=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

21 June 2011

=Aku nak rasa + tumpang kasih sayang seorang ayah..=


19june2011..owh..itu tarikh hari bapa..yes! semua orang dok sibuk wish untuk hari bapa...baik dekat televisyen, radio, facebook, twitter or blog semua dok wish pasal hari bapa..tipu la kalau aku cakap aku tak rasa apa apa kan?? sumpah aku rasa sangat sedih bila terbaca or terdengar iklan hari bapa..

kenapa aku baru nak publish entry hari bapa pada hari nie?? kan hari bapa dah lepas..
bagi aku hari hari pun hari bapa.. :')

bila kawan kawan sibuk fikir nak bagi hadiah apa dekat ayah masing masing, aku hanya diam dan tersenyum..tu je yang mampu...

9 tahun hidup tanpa kasih sayang seorang ayah..yes! arwah abah satu satunya lelaki terbaik yang pernah aku sayang..yang always faham kehendak anak anak..

pada yang masih ada ayah, walau garang mana pun ayah korang, hargai beliau..sekurang kurangnya korang masih beruntung sebab masih ada ayah yang akan bagi tunjuk ajar kat korang macam mana nak cari lelaki yang bukan jenis nak ambil kesempatan..yang penting korang akan rasa lebih selamat bila dengan ayah..dan korang masih dapat merasa kasih sayang seorang ayah...

AL-FATIHAH untuk arwah abah...


love,


Sila LIKE kalau suka..

3 comments:

nurdani said...

semoga arwah berada dalam kalangan orang beriman.

Atyn Muchuxx said...

AL-FATIHAH.
semoga rohnya ditempatkan dgn golongan org2 yg beriman. AMIN!

miwwa J said...

al fatihah..