=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

21 August 2011

=kadang kadang mulut memang mudah untuk memaafkan=


maaf?? perkataan yang sangat mudah untuk diungkapkan..sangat mudah untuk orang mengeluarkan perkataan itu..maaf aku ada buat kau terasa..maaf aku buat kau terluka..maaf aku ada mengumpat kau..maaf maaf maaf..tapi pernah tak korang fikir yang korang ungkapkan perkataan maaf tu sama ada korang betul betul maksudkan ataupun tidak??

bila kita buat salah mesti orang akan cakap maaf..tapi tak semua benda boleh kita ungkap dengan perkataan maaf..tak semua perkara boleh diakhiri dengan perkataan maaf..orang selalu mengambil jalan mudah dengan mengungkapkan perkataan maaf..

sejujurnya aku memang mudah untuk memaafkan orang tapi untuk melupakan apa yang orang tu dah buat dekat aku memang susah untuk aku lupakan walaupun orang tu dah berkali kali mintak maaf..aku masih ingat lagi apa yang orang sekeliling aku pernah melukakan hati aku..

memang orang akan cakap "sekurang kurangnya mintak maaflah kalau dah buat salah".. yes! tapi tak semua kesalahan itu boleh diungkap dengan perkataan maaf..kalau perkara kecil mungkin boleh la cakap maaf kalau perkara yang melibatkan benda besar boleh ke cakap maaf je??

memang kadang kadang perkataan maaf tu akan buat aku okey kalau orang tu mintak maaf jika ada buat salah..memang aku akan ketawa..mood aku akan okey..tapi kadangkalanya perkataan maaf adalah kali terakhir yang aku ingin dengar dari mulut seseorang..

bila dah mintak maaf tapi masih buat lagi..ikhlas ke dia mengungkapkan perkataan maaf itu?? ataupun sekadar untuk menjaga hati?? ataupun sekadar untuk buat aku kembali senyum?? kadang kadang ia memerlukan sedikit perbuatan daripada perkataan..



Sila LIKE kalau suka..

No comments: