=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

31 May 2011

=Tolonglah jangan nak dekat dekat dengan aku..aku tak suka kau laaa!!!=


sumpah aku tak suka kau!! tak suka kau sangat..kenapa kau suka ganggu aku?? kenapa??!!! pergi la kacau orang lain..kenapa kau nak kacau aku..?? aku tak kacau kau,kau jangan la nak kacau aku..kau tahu kan aku tak suka kau..tapi kau still nak kacau aku jugak..kau macam tahu tahu je aku tak suka kau kan..sebab tu kau dekat dekat dengan aku..blaaa laaa!!

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
nak letak gambar nie pun aku geli!!

nie la binatang yang paling paling aku tak suka!! bukan sebab takut tapi aku geli..bila aku nampak lipas tu memang aku akan jadi tak senang duduk selagi aku tak nampak lipas tu mati depan mata..paling penat bila aku nampak lipas mesti aku akan menjerit..kadang kadang tu sampai menangis okey..yang lipas nie pun nak dekat dekat dengan aku plak..nampak macam mengada ngada sangat kan?? tapi tu la aku..

please la jangan nak gurau gurau dengan aku pasal lipas..aku boleh jadi marah sangat sangat okey..







love,


Sila LIKE kalau suka..

30 May 2011

=Review : Karak=


actually,aku memang taknak tengok cerita karak..sebab aku nie penakut sikit..disebabkan member member aku nak sangat tengok cerita karak,aku pun terpaksa la tengok.aku pergi tengok dekat OU..taknak ramai plak orang kan..


-->sound system dalam cerita nie memang terbaik la..sebab kalau scene terkejut tu memang buat orang terkejut la kan...

--> Shahir dalam cerita nie memang aku suka..dia jadi boyfriend kepada sheera..memang romantik okey..jatuh cinta dengan Shahir...

-->hantu dia memang nampak real la kan...

-->yang scene Kilafairy berkemban tu memang seksi habis..nampak segala lurah yang ada.. -___-

-->yang tang ulat tu memang menjadi..terbaik!

-->ending dia memang aku tak terfikir pun..sedih!

secara keseluruhannya, cerita nie kira okey okey laaa...nak kata seram pun tak..nak kata tak seram pun tak..sejujurnya ada satu scene yang buat aku menjerit dekat dalam panggung wayang tu..takyah la aku bagitahu scene yang mana..aku menjerit pun sebab terkejut okey..bukan sebab seram..lalala~ *cover

cerita nie memang ada message yang nak disampaikan..korang tengok sendiri okey..dan korang akan tahu message apa yang cuba disampaikan dalam cerita KARAK nie..tang message yang nak disampaikan tu memang aku suka..


love,
 

 Sila LIKE kalau suka..

=I'm back!!=

I'm back!! rasa macam dah lama tak update blog..ada siapa siapa yang rindu aku tak?? *perasan sangat..ngee...actually,aku baru balik berholiday nie..penat sangat tapi sempat jugak update blog..rindu kot..huhu...

korang mesti tahu kan gambar diatas nie dekat mana..
kalau tak tahu cuba la teka okey..

next entry aku akan cerita..now,aku nak tidur..penat sangat..



love,
 

 Sila LIKE kalau suka..

28 May 2011

=Kau ingat kau comel guna ayat ayat pelat nie??=


tadi aku adalah terbaca satu status nie..mak aiii..cakap semua stok nak pelat pelat je..kau ingat kau budak 2tahun ke?? aku yang baca nie pun terikut ikut pelat..kadang kadang tue sampai tak faham apa yang kau dok tulis..adoi...umur dah 20an..please la jangan nak pelat pelat sangat..kadang kadang dalam message pun macam tu...aku kalau orang hantar message pelat pelat nie memang aku tak layan..tak pun aku akan balas "kau cakap apa?? aku tak faham.."

contoh yang budak ala ala 2tahun cakap pelat..

titew shuke dekat awak
camat awi jadi
titew rase nak mamam nacik la.
dark niy munk besh kowt..
shaye shayang dekat awak..
shaye shuke engok diert..


tu contoh je..actually,terlalu banyak la kan..aku cukup menyampah dengan orang yang guna ayat nie..terutamanya yang dah berumur 20an tapi still guna ayat pelat pelat nie..kau ingat kau comel guna ayat pelat pelat nie??


love,
 


 Sila LIKE kalau suka..

26 May 2011

=Praktikal=


baru dua hari cuti aku dah mula rasa bosan..tu la..bila ada kelas,malas nak pergi kelas..bila dah kasi cuti rasa bosan plak..haishhh..macam macam la kau nie muncet.. ramai yang tanya aku dah dapat praktikal ke belum..actually,aku malas nak fikir pasal praktikal sebab result pun tak tahu macam mana kan..


tapi aku adalah dapat email..yang menyatakan aku dapat tempat praktikal..aku dah call pun..and dia akan cakap nak bagi surat...bla bla bla bla..


insyallah dekat KWSP...ada la jugak yang cakap okey sebab dapat dekat KWSP..tapi yang tak best sebab tak dapat elaun..tapi aku tak kisah sangat pun..yang penting pengalaman..


love,
 

 Sila LIKE kalau suka..

25 May 2011

=Perihal tentang SERUMAH..serious aku akan rindu dekat korang.. ;((=

sedih sedih sedih..tu je yang aku rasa sekarang neyh..sedih sebab apa cik muncet?? sedih sebab nie tahun akhir antara aku dengan member member kolej..tahun akhir aku dapat duduk serumah dengan kawan kawan susah senang aku..waaaaa...sumpah sedih.. (T_T)

terlalu banyak kenangan aku dengan mereka mereka ini..dua tahun lebih duduk serumah..terlalu banyak masalah yang kami kongsi bersama sama..susah senang,jatuh duduk diantara kami hanya kami je yang tahu..ibarat macam tidak lengkap kalau ada diantara kami yang tiada..begitu jugak bila ada diantara kami yang dalam kesedihan,kesusahan,pasti akan dapat dirasai..


SUZILAWIZA AKA GEE
dia satu bilik dengan aku..dari sem satu sampai la sem 5..masih lagi SINGLE..siapa siapa yang nak kenal,meh isi borang dulu..haha! firstly,thanks weyh sebab kau nak jadi kawan aku..aku suka kawan dengan kau sebab kau tak banyak songeh..aku tahu kau ada jugak tacing dengan aku tapi kejap je kan..lepas tu,dah okey..masa mula mula kita kenal aku tengok kau dalam hati aku cakap yang kau sangat cerewet..yes! semua serba serbi nak lengkap kat dalam hostel dulu..dalam hati aku "ek eleh minah nie..bersyukur la apa yang ada..banyak bunyi plak" hahaha! tapi bila dah kenal kau memang kau best lah..tak boleh nak diungkapkan dengan kata kata..huhu..

 ingat tak masa sem satu kau pernah langgar cermin pintu kat kolej..waktu tu sangat la kelakar..haha! nasib baik takde orang yang nampak..kau terus lari kat aku dan cakap "sueee..kenapa tak cakap dengan aku ada cermin pintu tu??" hahaha! serious aku memang gelak giler giler..sori la kalau kau terasa sebab aku gelakkan kau..tapi dah memang kelakar..haha! lepas tu kau suka cakap kuat kuat..macam la aku neyh pekak kan..haishhh...kau ingat tak masa niniey bagitahu kau yang dia nampak bf kau dengan perempuan lain kau terus masuk bilik menangis..masa tu fieza terus message aku..serta merta aku terus balik..see..bertapa pentingnya kau dalam hidup aku.. -__- 

lagi satu kau layan je cerita cerita aku..kadang kadang aku tahu kau malas nak dengar apa yang aku cerita tapi kau layankan je sebab kau nak jaga hati aku kan..aku tahu tu...huhu..paling aku terharu bila kita pergi makan kat KFC..kau tahu je yang aku tak suka peha ayam plus mesti nak tukar air dengan air milo..serious aku rasa terharu giler..kau ingat tak kalau kita pergi minum kat kedai ibu mesti kita akan share air teh tarik..haishh..sumpah rindu.. ;(

sumpah aku sayang giler kat kau walaupun kadang kadang kau nie menyakitkan hati jugak..hahaha! bila ingat semua tu rasa sedih pun ada..even apa pun terjadi kau tetap kawan aku sampai bila bila..love u..*malu nak cakap depan depan..huhu..

NOORHAFIZAH AKA FIEZA
actually,aku tak tahu macam mana aku dengan kau boleh rapat..masa kat hostel dulu kau satu rumah dengan aku tapi bukan satu bilik..nak bertegur pun tak..naik sem dua kot baru kita mula rapat..sebab kita pindah bilik depan..kira satu bilik dengan kau..

kau ingat tak masa aku mula mula tegur kau..soalan aku "eh..betul ke kau dah ber*******??" then kau jawab "betul la..kenapa?? (dengan nada kerek giler)"... dalam hati aku "ek eleh..giler kerek dia nie..tanya pun nak jawab kerek"..hahaha! starting tu la kita bertegur kan?? kau suka cakap nogori dengan aku..sampai aku tergelak gelak..

thanks weyh sebab kau nak jadi kawan aku..kau suka cerita kat aku pasal masalah kau..bila mak kau tak dapat call kau,mesti mak kau call aku..dah macam mak aku plak kan..hikhik..paling aku tak lupa balik kampung kau..best giler..kita pergi mandi sungai kan..macam batak plak aku..yela..KL kan takde sungai..hikhik...

lagi satu kau ingat tak kau pernah jatuh masa kita tunggu cab?? haha! aku terkejut gak tiba tiba kau jatuh..aku sebenarnya nak gelak masa dalam cab tu..tapi aku tahan je..bila keluar dari cab tu, terus aku gelak giler giler..sorry la weyh..aku memang suka gelak..ngee..

dah kawin nanti WAJIB jemput aku taww...
jaga diri baik baik..

NURSYAKILA AKA KIELA
kiela satu roomate dengan aku masa duduk hostel dulu..mula mula kenal kau,kau memang seorang yang pendiam..dah la aku nie dah sememangnya banyak cakap..walaupun kita satu bilik masa kat hostel dulu,kita tak rapat sangat..sampai sem dua..sebab sem dua kau tak sebilik dengan aku..tapi aku ingat lagi masa kita nak keluar dari hostel tu,semua sibuk cari rumah sewa..kau cakap "weyh..aku nak duduk serumah dengan korang..." ececehhh..sebenarnya kau tak boleh berjauhan dengan kami kan...hahaha! 

paling aku tak boleh lupa masa kat hostel yang kau menari dengan Qiena tu.."disko disko" hahaha! bila ingat balik mesti aku tergelak giler giler..sumpah kelakar..bila aku ingatkan kau balik pasal tu,kau cakap " dah la tu..jangan la ingat ingat lagi.." hikhik.. ingat tak yang kita pernah karok guna laptop Niniey..lagu paling kelakar lagu FAIZAL TAHIR-SATU MALAYSIA..semangat habis!

paling tak boleh blaa yang kau takut hamster..cehhh..hamster dengan kau mana besar?? hahaha! kadang kadang sampai terjerit jerit kau bila aku acah acah nak bagi hamster kat kau..hikhik...

sorry la kalau selama kita berkawan kau banyak terasa hati dengan aku..yela..kadang kadang mulut aku neyh suka sangat nak sound kau..tapi kau diam je kalau aku sound kau kan..bagus kau nie..hikhik..dont worry,aku sayang kau!

NORAINI AKA NINIEY
haaa,,,niniey nie baru je masuk serumah dengan aku..before this dia serumah dengan orang lain..aku kenal kau masa sem satu...tu pun tak rapat sangat..mula rapat dengan kau pun sebab kau ex school dengan Gee kan..kalau tak memang aku tak kenal kau..aku suka kawan dengan kau sebab kau banyak cakap..sama dengan je dengan aku..kau ingat tak masa kat hostel,bila kau nak keluar,kau mesti singgah bilik aku sebab nak tanya pasal baju yang kau pakai..sesuai or tak..lepas tu,banyak bergosip..ada je cerita cerita yang kau nak cerita kan.. aku ingat lagi masa aku putus cinta dulu..kau ada cakap "sue..macam mana la kalau aku ada kat tempat kau kan..mesti aku tak sekuat kau"..haha! wa jiwa rock beb! ngeee...

lagi satu kita pun pernah tak satu kelas kan..yela..kau kan bijak kalau nak dibandingkan dengan aku..lagi satu kau suka masak..dan aku suka makan..hahaha! kira kau ada usaha la nak belajar masak..aku ingat lagi yang kau nak sangat masak laksa.. "sue,weekend masak laksa nak??" aku cakap "kat rumah nie masa ada blander"..lepas tu,kau buat muka pasrah..hahaha! paling aku tak suka bila kau putus cinta..karakter kau terus berubah..serious tak tipu..

but now,niniey dah kembali balik kan?? aku suka kau macam nie.. aku tak suka kau masa putus cinta..tapi aku tahu kau sedaya upaya buat happy depan kitaorang walaupun disebaliknya kau down giler kan..tapi aku tahu kau kuat niniey..kau jangan sedih sedih lagi..just fikir masa depan kau je okey..ingat tak yang aku,kau dengan gee suka berangan kononnya pernah duduk kat oversea..kalau ingat semua tu sumpah aku akan rasa rindu.. ;(

thanks tau sebab nak kawan dengan aku..sorry kalau selama kita kawan aku ada buat kau sakit hati..aku tahu kau sayang aku..dan aku pun sayang kau! ;)

masing masing dah berpisahkan..semua dapat tempat praktikal lain lain..lagi lagi Gee yang dapat tempat praktikal dekat Batu Pahat..yang lain semua area Kuala Lumpur je..

masa salam korang pun aku sedih..especially bila salam Gee dengan Niniey...masing masing nangis..bak kata Sir Azhar true friendship will never ends..baru sehari aku dah rasa rindu dengan gee and niniey..mungkin sebab kita rapat..but now kena start new life..new environment without you all.. ;((


okey..itu sahaja tentang kawan kawan serumah aku..kawan kawan dari sem satu sampai la last sem nie..banyak perangai yang pelik pelik yang aku jumpa..serious,mesti aku akan rindu nak duduk serumah dengan korang..aku bersyukur kenal dengan korang..walaupun kadang kadang ada salah faham,tapi kita dapat atasi dengan baik...serious aku sayang korang!
  • ingat tau kenangan kita tidur berhimpit dekat master bedroom sebab kipas bilik aku rosak..
  • lepas tu kenangan kita pecahkan bilik kiela dengan niniey sebab terkunci dari dalam..haha! 
  • lepas tu kenangan makan durian kat bawah..dekat parking kereta..tak pernah dibuat orangkan...hikhik..
To Gee,Niniey,Fieza and Kiela : please jaga diri korang baik baik..sebab kita masing masing dah jauh especially Gee..suaikan diri dengan environment yang baru..dengan kawan kawan yang baru..anything,just message,,kalau free,kita jumpa okey..aku sayang korang sangat sangat..

lagu khas untuk korang..
kalau korang ingat lagi yang aku pernah bagi lagu nie kat korang..

ikhlas dari suemuncet yang comel lagi cute,


P/S : ingat..jangan buang semua kenangan kita bersama...

love,

Sila LIKE kalau suka

23 May 2011

=Selamat tinggal..mesti aku akan rindu..=

contest sudah berakhir..masa untuk check balik gambar gambar yang korang dah bagi..actually,rambang mata jugak la..sebab semua gambar gambar tu aku suka..haha! maybe aku akan umum kan pemenang dalam bulan 6 macam tu sebab aku sekarang bz dengan wedding, holiday plus dengan tempat praktikal..dengan kolej lagi..

mesti ramai yang nak tahu apa hadiahnya kan?? jeng jeng jeng..mungkin aku akan pilih satu pemenang or tiga pemenang..depends pada juri juri professional laa.. *macam contest nie hebat sangat plak kan nak ada juri bagai..ngee..



okey..taknak cerita pasal contest lagi..see picture diatas?? tu baru separuh barang barang aku tu..sekarang nie aku bz dengan nak pindah rumah..aku dah tak duduk pandan terrece dah..almaklum la..dah habis untuk sem5 nie..tunggu result and praktikal je sekarang nie..thats why aku pindah dari rumah tu..termasuk member member aku yang lain..so,rumah tu sudah kosong..

mesti aku rindu nak duduk rumah tu balik..dua tahun kot duduk rumah tu..tapi nak buat macam mana kan..


love,
 


 Sila LIKE kalau suka..

22 May 2011

=Review : Nur Kasih The Movie=

masa untuk tengok movie!!!! yeayyyy!! tengok movie je pun..seronok macam dapat iphone je kan..haha! yelaa..dah lama tak tengok movie kan..dan dah lama jugak tak jejak kaki dekat Pavillion tu..banyak perubahan..*bajet macam baru balik dari oversea..lalala~

before gerak tu dah booked tiket wayang siap siap la..sanggup plak aku nak beratur panjangkan..tu pun ada orang yang booked kan..thanks pada orang itu..

before tengok wayang, aku pergi jalan jalan dekat BB..cuci mata SAHAJA okey..nak shopping duit takde..waaaaaaa..sedih! ;(

nie tiket wayangnyaaa...
aww aww..couple seat you all..
aww aww..guna credit card you all..haha!
*berlagak..
aku tengok cerita Nur Kasih The Movie..yang tepi tu model tak berbayar okey..ngee..

--> first aku suka giler dengan sinematografi dalam cerita nie..sangat memukau penonton okey..

-->music dia terbaik..sebab kena dengan jalan cerita dia..

-->ada jugak la part yang macam slow giler..

--> adam dengan nur memang sangat sweet okey dalam cerita nie..lagi lagi part yang ada lagu aizat tu..masa part tu, mesti orang akan cakap sweetnyaaaa...

--> part ngeri bila part bergaduh tu..memang aku sampai tutup mata la kan..

-->paling aku suka kasih sayang antara adam dengan nur..pengorbanan suami dan isteri..masing masing tak sanggup rasa kehilangan antara satu sama lain..

-->ending dia lain dari yang lain..maybe sebab aku tak terfikir yang ending dia macam tu..

bila aku tengok cerita nie aku berangan yang aku nak suami macam Adam..aku nak suami yang se setia dan sanggup berkorban untuk isteri tercinta..suami yang boleh bimbing isteri..yang penting bab solat..tapi masalahnya ada ke lelaki yang macam nie??

sejujurnya ada beberapa part yang buat aku menangis.. *orang yang takde perasaan je yang takkan menangis bila tengok cerita nie..



love,


 Sila LIKE kalau suka..

20 May 2011

=Dugaan Final Exam=

Totally done with final exam!!! yeayy yeayy.. *sambil lompat lompat macam budak budak 3tahun dapat gula gula..ngee.. oppsss..alhamdulillah.. i'm finally done with final exam for this last semester..kepada buku buku yang tebal tebal,kepada note note yang aku buat macam nak patah tangan aku nie,aku nak say goodbye! kalau result okey aku akan lepas ke praktikal..okey..malas nak fikir pasal praktikal lagi sebab result pun tak tahu macam manakan..hopefully, semua akan okey dan aku akan lepas ke praktikal..aminnnnnn..

dugaan final exam..

1) paper e-commerce..first aku agak terasa dan bengang dengan budak kelas aku sebab tak bagitahu ada extra kelas untuk lecturer bagi tips..ulang balik TIPS! kalau rasa ada la dikalangan budak kelas aku yang tak puas hati dengan kami SERUMAH,jangan la sampai nak balas dendam dengan cara macam nie..be professional..yes! memang lecturer aku ada sampai kan kat budak lelaki kelas aku untuk bagitahu budak lain yang ada extra kelas untuk bagi tips..then,bila budak lelaki dah sampai kan ke salah seorang budak perempuan,apa salahnya budak perempuan tu message kami serumah cakap ada extra kelas..bila budak lelaki tu tanya perempuan tu dah bagitahu semua ke,jawapan dia "AKU DAH BAGITAHU SEMUA DAH" tapi kenapa kami serumah tak tahu?? ada jugak budak kelas yang tak tahu..kalau rasa membazir la kredit tu,tak boleh ke bagitahu dekat facebook?? takpe..aku still boleh jawab paper e-commerce..haa..kan dah panjang lebar aku taip..takpe..benda dah lepas..

2) Paper Multimedia..aku still boleh jawab sebab lecturer sendiri bagi tips..tapi yang agak aku tekanan sebab aku sakit perut time nie..nak focus pun tak boleh..tapi aku control je la kan..

3) Paper entrepreneur langsung lecturer tak bagi tips..dengan carry mark sangat sikit okey..tu pun dapat tips dari section lain..nasib baik la budak section lain tak kedekut nak bagi tips..bersyukur sangat sangat..

4) Paper web design..aku tak tahu kenapa malas giler nak study..maybe sebab gap terlalu lama..yela..aku last paper hari sabtu then paper web design plak jumaat next week..aura final tu macam dah takde..tapi aku boleh je jawab paper web design nie..

alhamdulillah..semua paper aku boleh jawab..aku dah berusaha sebaik yang boleh..dan biarlah DIA yang menentukan..hopefully,result aku nanti semuanya okey.. ;))

OMG! aku dah habis final exam..!! sambil tutup mulut menggambarkan bertapa happynya diri..rasa macam nak study lagi je..*okey..itu tipu! ;p



love,


 Sila LIKE kalau suka..

17 May 2011

=Nora Elena=



korang tengok tak cerita kat tv3 tajuk dia NORA ELENA?? serious best doe cerita nie..aku layan dari first episod lagi..kalau missed haruslah tengok kat Tonton kan...tapi bila tengok cerita nie memang rasa sakit hati giler...kenapa sakit hati?? korang pergi la tengok sendiri..


cerita tu adaptasi dari Novel Kasih Yang Suci..

aku tak sabar nak tahu ending cerita ni..bak kata akak aku,nak tahu ending pergi la beli novel nie... pssttt..tolong belikan please..haha!



love,
 

 Sila LIKE kalau suka..

16 May 2011

=Nie baru la "Lu langsi Lu mati"..=


trailer cerita KL Gangster..perghhh..terbaik doe tengok trailer cerita nie..ngeri pun ada..sebab banyak aksi menyakitkan..hahaha! aku yakin Syamsul Yusof punya cerita mesti terbaik..macam cerita Evolusi KL Drift tu..tak sabar nak tengok cerita nie..nie baru la "Lu langsi Lu mati"..KAN.. sepatutnya tagline cerita Kongsi tu sesuai untuk cerita macam KL Gangster nie...


love,
 

Sila LIKE kalau suka..

=Kalau saya ada BOYFRIEND...=

Kalau saya ada boyfriend...

-->tak perlu la nak jadi terlalu perfect..cukup sekadar jadi diri sendiri..

-->tak perlu la nak menghabiskan duit untuk saya..simpan je duit tu untuk kumpul duit kahwin..

-->tak perlu la nak beli/bagi barang yang mahal mahal untuk saya..sebab saya sendiri akan usaha apa yang saya nak beli..

sebab saya HANYA Girlfriend awak..belum tentu saya akan jadi Wife awak..

kalau saya ikhlas terima awak,saya akan terima awak apa adanya tanpa perlu mengikis duit awak..


jujur dari hati..

love,

 

 Sila LIKE kalau suka..

14 May 2011

=I'm Back=

Assalammualaikum semua!! mak aiii..rasa macam dah lama tak update blogkan..rindu dekat korang korang semua..ada ke yang tunggu aku update entry baru?? mesti takde kan..owhh..lupa..aku belum habis final exam lagi..tinggal satu paper je lagi hari jumaat nie..giler lama kan?? so,masa nie la aku curi sikit masa nak update blog..


see the picture?? haaa..nie aku nak cakap..masa aku nak log in blog,tiba tiba keluar benda alah tu..aku try banyak kali okey..serious aku cuak giler kot..ingatkan ada orang hack blog aku ke..*bajet macam blog femes plak kan..huhu..
siap tanya semua orang kenapa blog tak boleh bukak..ke blog aku je yang bermasalah..rupa rupa nya semua blog mengalami masalah macam aku..then,mula rasa lega.. *boleh senyum sampai ketelinga...

sepanjang final exam nie banyak kot dugaan yang aku alami..nanti habis final aku cerita okey..now,nak kemas barang untuk pulang ke Puchong sementara tunggu exam jumaat nie.. *tu pun nak bagitahu..ngee..



love,

Sila LIKE kalau suka..

08 May 2011

=Terpaksa tinggalkan sementara waktu=


minggu final exam..terpaksa tinggalkan blog sementara waktu..
wish me luck!

P/S : habis final exam 21hb..tu bermakna CONTEST akan ditutup bila habisnya final exam.. ;))

love,


 Sila LIKE kalau suka..

07 May 2011

=Bila perempuan hancurkan kebahagiaan kaum sejenis dan lelaki yang seronok tengok perempuan kecewa=

amboi..bestnya kau hancurkan kebahagiaan orang kan wahai perempuan..dan kau lelaki, seronok tengok perempuan kecewa??

first untuk perempuan yang suka merosakkan kebahagiaan kaum sejenis kau..

  • kau muda lagi..beza umur kau dengan aku dua tahun je..kau pernah berkahwin dan pernah ditinggalkan oleh seorang lelaki kan?? kalau kau nak balas dendam dekat kaum sejenis kau,jangan pilih kawan aku okey! kau jangan ingat kau cukup bangga dengan apa yang kau dah buat..walaupun bukan aku yang kena tapi orang yang kau dok rosakkan kebahagiaan tu adalah kawan aku..tolong la ada perasaan malu sikit weyh jadi perempuan..kau perempuan kan?? tu pun kalau kau rasa kau perempuan la kan..kau mesti faham apa yang kawan aku rasa..aku tak faham la perempuan macam kau nie..haishhh..kawan aku dah okey tapi kau macam nak keruhkan lagi keadaan yang dah sememangnya kau keruhkan tu dengan ayat ayat yang macam kau nie tak berpelajaran..
untuk lelaki yang dok bagi janji manis dekat kawan aku..
  • amboi..seronok kau kan bila dapat kecewakan kawan aku disaat final exam lagi beberapa hari nie..kau umur dah tua okey..tapi fikiran kau cukup tak sama dengan usia kau..nak kata belajar setakat SPM,aku rasa kau belajar sampai DEGREE..tak faham apa yang kau dok fikirkan..masa kau nak dulu,bukan main lagi kau kan..bila dapat couple,janji macam macam..disaat kau dengan dia ada krisis pun kau still berjanji..setakat kau couple dengan perempuan tu untuk kepentingan kau baik takpayah kot..kesian la dengan kau..macam takde berpendirian..kau nak perempuan yang baik tapi pergi cermin diri kau tu dulu..owh..lagi satu..kau tu nak jadi ketua keluarga..nak jadi pemimpin..kalau perangai kau macam nie,kau fikir la sendiri..
mood : cuba kawal emosi dengan perangai lelaki macam nie..kalau rasa entry aku annoying,sila jangan baca..

love,

 


 Sila LIKE kalau suka..

06 May 2011

=BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011=



abang ben buat gegar blog May 2011..
klik INI untuk terjah entry abang ben..



love,
 


 Sila LIKE kalau suka..

05 May 2011

=Mulut orang memang tak boleh nak tutup=

Final Exam semakin hampir.. lagi 5 hari je nak final exam..OMG! memang cuak tahap babun la kan..lagi lagi sem akhir..so,aku kena buat betul betul..dalam bulan nie jugak la kena betul kan rumah sewa nie..mak aiii..banyak kot keluarkan duit..tapi takpe la..dah kami yang duduk rumah nie,dah kami yang dok rosakkan peralatan kat rumah nie..so,kenalah jadi SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB kan..malas la cerita pasal rumah..

aku nak cakap pasal mulut orang..bila aku keluar rumah dengan memakai tudung ramai dikalangan member member aku yang terkejut..actually,aku adalah jugak sedikit segan..tapi ada aku kisah?? tapi ada jugak yang support aku..yang bagi kata kata semangat..yang buat aku tersenyum dengan kata kata dari orang orang dikeliling aku...

hmm..aku berubah dengan memakai tudung pun ada jugak orang yang tak puas hati..ada jugak orang yang dok mengata aku..tak paham la aku dengan mulut orang..ada jugak yang memerli aku KONONnya aku pakai tudung sebab nak nampak baik..tapi disebaliknya bukan baik sangat..hello!! siapa kau nak menilai aku?? ada jugak yang cakap kalau dah pakai tudung tu kelakuan kena jaga..cara berpakaian kena jaga..okey.. aku terima tu..

inilah diri aku..

bila aku berubah jadi baik orang dok mengata..bila aku jadi jahat lagi la orang dok mengata..kadang kadang mulut orang memang susah sangat nak tutup kan?? serious aku sedih kot bila orang cakap aku macam macam disebabkan aku dah bertudung..takpe..aku terima..setiap orang buat kesilapan sama ada kita sedar tak sedar je kesilapan tu..dan setiap orang layak untuk berubah..

pada KAWAN KAWAN especially kawan kawan SERUMAH yang always support dan terima perubahan aku,terima kasih banyak banyak..aku hargai sangat sangat..dan tak lupa pada FAMILY tersayang..


love,
 

 Sila LIKE kalau suka..

02 May 2011

=Makan untuk SIHAT!=

semalam pergi makan..hari nie pergi makan..adoi..habis diet i..haha! tadi pergi ikea sebab nak makan meetball..adoi..taknak ramai plak orang kan..tu yang malas nak pergi tu..ecehhh...kalau taknak ramai orang pergi buat meetball tu sendiri..lalala~~

semua sedap!! 

lepas dah puas melantak,masa untuk membakar kalori yang ada..haha! jalan jalan la dekat dalam ikea tu..

 "ehh..murah la harga dia.." kata dalam hati..

 saya memang SUKA SANGAT membaca dalam ikea nie..haha! okey..tipu je..tah buku apa tah..
 OMG! aku dah sememangnya kurus atau gambar nie sengaja nak mainkan perasaan aku KONONnya aku dah kurus.. -___-
 okey..saya la CHEF TWO..lalala~
 model..KONONnyaaaa!
berangan nak bilik tidur sebegini..

lepas dah puas berjalan,masa untuk makan TUTTI FRUTTI!! nyum nyum..first time rasa..okey..tahu la macam dah ketinggalan sangat kan.. 
-___-

 sedap doe..aku amek chocolate dengan strawberry banana..
haishhhh...rasa macam nak lagi...
air mineral tu penting..

okey! done!


love,



 Sila LIKE kalau suka..