=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

30 December 2011

=Entry Terakhir=

Assalamualaikum..ini entry terakhir untuk tahun 2011..so sad sebab tahun 2011 akan meninggalkan kita..kita jumpa tahun depan okey..alaa..lagi beberapa hari je kan.. ;))

welcome 2012..goodbye 2011..


*pssttt..minggu depan 5JANUARY sila jangan lupa..lalala~



 Sila LIKE kalau suka..

29 December 2011

=Faizal Tahir jadi Mentor=

semalam kecoh pasal pengumuman siapa mentor musim ke-6.. dan semua sudah terjawabkan..
barisan mentor musim ke-6..
Ella,Ferhad,Ogy,Ramlah Ram,Faizal Tahir dan Adam Af..

paling aku teruja haruslah sebab ada Faizal Tahirkan..hahaha! tapi hari nie aku baca kat gua.com bila Faizal Tahir kata tak bersedia dan masih cuba untuk mempertimbangkan tawaran dari Mentor nie.. sila klik INI untuk lebih lanjut..dekat mystar pun ada..klik INI..
tapi betul jugak apa yang Faizal Tahir cakap tu..alaaaaaaa..takyah la nak paksa paksa kan..mungkin dia belum ready lagi..don't pressure him..kesian dia weyh.. 

*kalau betul FT jadi mentor, aku nak pergi..tapi just nak jumpa FT je la... ;)



 Sila LIKE kalau suka..

28 December 2011

=Kemanisan 2011=

minggu terakhir untuk tahun 2011..wahhh..tu bermakna lagi beberapa hari usia aku akan bertambah..takyah nak beberapa hari sangat..cakap je minggu depan umur dah 22 tahun..dan yang membuatkan aku risau aku masih tiada boyfriend pada usia sebegini..OhMy..okey..tak penting..

apa yang boleh aku cakap, sepanjang tahun 2011 terlalu banyak kenangan yang aku sendiri susah nak lupa..pahit, manis, masam, tawar semua bercampur..

kenangan manis :
Januari yang pastinya birthday aku..banyak sangat yang aku dapat sempena dengan birthday aku..especially, teddy bear..tak terfikir pun yang aku akan dapat teddy bear lebih dari satu pada tahun nie..the best part is aku terkena dengan my girlfriends..tak pasal pasal kena telur, tepung plus air apatah..sweet memory sangat..thanks girlfriends!
tahun nie jugak aku berubah untuk kearah memakai tudung..bukan paksaan,bukan sebab fesyen..semua sebab Allah..memang aku dah pasang niat..tapi tahun nie baru aku dapat melaksanakan niat itu..saya bertudung saya okey..anda bila lagi?? ;)
menjadi pelajar praktikal..nie memang kenangan manis la dalam hidup aku..
dapat pergi Anugerah Industri Muzik dan dapat tengok secara live..bila tengok secara live memang gempak habis la kan..tapi mungkin dari segi management agak hampeh..
dapat pergi holiday dengan kawan kawan ex school ESEMPI di Port Dickson! holiday nie memang syok..sumpah aku tak puas sebab dua hari satu malam je tapi sekurang kurangnya dapat jugak spend time dengan mereka..almaklum la, member member aku semua dah bekerjaya..alhamdulillah..aku je yang bila nak bekerjaya tah..

actually,banyak sangat kemanisan dalam tahun 2011 nie..nanti cerita banyak banyak plak kang korang bosan plak..huhu..

apa yang membuatkan aku sedih adalah bila aku dah tak duduk serumah dengan kawan kawan kolej..memang sedih sangat..sebab dah biasa duduk serumah..pagi, petang,siang,malam mereka sentiasa ada untuk aku..dengar masalah aku..seriously, i miss them! ;(

tahun nie jugak aku last bergelar pelajar Kolej Poly-Tech MARA..kadang kadang kolej nie menyakitkan hati aku tapi yang menyakitkan hati tu la yang akan buat kita rasa rindu.. :')

cuma tahun 2011 nie aku masih tak berjaya untuk ada boyfriend..hahaha! motif sangat kan..
hope tahun 2012 akan buat aku lebih bahagia dan akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun tahun yang akan datang..aminnnnnnnnnn..



 Sila LIKE kalau suka..

27 December 2011

=Muka SueMUNCET masuk dalam majalah Dara.com=

Assalamualaikum semua...agak lama aku tak update blog kan..saja nak biarkan blog nie bersawang..hukhuk..actually, takde benda aku nak share dengan korang..sejak kebelakangan nie idea dekat kepala otak aku nie makin berkurangan plak..hahaha!

cuma aku nak share nie dengan korang..
ini adalah majalah Dara.com..siapa siapa pembeli dan pembaca tegar majalah Dara.com nie mesti tahu apa yang menarik dekat dalam majalah nie kan..bagi aku haruslah Gaya Tudungkan..
 jap..nie part gaya tudung yang menarik perhatian Editor majalah Dara.com nie..korang nampak tak apa yang aku nampak?? laaaaaaa..tak nampak lagi?? okey okey..aku zoom sikit..
 haaaaaa...nampak tak gambar siapa yang terpampang dekat dalam majalah tu?? haruslah gambar aku..ehh..yeke gambar aku..??
ehh..betul la gambar aku..actually, aku tak tahu pun gambar aku ada masuk dekat majalah Dara.com nie..tu pun sebab member aku yang tagged dekat facebook dan member aku dekat twitter jugak yang bagitahu aku..

aku takde la nak bangga sangat pun..gambar tu pun bukan besar mana..lain la kalau gambar dekat kulit majalah nie kan..jadi cover page ke kan..baru la boleh bajet macam retisssssssss..hahahaha!


 

 Sila LIKE kalau suka..

22 December 2011

=Sebelum dan selepas=

entry kali nie aku nak update pasal my anje..hikhik..actually, nama dia bukan anje..nama dia omey tapi aku yang suka sangat panggil dia anje..dia jantan..

pic diatas masa mula mula mak aku jumpa dia..okey..sangat kurus kering..pegang pun rasa tulang..plus muka sangat kesian okey..tak silap aku masa nie bulan September..
ini around 1 month...nampak tak perbezaannya??
ini adalah gambar terbaru omey..
sebelum dan selepas..nampak tak perbezaannya?? ;)


ohh yaa...terima kasih to AZIZ HAZMI kerana publish blog aku dekat page dia.. ;))
klik INI untuk tengok entry pasal Aziz Hazmi..


                                      mari join my giveaway..klik HERE



 Sila LIKE kalau suka..

=Khas untuk Ex-girlfriend by AH=

gambar dicuri dari facebook beliau..
sekali imbas nampak macam Zac Efron kan.. ;)

*siapa tak kenal Aziz Hazmi boleh campak laptop or Pc anda sekarang..tak guna online 24/7 kalau tak kenal Aziz Hazmi nie..

AH publish new video..!! aku plak yang excited..hikhik..video untuk ex-girlfriend..ulang balik video untuk ex-girlfriend dia..mak aiii..kau berani nak buat video untuk ex-girlfriend or ex-boyfriend kau?? balik busuk pun korang akan message or call je kan..huhu..

jom layan video dari dia khas untuk ex-girlfriend dia..



bila dia publish new video memang aku tak pernah ketinggalan untuk tengok video dari dia..video yang nie dia buat untuk wish birthday ex-girlfriend dia..see..wish birthday siap buat video okey..kau ado?? haha! sweet sangat kan..rasa macam dia sangat menghargai ex-girlfriend dia..untung jadi ex-girlfriend dia nie..haha! nie baru ex-girlfriend dah ada video macam nie..kalau girlfriend dia aku tak tahu la macam mana kan...ngeee..

#AHmazingFriends always support you! ;)

*Kalau ex-boyfriend aku buat video untuk aku yang ado je laa..memang tak pasal pasal kena maki dengan girlfriend dia nanti..hahaha!

mari join my giveaway..klik HERE



 Sila LIKE kalau suka..

19 December 2011

=I've been proposed and i'm engaged : Terharu=

pagi tadi aku online facebook dan twitter..macam biasa la memang rutin harian aku dok online je..aku ada tengok orang dok post pasal video nie...aku pun terfikir la video apakah??

jom tengok.. 


bila aku dah habis tengok video nie, sumpah aku rasa macam nak menangis plus terharu..gadis berumur 19tahun yang dilamar oleh seorang lelaki dengan cara lamaran yang sangat unik okey..giler kau tak terharu..aku yang tengok video nie pun nak nangis plus terharu apatah lagi empunya diri kan.. *okey sue..jangan over..hahaha!
memang perempuan dilahirkan berjiwa tisu..berjiwa kaca..so, bila ada lelaki yang berusaha untuk meyakinkan seorang perempuan plus buat macam nie, memang perempuan akan rasa dihargai...kan.. :')

to dena : i want to say congratulation for your engagement dear..
walaupun aku tak kenal dia actually.. ;))



Sila LIKE kalau suka..

18 December 2011

=19112011-20112011 (Part 2)=

agak lambat untuk aku update part 2...tah macam mana boleh lupa plak.. sambungan dari entry INI..

20112011

keesokkan harinya, yang perempuan pergi breakfast dan lelaki terbongkang dalam bilik..hikhik..sebab breakfast untuk 6 orang sahaja..tapi malangnya, aku lupa nak snap gambar masa breakfast tu sebab dah kebuluran..lalala~
lepas jejaka jejaka nie bangun memasing dok mandi kolam..tak puas lettew mandi kolam semalam..gambar diatas adalah model untuk majalah mangga ye..haha!
nie Hajar..kawan aku tapi berlainan kelas masa sekolah menengah dulu..
 mari kita berkayak! yeay! aku paling excited..sebab first time berkayak.. ;)
aku suka gambar nie..mungkin sebab background kot..hahaha!
dan aku tak tahu kenapa  gambar aku takde ketika ini.. -___-
 lepas tu, berlari lari anak untuk balik bilik dan bersiap untuk pulang.. 
*okey..berlari lari anak tu tipu je..
before balik,snap gambar dulu! ;)
lepas makan, moh la kita pulang..

even agak tak puas bercuti dengan korang tapi tetap syok!





 Sila LIKE kalau suka..

15 December 2011

=Bila umur semakin meningkat, semakin susah nak cari pasangan hidup=

hmm...tension jugak kan kalau orang dok asyik tanya soalan yang sama berulang ulang kali..lagi lagi kalau keluar dengan kawan kawan yang dah lama tak jumpa..soalan macam tu sering kali ditujukan pada aku nie haaaa...dan bila aku bagi jawapan, setepek je aku kena balik..hahaha!
tapi betul jugak apa yang dikatakan..kalau tak cari mana nak datang jodohnya..memang jodoh ditangan Tuhan tapi kalau kita tak berusaha, tak dapat la hasilnya..diibaratkan macam tu la..jujur la aku cakap memang aku takde usaha langsung nak ada someone yang special..means, memang aku tak cari pun..dan hasilnya sampai sekarang takde boyfriend..hikhik..

bila aku suka orang tu, orang tu dah ada girlfriend..bila aku suka orang tu, orang tu tak suka aku..bila orang tu suka aku, aku macam takut..tah kenapa tah.."eh sue..dah nak 3years kau single..takkan la benda lama menghantui diri kau lagi.." cakap dalam hati..

seriously, bila umur semakin meningkat, semakin susah nak cari pasangan hidup yang betul betul serius dalam satu perhubungan tu..boleh tak aku malas nak fikir?? kbai..


 

 Sila LIKE kalau suka..

14 December 2011

=Kau pernah mengecewakan aku=

Aku memohon kepada Tuhan untuk melindungi kau,
untuk menjaga kau,
untuk menggembirakan kau,
dan bagi kau kebahagiaan..
dalam masa yang sama 
aku memohon kepada Tuhan agar elakkan kau dari kekecewaan,
dari kesedihan, dari keperitan,
dan dari kepayahan..
walaupun suatu ketika dahulu kau pernah mengecewakan aku.. :')





 Sila LIKE kalau suka..

12 December 2011

=Review : Ombak Rindu=

aku rasa rata rata orang semua dok bercerita pasal Ombak Rindu..pergi mana mana semua dok cerita pasal Ombak Rindu..dekat facebook jangan cakap la..semua dok update pasal Ombak Rindu..walaupun agak sentap dengan kawan kawan aku yang sangat MENEPATI JANJI..kan..
bukti aku pergi tengok wayang..
Sabtu lepas aku pergi tengok wayang cerita Ombak Rindu..alaaaaaaaa..aku tahu la aku agak ketinggalan nak tengok cerita nie kan..tapi ada aku kisah?? lalala~ memang fully booked la kan masa nak tengok cerita nie..even agak dapat seat depan tapi takde la depan sangat pun..memang full okey dalam wayang tu..

semua orang dok cakap kena bawak tisu sebab cerita nie sedih giler..boleh buat lelaki atau perempuan menangis..tapi aku tak perlukan tisu sebab shawl aku dah cukup panjang untuk lap air mata aku..bhahahaha!

berbalik pada cerita Ombak Rindu nie, ada la jugak part yang buat aku sedih..yang buat hati aku terusik..tapi takde la sampai nak menangis beria ia sangat..takde la sampai nak pinjam bahu orang sebelahkan..aku mengaku yang aku nie memang hati kaca tapi tah kenapa bila aku tengok cerita Ombak Rindu nie aku macam takde rasa nak menangis..sedih tapi tak menangis..macam mano??

tapi cerita nie memang best laaa..memang tak rugi la kalau pergi tengok..aku rasa macam nak tengok lagi..mana la tahu tengok kali kedua baru ada feel nak menangis ke kan..huhu..

*agak agak ada tak nanti filem dari novel Andai Itu Takdirnya-Siti Rosmizah??

 

 Sila LIKE kalau suka..

09 December 2011

=Aku tak suka kau..Faham??=


actually,aku nak bagitahu korang semua yang aku sangat tak suka...
tak suka apa??
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Rokok?? yes! rokok! majoriti kebanyakannya lelaki yang kita selalu lihat yang merokok kan?? tapi aku rasa sekarang nie lelaki atau perempuan sama dengan je..tak kurang hebatnya bila perempuan pun merokok..perempuan merokok?? eeuuwww..kebanyakan lelaki sangat tak suka bila tengok perempuan merokok..betul tak?? lagi lagi kalau ada perempuan yang merokok dekat public, mesti orang akan pandang serong..

aku paling paling tak suka dengan rokok..lagi lagi asap rokok tu..serious boleh buat aku semput..kalau nak merokok pun tengok keadaan tempat tu la kan..nie dah la merokok lepas tu boleh plak bagi asap rokok tu kat orang yang tak hisap rokok nie..

aku tak kisah la kalau kau nak merokok..lantak kau la..diri kau dan bukan diri aku..tapi kalau nak sakit pun sakit sorang sorang la..jangan la nak melibatkan orang lain..bila duduk sebelah orang yang baru lepas hisap rokok memang berbau giler kan..sampaikan bau tu boleh melekat kat orang lain..haishhh...

lagi satu bila aku pergi kedai makan..kau dah tahu kau tu merokok,pergi la duduk kat belah luar..nie nak jugak duduk belah dalam..lepas tu,asap rokok pun berkumpul dekat kitaorang yang duduk belah dalam nie..mau kau tak semput..boleh mati weyh! 

nasib baik la kawan kawan aku yang merokok faham yang aku nie tak boleh hidu asap rokok..dorang pun mintak kebenaran nak merokok kalau aku ada dekat situ..dorang pun still berhati perut pergi hisap rokok jauh jauh..cukup sekadar hormat orang yang tak merokok nie pun dah cukup..
pada orang orang yang aku sayang,kurangkan la merokok tu..tak pun jangan terlalu kerap hisap rokok..kalau tak boleh nak berhenti merokok terus,berhenti slow slow..kalau ada niat nak berhenti merokok, mesti buat dengan bersungguh sungguh..ingatlah, ramai lagi yang sayang dekat korang..

maaf kalau entry nie ada buat siapa siapa terasa.. ;(




 Sila LIKE kalau suka..

07 December 2011

=Wordless Wednesday..[16]..Mista Anje=




 Sila LIKE kalau suka..

06 December 2011

=Kau ingat kau cun sangat ke nak memilih??=

pernah tak korang kena sound dengan member member korang yang korang nie terlalu memilih untuk mencari pasangan hidup?? expecially, pada yang single la kan..sejujurnya, aku pernah..ada jugak orang yang cakap dengan aku jangan terlalu memilih untuk mencari pasangan hidup..

memang aku tak memilih..tapi tak salah kalau kita nak memilih yang terbaik untuk mencari pasangan hidup..aku taknak tersilap langkah dengan memilih orang yang takde hala tuju..memang orang akan cakap kita kena terima pasangan kita seadanya tapi tak salah kalau kita ubah dia dari segi kebaikan..takkan kita nak tutup mata bila kita nampak kesalahan pasangan kita..kononnya taknak tegur sebab kena terima pasangan kita seadanya..

siapa nak pasangan yang kita sendiri tak tahu latar belakang dia..tak tahu dia kerja apa..tak tahu macam mana kehidupan dia..ini bukan masalah terlalu memilih atau tak..nie masalah yang kita akan hidup dengan dia sampai akhir hayat..

kalau setakat nak fikir boyfriend SAHAJA, boleh la kot takyah nak memilih..sebab just nak boyfriend je..agak agak nak kawin nanti, cari la lelaki yang lagi baik dari boyfriendkan..tu bagi orang yang fikir macam tu..


bagi aku, sekarang nie aku taknak fikir bakal boyfriend dah..sekarang nie aku fikir nak cari bakal husband je..lantak la orang nak cakap aku gatal ke apa..yang penting aku nak carik untuk masa depan aku..aku bukan nak cari yang terlalu sempurna..setakat ada pegangan agama,boleh jaga aku,boleh bimbing aku, dah cukup bagi aku..aku bukan la sempurna sangat, sebab tu la aku nak seorang lelaki yang boleh bimbing aku..bukan nak merosakkan aku lagi..biarlah aku memilih untuk kebaikan aku sebab yang nak hidup aku..bukan nak hidup untuk orang lain..


Sila LIKE kalau suka..