=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

29 April 2011

=10 lelaki yang sueMUNCET admire=

jeng jeng jeng..aku tak tahu la kenapa aku admire giler dengan mereka mereka nie..haha! mungkin mereka mereka nie ada keistimewaan tersendiri kot..jom terjah!

10) Rosyam Nor
aku memang dari dulu minat dengan lakonan Rosyam Nor..semua watak yang dia pegang semua menjadi..lagi lagi kalau watak yang gangster...lepas tu,kalau dapat watak yang sedih tu memang boleh menangis la kan..cuma sekarang nie dia macam dah kurang berlakon kan..mungkin dia bagi yang muka muka baru plak yang berlakon kot..

9) Yusri KRU
amboi..taknak hensem plak yusri nie kan..ngeee..aku suka tengok bila dia bercakap...tak tahu la kenapa..sekarang nie gosip dia bercinta dengan LISA SURIHANI kan?? betul ke??

8) Asyraf Muslim
aku suka dengan cara asyraf muslim nie..walaupun orang panggil dia ustaz tapi dia tetap berperangai gila gila kan..cara dia cakap pun soft je..now,dia dah bertunang..taknak frust plak aku kan..haha!

7) Que Haidar
aku memang minat dekat Que Haidar nie..mungkin sebab muka dia yang macam kebudak budak kan..plus dengan lakonan dia..memang terbaik la kan..lagi lagi lakonan dia dalam cerita "Cinta untuk ain" tu..sweet giler doee..

 6) Sharnaaz Ahmad
aku mula minat kat dia masa dia berlakon dalam drama "Kita"..lepas tu,bila aku tengok cerita dia dalam "Ungunya Cinta"..mak aiiii..sweet giler weyh dia dalam cerita tu..starting tu memang aku minat la kan dengan lakonan dia..


 5) Anuar Zain
siapalah yang tak tahu kemerduan suara Anuar Zain nie kan..kalau dia menyanyi memang boleh buat orang terpegun..

 4) Akim
aku suka semua lagu lagu akim..bagi aku akim nie sweet kot..
lagi lagi dalam video klip "jahatnya cinta"..


 3) Zizan
siapalah yang tak kenal Zizan..kalau buat lawak memang buat orang gelak besar la kan..lagi lagi kalau berganding dengan Johan..lawak spontan je..sekarang nie tengah bertanding dalam MAHARAJALAWAK kan..goodluck!

2) Shaheizy Sam 
artis paling popular..siapalah yang tak tahu kan..start aku suka kat dia masa tengok filem adnan sempit laa...filem tu kot yang menaikkan nama dia..lepas tu dalam filem KL drift tu..memang terbaik la kan..

dan yang pertama..jeng jeng jeng..siapa siapa yang follow blog aku dari dulu tahu la siapa lelaki yang aku admire sangat tu kan..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



1) Faizal Tahir
dia tetap menjadi number 1..aku suka bila dia main gitar..plus bila dia menyanyi versi akustik..suara dia memang best laa..perghhh..jatuh cinta weyh..aku dah la pantang dengan lelaki yang suka main gitar nie..ngee..

aku ada buat entry pasal dia..


actually,banyak lagi..tu diantaranya..

love,
 

 Sila LIKE kalau suka..

=Fast and Furious 5 is back!!=

tadi aku tengok tv..dah keluar trailer movie fast and furious 5..OMG!! aku nak tengok weyhhhh!! tapi dia keluar 5May..dan pada 5May tu jugak la aku ada test Multimedia..dan next weeknya aku dah final exam..waaaa...bila nak tengoknyaaa.. ;(


aku nak tengok sangat..dah la aku lama giler tak tengok wayang..memang banyak ketinggalan cerita yang keluar kat wayang tu..sadis kan?? *tolonglah kesian..huhu..

sila la layan trailer fast and furious nie.. ;)


love,
 

 Sila LIKE kalau suka..

28 April 2011

=Suka tengok dia..dia pakai apa pun nampak cantik kan..=


teruja teruja teruja.. seriously,aku suka giler tengok dia...dia pakai apa pun nampak cantik je..dah la putih..kurus..sejuk je mata nie pandang.. eh..bukan aku la..aku nie kurus pun tak..apatah lagi putih...tapi aku tetap bersyukur..ngeee...
berbalik pada topik..siapa tak kenal Heliza Helmi kan?? *kalau tak kenal pergi terjun bangunan sekarang..haha!!

*gambar dibawah dicopy difacebook beliau..

tengok tu dia pakai tudung..cantik kan?? ;))

 OMG!! aku suka mata dia!!

 kurusnyaaa...

tanpa mekap pun dia tetap cantik.. ;))

dia bukan sahaja cantik tapi berfikiran terbuka..setiap apa yang dia cakap penuh dengan nasihat..yang penting dia berpegang pada agama.. ;))



love,
 

 Sila LIKE kalau suka..

27 April 2011

=Saya dah berubah=

assalammualaikum semua!!
hye kepada semua follower dan jugak kepada pembaca setia blog aku... 
*ada ke pembaca setia?? haha! perasan lebih..

aku memang dah lama berniat tapi serious aku cakap aku macam tak confident..tah kenapa tah..sebab tu la asyik tertangguh tangguh je..
syukur sangat sangat sebab sekarang nie aku dah bertudung..ALHAMDULILLAH.. ;))
-___-


sekarang dah tiba masanya..setelah aku fikir semasak masaknya,aku pun ambil keputusan nak bertudung..sebab aku taknak la kalau aku tak fikir betul betul kang aku bukak tudung balik...aku taknak macam tu..

okey..terima kasih jugak pada kawan kawan yang always support aku..yang selalu bagi nasihat dekat aku..tak lupa jugak pada family tersayang especially to my mom..
bila mak tahu aku dah pakai tudung,mak la paling gembira..dan buat aku menangis bila mak cakap senang arwah abah dekat sana.. (T_T)

terima kasih pada kawan kawan yang sudi terima perubahan aku dengan hati yang terbuka..aku pakai tudung bukan sebab fesyen,bukan sebab ikut ikut kawan tapi semua sebab Allah..

P/S : Aku terima semua kritikan dengan hati yang terbuka.. ;))

saya bertudung saya okey..anda bila lagi?? ;))

love,


 Sila LIKE kalau suka..

=Entry khas untuk Puan Zalila Binti Mohamed=

sorry..ayat dalam entry ini agak panjang..


yes! hari nie genap 43 tahun usia bonda tersayang..walaupun saya jauh berada diperantauan tetapi sedikit pun saya tidak pernah lupakan bonda saya yang jauh nun di Puchong..*jauh la sangatkan..

Surat untuk mak..

"Pertama sekali orang nak ucap selamat hari jadi yang ke 43tahun mak..walaupun usia mak dah menjangkau 40-an tapi mak maintain muda..ngee..orang nak mak tahu yang orang sayang mak sangat sangat..orang tahu anak bongsu mak nie kadang kadang agak nakal..selalu melawan cakap mak..selalu buat mak makan hati dengan perangai orang..tapi semua tu secara tak sengaja..orang cuba untuk buat mak happy..tapi kadang kadang orang gagal..setiap kali orang buat mak sedih,setiap kali tu la orang rasa bersalah sangat..(T_T)..

bila difikirkan masa arwah abah takde dulu,orang tahu mak sedih..hari nie arwah abah pergi,esoknya orang nampak mak kat luar tengah termenung..orang tahu mak sedih bila arwah abah dah takde..tanggungjawab arwah abah semuanya dibahu mak..tapi masa tu orang tak dapat nak rasa apa yang mak rasa sebab masa tu orang kecik lagi..bila orang dah berusia 21tahun,barulah orang rasa apa yang mak rasa..macam mana mak besarkan 4 orang anak tanpa bantuan seorang lelaki..mak bekerja keras untuk cari duit bagi kami 4 beradik makan..yes! jadi seorang ibu tunggal bukan senang..bila mulut orang disekeliling yang sering mengata..tapi orang tahu mak kuat..

sekarang,orang dah nampak semua tu..orang dah nampak susah payah mak besarkan kami 4 beradik..sekarang,bila orang dah duduk jauh dari mak baru orang rasa susahnya hidup sendirian..semua kena berdikari..bila berminggu minggu tak balik mesti orang rasa rindu kat mak..bila rindu kat mak mesti orang nangis..*yes! aku memang hati kaca..orang try control suara orang bila call mak..tapi mak dapat rasa dan bila mak tanya orang akan bagi jawapan selsema..bila mak tanya sama ada orang ada duit atau tak mesti orang akan jawab ada walaupun sebenarnya takde..semua sebab orang taknak susahkan mak..bila demam orang akan cakap orang sehat sebab orang taknak mak susah hati dekat sana..

hari nie hari kelahiran mak tapi orang tak dapat nak celebrate dengan mak..sebab orang ada kelas..insyallah,kalau takde apa apa minggu nie orang balik..mak jaga kesihatan mak..orang kat sini selalu doakan kesihatan mak..

lastly, orang sayang mak sangat sangat..orang ada mak dan akak akak je sekarang nie..even apa pun yang jadi orang takkan pernah lupakan family.."

love u mom! =')

dari anak bongsumu yang comel lagi cute,
Sueria Suehaimi



love,



 Sila LIKE kalau suka..

26 April 2011

=Berpisah..masing masing buat haluan sendiri=


tadi discuss pasal rumah..semua dah decide untuk pindah akhir bulan 5 nie..praktikal kat tempat masing masing..tah..tiba tiba rasa sayu plak..
 *aku kan hati kaca sikit..ngee...

serumah..


sampai akhir bulan 5 je untuk tinggal serumah dengan mereka..
serious lepas nie confirm aku rindu dekat korang..
(T__T)

P/S : hargailah kawan kawan selagi ada..

love,



 Sila LIKE kalau suka..

=BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH=


klik INI..

meh cheq nak habak meh..haha! masa sekolah dulu aku dan kawan kawan aku pernah kena tangkap dekat kantin sekolah..masa tu hari jumaat dan semua student pergi surau sebab ada ceramah..dan aku masa tu memang tak suka dengar ceramah..*budak budak kan memang tak la nak dengar ceramah..aku pun berpakat dengan kawan kawan pergi ponteng dan lepak dekat kantin..sanggup tanggal lencana sesi..kononnya student petang la..tapi kantoi jugak dengan penolong kanan.. siap kena bagi nama lagi..dan isnin tu semua tak datang sekolah sebab takut kena panggil dekat perhimpunan..haha!

done!

love,


 Sila LIKE kalau suka..

=Wear It Right (WIR) Campaign =

aku copy gambar nie dari seorang blogger terkenal...

actually,campaign nie dah lama kot..tapi aku je yang macam ketinggalan zaman..KAN..
-____-

aku selalu cakap kat diri aku.."bila kau nak bertudung nieeeeee??!!"
dulu masa sekolah kau boleh je pergi sekolah pakai tudung kan tapi kenapa sekarang tak macam tu?? kan pakai tudung tu satu kewajipan..ustaz and ustazah selalu cakap macam tu kan...tapi kau??

bila aku dikelilingi oleh member member aku yang bertudung, keinginan untuk bertudung tu memang ada..walaupun kadang kadang member member aku ada jugak yang cakap lepas dan buat aku sentap..

member aku pernah cakap kalau sembahyang 5 waktu tapi tak menutup aurat sama dengan je dengan orang yang tak sembahyang tu..
-____-

kita selalu dengar orang cakap kalau pakai tudung tu tak semestinya baik..tapi bagi aku la kan sekurang kurangnya orang yang pakai tudung tu buat perkara WAJIB yang Allah suruh..walau aku baik macam mana pun tak semestinya aku baik disisi Allah.. 
-___-


love,


 Sila LIKE kalau suka..

=Bila ada "Mereka" diatas katil, pasti aku takde space nak tidur..=

siapakah mereka?? haha! teddy bear aku laa...aku suka teddy bear!! seriously..macam budak budak kan?? tapi tu la diri aku..aku ada bawak 3 buah teddy bear..err..3 buah ke?? bantai je laa.. aku ada bawak teddy bear dekat rumah sewa aku nie..disebabkan aku tidur berdua dengan roomate aku,so tak boleh nak letak dekat atas tilam..kang bear ke mana,roomate aku kemana..haha!
nanti aku plak yang kena tidur luar yang bear aku nie sedap je tidur atas tilam yang empuk itu kan..

motif?? haha!

tapi mak aku ada cakap.. "Tahun nie je dapat teddy bear..tahun depan UMUR DAH 22TAHUN tak boleh nak dapat teddy bear dah.." -__-

aku jawab "yela mak..tahun depan orang plak bagi hadiah cakap orang nak kawin..haha!" #calon pun takde..cehh..

kalau nak tengok bear tu,klik link kat bawah nie..



P/S : Sebahagian lagi teddy bear berada dirumah family..

love,



 Sila LIKE kalau suka..

25 April 2011

=Jom selongkar!=

entry kali nie saya selaku pengacara rancangan fuhhhhhh ingin menyelongkar handbag anda..sila jaga jaga..haha! okey..poyo giler kan..berangan je la kan nak jadi pengacara konon.. nak pergi UJIBAKAT AKADEMI FANTASIA pun takut..cehhh...haha!

actually,aku bukan nak selongkar handbag siapa siapa pun..tapi nak selongkar handbag sendiri..yeah! barang penting apa yang harus ada dalam beg aku...jom terjah!


1) beg mekap..aku ada bagitahu apa yang ada dalam beg mekap aku dan apa mekap yang aku pakai dalam ENTRY INI..

2) wallet..penting nie..kalau takde wallet mau kebulur aku..yela..bila keluar haruslah pergi makan kan..aku nie dah la kuat makan..walaupun dalam wallet tu ada RM1 tapi kad kad dalam tu penting.. *eceh..macam ada kad kredit plak kan.. dan kenapa warna purple?? sebab aku suka warna purple..

3) sunglass..nie pun penting sebab aku nie silau.. kalau naik kereta mesti kena pakai sunglass..kalau keluar tempat yang ada CAHAYA MATAHARI mesti kena pakai sunglass..kalau tak memang pening kepala..KONON..kalau dalam shopping mall pun nak pakai sunglass memang tak boleh nak cakap apa la kan..

4) Tisu..haaa..nie memang kena ada dalam beg aku..sebab aku nie cepat berpeluh..lagi lagi kalau kat tempat yang takde air cond..memang berpeluh peluh...

5) perfume.. haruslah ada kan..aku nie bukan setia dengan satu perfume je..suka tukar tukar perfume..tapi kalau bab bercinta i setia tau..aww aww..haha! *sila jangan nak gedik okey.. fine! -___-

6) kertas minyak..yeke nama dia kertas minyak?? tah..aku main petik je..alaa..kertas yang serap minyak kalau muka berminyak tu..haa..aku nie memang muka berminyak..minyak tu dah boleh buat goreng ikan dah..ehh tak..yang tu aku tipu..

okey..mesti korang tertanya tanya kan kenapa takde handphone?? tu pun kalau tertanya tanya la..sebab sebab sebab.. sebab aku selalu letak handphone dekat poket  seluar..tu je yang bagi tahu..okey..bye!


love,



 Sila LIKE kalau suka..

24 April 2011

=LOVE is a cycle=



LOVE is a cycle...

when u love,u get hurt..
when u get hurt,u hate..
when u hate,u try to forget..
when u try to forget,u start missing..
and when u start missing...
u'll eventually fall in love again...




love,

 


 Sila LIKE kalau suka..

22 April 2011

=Penangan putus cinta=

putus cinta?? selalu sangat kan kita dengar member member kita putus cinta..tak pun orang orang sekeliling kita..ada yang menangis berhari hari..tak makan..asyik muram je..alaa..semua orang akan rasa macam tu..sama dengan la dengan aku dulu..serious..bila putus cinta boleh kurus weyh..hahaha! kalau nak kurus,pergi la bercinta..then bila putus confirm akan kurus..sebab tak makan..ngeee.. *sila jangan nak ikut petua ini..huhu..

bila kita putus cinta tanpa reason mesti rasa sakit hati sangat kan..yela..putus tanpa sebab dan puncanya bukan dari diri kita..mesti kita akan fikir "apa salah aku sampai dia tiba tiba mintak putus".. senangnya la kan mintak putus..selalunya bila putus cinta perempuan yang akan terlebih emosi..tu aku tak tipu..sebab aku pun macam tu..hahaha!

mesti kita akan rasa nak dekat dia balik..kadang kadang tu siap merayu rayu lagi.. "bie..please la..i begging u..i want u back!!" -___- annoying kan?? bagi aku kalau orang dok merayu rayu nie aku lagi suka..hahaha! okey..aku kejam..tapi aku tak suka merayu rayu sebab nampak sangat macam terhegeh hegeh..


yela..orang dah taknak tak payah la nak terhegeh hegeh..kalau ada jodoh tak kemana kan?? kalau betul la jodoh kau dengan dia,kau lari mana pun tetap jodoh kau dengan dia..don't worry about thats..

so,teruskanlah hidup dengan seceria yang boleh..jangan la sedih sedih wahai kawan kawan ku yang sedang putus cinta..setiap manusia dimuka bumi ini semua ada pasangan..cuma kita tak tahu je siapa pasangan kita tu..so,chill okey! ;))


love,

Sila LIKE kalau suka..

21 April 2011

=Hebat sangat ke kau nie berlakon sue??=

fuhhhh..satu lagi sudah lepas..tadi selesai presentation for subject multimedia..lega sangat sangat bila satu dah lepas..and tinggal satu lagi before final..

 nie masa tengah tunggu my lecturer sampai..masing masing amek mood..ngeee...
inilah lecturer multimedia kami..Madam Harlinawati.. ;)) dan yang lain tu group aku for project multimedia..

ehh..kenapa aku ada plak dekat screen besar nie??

nak tengok tak video multimedia aku?? jeng jeng jeng..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
tadaaaaaaaaa...takde pun..haha! eh eh..ada laaa..kali nie aku takde nak kenakan korang..sila layan video dibawah..

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
rakam masa presentation..

sila jangan nak gelak sangat yeee..haha! nak buat video nie pun banyak kali kena cut..sebab asyik gelak je..ngee..

P/S : kredit to AZIZHAZMI sebab bagi inspirasi pada video diatas.. ;))



love,
 

 Sila LIKE kalau suka..

20 April 2011

=Perempuan baik untuk lelaki baik dan sebaliknya=



perempuan baik untuk lelaki baik..begitu jugak disebaliknya..kita dah selalu sangat dengarkan statement tu..yeke?? bagi aku la kan..tak semestinya perempuan baik untuk lelaki baik..macam tu jugak disebaliknya..

kadang kadang perempuan yang baik akan dapat lelaki yang jahat supaya si perempuan dapat ubah si lelaki untuk menjadi baik dan macam tu jugak bila lelaki baik dapat perempuan yang jahat..mungkin Tuhan temukan kita dengan dia untuk kita tolong dia  berubah dari jahat ke baik..

sejahat mana pun lelaki or perempuan tu,mesti dia nak pasangan yang baik..tipu la kalau ada orang nak pasangan yang jahat kan?? mesti la nak yang baik..tapi kita takde hak nak hukum orang..jangan la bila kita dah dapat pasangan yang jahat tu kita lagi nak buat dia down..maybe dia akan berubah jadi yang lebih baik..kita patut menyokong...

kalau kita nak pasangan yang baik kita pun kena la cermin diri kita dulu..perbaiki diri dulu..janganlah kita mencari yang sempurna kerana diri kita pun tak cukup sempurna..
dan baik jahatnya seseorang tu siapa kita untuk menilaikan??

jangan ingat semua orang yang alim,selalu pergi masjid,sembahyang 5 waktu tak tinggal,bertudung dianggap baik..tapi hakikatnya saja nak nampak baik tapi bajet alim je kan..

love,

Sila LIKE kalau suka..

=Cinta itu memang indah=


bagi aku cinta tu memang indah..indah bila kita dapat pasangan yang hargai kita dalam hidup dia kan..indah bila kita dapat pasangan yang sama sama menghargai cinta itu..dan sangat indah bila pasangan kita tu mempunyai perasaan yang sama macam kita rasa..

tapi jadi sakit hati bila kita dah serious dengan orang tu tapi orang tu tak serious mana pun dengan kita..dalam satu hubungan tu,mesti la kita nak berakhir dengan sebuah ikatan yang sah..tapi kalau kita je yang fikir macam tu dan dia tak fikir sejauh tu macam tak guna jugak kan..

rasa macam buang masa je bercinta bertahun tahun tapi berakhir dengan kekecewaan..lepas tu,kena cari cinta baru..memang la Tuhan yang menentukan tapi kalau kita tak berusaha tak jadi jugakkan..

so,siapa siapa yang tengah bercinta tu,jagalah hubungan tu sebaik yang boleh.. dan siapa siapa yang sedang mencari cinta tu,yakinlah setiap manusia ada pasangannya..sabar menanti okey! ;))

P/S : actually,tak tahu nak update apa..haha!

love,
 


 Sila LIKE kalau suka..

19 April 2011

=Kau ingat kau dah lepas kau boleh rileks laa??=

Syukur alhamdulillah..presentation for final year project dah lepas..lega rasanya..Hari nie presentation for final year project..cuak habis weyh..serious tak tipu..semua yang presentation final year rasa kot apa yang aku rasa..rasa nak terberak la..terkucil laa..macam macam laa..macam tu jugak la dengan aku..

 masing masing control muka..saja buat buat rileks..haha!
gambar diatas bersama my partner Fieza Ismail for final year project..aku buat berdua dengan dia..sepanjang aku buat final year project memang banyak sangat dugaan weyh..dari guna php ke asp..terpaksa cari orang untuk beri tunjuk ajar dekat kami..bukan senang weyh nak buat website..
and aku pun nak cakap thanks to my partner sebab bagi kerjasama untuk menyiapkan website nie..and also to her sister,Kak Ngah and Bro Hakim sebab bagi kami tunjuk ajar dan akhirnya dapat menyiapkan final year project nie..
*dah macam bagi ucapan plak..haha!

our website..novella seller.. 

before presentation..
muka nebes habis..haha!

nie la supervisor kami..Madam Siti Nazuha binti Jamaludin..
thanks Madam sebab bagi kami tunjuk ajar.. ;))



love,



Sila LIKE kalau suka..

17 April 2011

=Pondok Penyayang Raudah=

Semalam (16042011) aku pergi rumah anak anak yatim anjuran department Mathematic.. ramai jugak la yang follow.. nie kira untuk mentor dan mentee laa..dekat Pondok Penyayang Raudah..actually,bukan semua anak anak yatim..ada jugak yang bermasalah..

sampai sana je dalam hati aku "nie ke tempat dia??" Ya Allah..menjejakkan kaki kat sana je aku dah sebak..aku tak tahu kenapa..mungkin sebab aku nie pun macam mereka..cuma bezanya aku dapat hidup dengan kasih sayang seorang mak..bila tengok kanak kanak yang seolah olah gembira dengan kehadiran kami,lagi buat aku rasa macam nak mengalirkan air mata..tapi wa pandai control beb..huhu..

first time naik bas KPTM okey.. -___-
 nie sesudah sampai sana,kami mengadakan gotong royong untuk buat aktiviti sukaneka.. tapi disebabkan hujan,sukaneka terpaksa dibuat di dalam belah atas..
 nie sebahagiaan anak anak di pondok penyayang raudah..

nie group sukaneka gee..dapat num4..
nie group sukaneka niniey..dapat num1 you all.. ;))
nie group sukaneka aku..dapat num2.. ;)
nie persembahan dari anak anak pondok penyayang raudah..
balik time! before balik tu,kami pergi tengok bilik mereka..hmm..rasa best je dapat luangkan masa dengan mereka..

"orang yang tak pernah rasa kehilangan mak atau ayah takkan tahu macam mana peritnya apabila kehilangan mereka.."

P/S : nanti aku upload video okey..


love,
 

 Sila LIKE kalau suka..