tak ada makna langsung..sebabnya bila cuti fikiran asyik ingat pasal FINAL YEAR PROJECT je.. hmm..tekanan mula melanda diri aku dan juga kawan kawan aku yang lain..mau kau tak tekanan bila sem neyh dah la sem pendek..ulang balik sem pendek! 5 subject kena cover..ada 3 project yang kena siapkan..termasuk FINAL YEAR PROJECT  jadi 4 la kan..yang paling risau haruslah FINAL YEAR PROJECT..tekanan weyh..presentation for  FINAL YEAR PROJECT bulan 4..mana nak kejar midterm exam lagi..mana nak kejar final exam lagi..tu belum masuk assignment + tutorial + test + quiz..adoi..sem neyh memang buat aku pressure habis..nak taknak kena jugak hadapi semua tu..

seriously,aku rasa macam nak berhenti belajar je..tekanan weyh..sem akhir yang sangat buat aku tekanan..now,dah nak habis bulan dua..lagi dua bulan je aku nak presentation untuk FINAL YEAR PROJECT...nak buat final year project tu benda yang kitaorang tak belajar..apa tu PHP?? apa tu APACHE?? bila aku cakap kitaorang tak belajar benda tu,lecturer boleh cakap " awak kenalah belajar sendiri"...okey..terima kasih! risau sangat sangat...rasa macam nak menangis je fikir pasal FINAL YEAR PROJECT + project project yang lain..kalau tekanan mula lah rasa nak menangis..aku just fikir family je yang buatkan aku masih lagi bertahan..

"Ya Allah..kuatkanlah hati aku untuk teruskan belajar aku ini"







P/S : doakan aku..serious down giler! bye!


love,

13 February 2011

=Ampunkan Daku=

aku baru lepas tengok cerita kat tv3 tadi..tajuk dia "Ampunkan Daku"..okey..taknak sedih plak cerita kan..seriously,sedih giler tengok cerita tu..mengisahkan anak luar nikah..agak menitik jugak la air mata aku tengok cerita tu..kenapa la mesti perempuan yang harus dipersalahkan?? dan kenapa bukan lelaki?? jijik ke anak luar nikah neyh?? setiap orang melakukan kesilapan..dan bukan kita yang patut menghukum mereka..
berbalik pada cerekarama tadi..aku suka watak Sheila Rusly..sangat sopan santun plus seorang yang penyabar..kalau la aku boleh jadi macam tu..haishhh..memang tak la kan..hmm..sedih doe tengok cerita tu..sebak je rasa..lagi lagi tengok orang orang yang teraniaya..pada aku,kita takde hak nak menilai orang..masing masing ada buat kesilapan..tak kisah la orang tu anak luar nikah ke,anak haram ke..yang penting respect each other..bak kata Sheila Rusly "kita tidak mampu untuk menghapuskan tapi kita mampu untuk mengurangkan..insyaallah..amin.."

"Darah yang mengalir dari anak luar nikah itu merah, jika ditoreh tidak dapat dilihat perbezaannya"

"Sesungguhnya apa yang berlaku dalam hidup kita ada sebabnya. Kerana Allah tidak menguji seorang hambanya itu tanpa sebab.
Doa orang-orang yang dizalimi memang tidak ada hijab doanya pada Allah"


P/S : anak luar nikah ke,anak haram ke,kita sama je disisi Allah..

love,

12 February 2011

=YES! saya seorang pendendam!=

dendam?? topik kita pada hari ini adalah dendam...ceewahhh...haha!

dendam rasa macam nak tembak orang..boleh?? hahaha!

actually,aku bukan la seorang yang pendendam..tapi sekarang neyh aku rasa yang aku dah mula jadi seorang pendendam...yes! perangai itu sangat teruk..tapi tu la yang aku rasa sekarang neyh..bila aku tengok dia ,hati aku penuh dengan dendam..dendam yang tak sudah sudah..tu yang aku rasa..memang sifat neyh sangat tak baik tapi aku tak boleh nak elak..dendam aku hanya pada dia..yes! pada dia..mungkin atas apa yang dia dah buat kat aku yang membuatkan aku ada sifat dendam pada dia..dendam aku bukan la aku nak buat perkara yang tak baik..tapi dendam dalam diri aku je..kalau aku buat sesuatu yang tak baik,bukan aku dapat apa kan..menambahkan lagi dosa yang memang dah sedia ada neyh..huhu...tapi aku takde la sampai nak pergi jumpa bomoh ke ape ke kan..kang jadi macam cerita KHURAFAT tu..tak sanggup den..haha! 

gambar diatas dituju pada diri sendiri..terima kasih..

P/S : SAYA SEORANG PENDENDAM..EHH..TAK.. ;))

love,

10 February 2011

=Blog=

Assalammualaikum...mukadimah kenalah sopankan..
aku telah ditagged oleh NARD.Z..terima kasih ye CIK NARD.Z..


Apakah status anda??
---> 100 % SINGLE!! Fullstop!

Ceritakan tentang diri anda
---> anak bongsu yang TIDAK manja..sangat sukakan TEDDY BEAR..mudah menangis bila dikecewakan ataupun kena marah..dan mulut agak tiada insurans..

Ceritakan tentang blog anda
--->okey..blog saya simple je..suka cerita pasal diri sendiri dan orang orang sekeliling saya..alaa..blog neyh tak menarik pun..sebab tu follower tak beribu ribu.. ;))

Apakah pendapat anda tentang blog??
--->wahhh..ada blog neyh boleh jadi tempat untuk meluahkan apa yang kita suka..katapun blog sendirikan..orang tak suka ada saya kisah??

Nasihat kepada kawan kawan yang nak buat blog?
--->alaa..buat je blog..takyah nak fikir apa orang lain nak cakap bila dah baca blog anda..yang penting,be yourself..no copypaste okey..hikhik..

Nyatakan keunikan blog anda
--->err..tak ada apa yang unik pun kat blog neyh..

Sampai bila nak tulis blog dan impian?
--->sampai blog neyh dihapuskan..hahaha!

Tag 5 orang?

Niniey Rasyed
Kiela
Suezieyla
Nick
Lil Miwwa

done!

love,

07 February 2011

=Anwar Hadi?? Siapakah??=


okey..aku suka giler dengan video ini...nama lelaki dalam video ini ialah Anwar Hadi..dia salah seorang blogger jugak..first time tengok video ni aku dah gelak GILEWWWWW....hahhaha! ngek!
betul la apa yang dia cakap..budak budak zaman sekarang ni suka sangat cakap macam tu kan..semua nak guna bahasa rempit..euwww eeuwww..hahah! kalau ada yang cakap bahasa comel tu lagi geli..SANGAT TAK COMEL OKEY! pergi masuk tadika balik la..! lalala~

yang tak boleh blah bila nak update status dekat facebook semua nak guna ayat ayat macam tu..please la..kadang kadang bila aku baca pun terikut ikut cakap macam tu..adoi..terbelit lidah den..huhu..rasa macam nak lempang laju laju pun ada..ngee..

tu tak fikir plak bila dalam message..bila orang hantar message macam tu,aku senang je..aku balas, "message apa yang kau sent ni?? tak faham la.."..kau terasa?? mak tak kisah nok! lalala~

dalam video ni aku paling suka bila dia sebut 
"Aq mencik do cmni,ad mbr lmew tgu lmew glew,x aprv2 gk ag"
hahahah! sumpah kelakar..hikhik..

lepas ni,tak payah la nak tambah tambah eww eww dalam ayat okey..elok elok bahasa tu dah cantik di dengar,dah cantik disebut,terus hancur disebabkan bahasa yang mereka dok tambah tambah eww eww tu..huhu..


P/S : SAYEWWW SUKEWWW GILEWWW!! hahahaha!


love,


06 February 2011

=Aku mengalami ULSER!!=

okey..hari ini aku nak update tentang ULSER..disebabkan aku sekarang sedang mengalami ULSER,so aku nak update tentang ULSER..huhu..

sumber dari google

apakah itu ULSER?? ULSER merupakah tompokan putih atau kuning yang terjadi di dalam mulut..ia terjadi sama ada satu tompok atau pun berkumpulan..*berkumpulan tu yang sakit beb..

dalam bahasa melayunya adalah mata ikan dan dalam bahasa perubatan ULSER AFTA..*ececehh..dah macam doktor plak..huhu..
itulah yang aku alami sekarang ini..sakit yang teramat sangat..ouch!

punca terjadinya ulser??
ianya terjadi disebabkan kekurangan zat besi,folik asid dan vitamin B 12,kurang daya tahan badan,bakteria,faktor keturunan dan ada sebab sebab lain yang tidak diketahui..dan pendapat mak aku sebab aku kurang minum air masak..yes! itu aku setuju..mak aku selalu pesan suruh minum air masak..aku memang tak suka minum air masak..ngeee...lepas tu aku suka makan pedas..tak pedas memang selera pun tak ada la kan..bila dah kena ulser barulah nak mengadu sakit..padan la muka kau kan sue..tapi kadang kadang tergigit jugak boleh terjadinya ulser..macam aku la..tergigit punya pasal terjadi lah ulser..

mungkin jugak akan kurang selera makan..yela..nak makan macam mana kan..sakit yang teramat sangat..pedih je..tapi aku tetap makan walaupun terpaksa menahan sakit..kadang kadang tak sanggup rasa sakitnya..dan mungkin jugak ada demam,.tapi aku tak pernah la plak demam kalau kena ulser..

ulser neyh kalau nak baik mengambil masa 1 atau 2 minggu..haishhh..taknak lama plak kan..bayangkan la dalam masa itu nak menahan sakitnya..adoi..tapi kalau lepas masa tu masih tak baik baik jugak baik pergi jumpa doktor..aku kerap jugak kena ulser..tapi aku tak jumpa doktor..aku rileks je..sebab ulser neyh akan baik jugak..haha!


jalan penyelesaian,aku selalu letak bonjela..yes! bonjela sebab tak sampai dua minggu dah boleh baik..tapi sakitnya hanya orang yang mengalami sahaja yang tahu okey..

P/S : Dengar cakap orang tua lain kali..huhu..

love,