=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

28 December 2011

=Kemanisan 2011=

minggu terakhir untuk tahun 2011..wahhh..tu bermakna lagi beberapa hari usia aku akan bertambah..takyah nak beberapa hari sangat..cakap je minggu depan umur dah 22 tahun..dan yang membuatkan aku risau aku masih tiada boyfriend pada usia sebegini..OhMy..okey..tak penting..

apa yang boleh aku cakap, sepanjang tahun 2011 terlalu banyak kenangan yang aku sendiri susah nak lupa..pahit, manis, masam, tawar semua bercampur..

kenangan manis :
Januari yang pastinya birthday aku..banyak sangat yang aku dapat sempena dengan birthday aku..especially, teddy bear..tak terfikir pun yang aku akan dapat teddy bear lebih dari satu pada tahun nie..the best part is aku terkena dengan my girlfriends..tak pasal pasal kena telur, tepung plus air apatah..sweet memory sangat..thanks girlfriends!
tahun nie jugak aku berubah untuk kearah memakai tudung..bukan paksaan,bukan sebab fesyen..semua sebab Allah..memang aku dah pasang niat..tapi tahun nie baru aku dapat melaksanakan niat itu..saya bertudung saya okey..anda bila lagi?? ;)
menjadi pelajar praktikal..nie memang kenangan manis la dalam hidup aku..
dapat pergi Anugerah Industri Muzik dan dapat tengok secara live..bila tengok secara live memang gempak habis la kan..tapi mungkin dari segi management agak hampeh..
dapat pergi holiday dengan kawan kawan ex school ESEMPI di Port Dickson! holiday nie memang syok..sumpah aku tak puas sebab dua hari satu malam je tapi sekurang kurangnya dapat jugak spend time dengan mereka..almaklum la, member member aku semua dah bekerjaya..alhamdulillah..aku je yang bila nak bekerjaya tah..

actually,banyak sangat kemanisan dalam tahun 2011 nie..nanti cerita banyak banyak plak kang korang bosan plak..huhu..

apa yang membuatkan aku sedih adalah bila aku dah tak duduk serumah dengan kawan kawan kolej..memang sedih sangat..sebab dah biasa duduk serumah..pagi, petang,siang,malam mereka sentiasa ada untuk aku..dengar masalah aku..seriously, i miss them! ;(

tahun nie jugak aku last bergelar pelajar Kolej Poly-Tech MARA..kadang kadang kolej nie menyakitkan hati aku tapi yang menyakitkan hati tu la yang akan buat kita rasa rindu.. :')

cuma tahun 2011 nie aku masih tak berjaya untuk ada boyfriend..hahaha! motif sangat kan..
hope tahun 2012 akan buat aku lebih bahagia dan akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun tahun yang akan datang..aminnnnnnnnnn..



 Sila LIKE kalau suka..

2 comments:

einz said...

beshnye dpt teddy~

sueMUNCET said...

@ einz : hikhik..tahun depan dah tak dapat dah..