=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

28 March 2011

=sueMUNCET putus cinta=



yes! putus cinta memang sakit weyh..siapalah yang tak pernah rasa putus cinta kan..bezanya sama ada kita yang mintak putus ataupun pasangan kita yang mintak putus..tapi rasa nya tetap lain bila kita mintak putus dengan pasangan kita yang mintak putus..

nie aku nak bagi tips cara aku sendiri untuk pasangan yang baru lepas putus cinta tu..

1) menangis..
okey..menangislah sepuas puasnya..jangan nak simpan simpan..selagi boleh nangis baik habiskan air mata tu dengan sepuasnya..lepas dah nangis atleast korang akan rasa lega sedikit..tu bukan bermaksud korang akan lega banyak okey..

2) cari tempat untuk meluahkan apa yang korang rasa..
bagi aku dengan cara meluahkan lah kita dapat ringankan beban dekat kepala otak tu..luahkan la dekat kawan kawan yang boleh bagi nasihat yang bernas..daripada korang dok simpan simpan boleh jadi giler weyh..*kalau kawan kawan dah bagi nasihat tu cubalah dengar..

2) buang la segala barang yang ex korang pernah bagi..
haaa..buat apa korang nak simpan kan?? lagi buat korang teringat dekat ex korang tu..baik korang buang..tak pun korang bagi la dekat siapa siapa..kalau rasa benda yang ex korang bagi tu agak mahal,apa lagi..baik jual..dapat jugak duit..haha! kalau rasa taknak buang or bagi dekat siapa siapa,korang letak la dalam satu box dan korang takpayah nak tengok tengok dah box tu..

3) buang gambar ex korang tu..
apa kata korang bakar je gambar ex korang tu..tak pun koyak ke..daripada korang simpan ingat boleh dapat balik ke ex korang tu?? memang harapan la kan..kalau rasa sayang sangat nak buang,korang simpan la dekat mana mana tempat yang korang rasa korang susah sangat nak ingat tempat tu...lagi satu sila buang jugak gambar ex korang dekat dalam wallet,dekat frame gambar,yang korang dok tampal tampal dekat meja study tu ke,wallpaper hp or laptop korang ke..bagi aku tak perlu laa..kan dah putus..buat apa nak simpan lagi..baik korang letak gambar family..kan lebih bagus..

4) keluar dengan kawan kawan yang super duper giler giler..
nie pun salah satu jugak cara korang untuk lupakan ex korang tu..apa kata korang keluar dengan kawan kawan korang..pergi main bowling ke..pergi karaoke ke..nie bila ajak pergi mana mana pun tak nak..susah la cmneyh kan.. walaupun dapat hilangkan muka ex korang tu sekejap,atleast korang rasa seronok jugak kan?? kalau main bowling tu,bayangkan la pin bowling tu muka ex korang..lepas tu,korang baling la bola bowling tu sekuat hati..tapi jangan sampai merosakkan tempat tu plak.. *aku selalu buat macam tu..huhu..

5) jangan duduk sorang sorang..
please la okey..korang tak payah la duduk sorang sorang nak meratapi kesedihan korang putus cinta tu kan..tak dapat apa weyh..apa kata korang buat kerja yang boleh buat korang lupakan ex korang tu..kemas rumah ke..pergi jogging ke..berenang ke.. baik untuk kesihatan..kan kan..

6) jangan terlalu sedih,menangis plus tak makan..
korang ingat dengan korang tak makan,sedih or menangis sepanjang masa,ex korang akan kisah ke?? takde nya ex korang kisah..korang fikir la..korang sedih sedih,tak makan,menangis, sedangkan ex korang dok bergumbira kat luar sana..one more thing,jangan la nak ambil perhatian ex korang dengan buat cara macam nie..dah basi okey..

7) selalu la ingat family..
A : "weyh..baik kau makan..kang sakit macam mana"
B : "alaaa..kalau aku sakit pun bukan ada orang kisah"
okey..aku agak bengang bila orang bagi jawapan macam nie..before cakap tu fikir dulu boleh?? korang tak fikir ke family korang?? jangan nak pentingkan diri sendiri..ingat la.. family korang masih memerlukan korang..kalau takde boyfriend boleh mati ke?? alaaa..nanti family jugak yang korang cari kan??

8) tak payah nak contact dengan ex korang dah..
stop la message message or call call ex korang tu..orang dah taknak buat apa nak terhegeh hegeh kan..selagi korang dok contact contact ex korang tu,selagi tu la korang susah nak lupakan ex korang..kalau contact untuk berkawan tu terpulang pada diri sendiri tapi aku rasa macam tak je..kata pun ex kan..

9) sentiasalah berdoa..
jujur aku cakap dekatkan diri dengan Tuhan adalah jalan yang terbaik...korang akan rasa lebih tenang..dan secara automatik korang akan lepaskan ex korang dengan ikhlas..tapi jangan la plak korang solat semata mata sebab nak berdoa supaya ex korang tu nak kat korang balik..

10) bantu diri sendiri..
yes! semuanya bergantung pada diri sendiri..kalau korang sendiri taknak tolong diri sendiri or berusaha untuk lupakan ex korang,macam mana orang disekeliling korang nak tolong diri korangkan..kalau korang sendiri pun macam taknak lupakan ex korang tu..

done! tu sahaja tips dari aku untuk orang diluar sana yang sedang putus cinta..mana tips aku yang korang rasa ada logiknya tu praktik kan la yee..

love,
 

 Sila LIKE kalau suka..

3 comments:

taufiq ahmad said...

aku setuju, sebab aku dah buat semua step yang kau list tu.

BERJAYA

Anonymous said...

btol2...btol2...

sueMUNCET said...

taufiq ahmad : kau perli ke ape neyh?? haishhhh...huhu..