=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

30 August 2011

=Tiga hari sebelum raya=

sekadar hiasan..ngeee..

tiga hari sebelum raya,aku berbuka puasa dengan kawan kawan Puchong..planning oleh Syam..aku hanya datang dan bayar sahaja..segala booking semua Syam yang buat..thanks Syam! ;))
before gerak! owhh..yang belakang tu Nad and Adek..yeah! nie baru kiteorang jumpa..
serious rindu dekat mereka..almaklum la dorang study jauhhhhhh..
yang sebelah aku tu Miera..memang selalu jumpa.. ;))
yeayyy!! berbuka dekat Flaming Sunway..!! walaupun dah dua kali aku berbuka dekat sini..jap..aku tak tahu kenapa ada yang cakap Flaming nie tak halal.. klik HERE untuk tengok halal ke tak..
steam steam..apa steam steam..steamboat laaaaa... -____-
aku suka makan dekat steamboat nie sebab ice cream dia je..
sebab aku memang suka makan ice cream..
yes! kami berempat sahaja perempuan yang hadir..
candid!! aku tak tahu siapa yang snap..
ehem ehem..pasangan yang sering digosipkan..haha!
jangan marah haaaa... ;p
waktu nie apa tah dorang dok berbincang..
owhh..okey..masa untuk pulang...!!
ehh..tak..kiteorang pergi lepak dekat Alpha dulu..
untuk celebrate birthday adek..!! walaupun dah lepas tapi tetap nak celebrate.. ;))






 Sila LIKE kalau suka..

29 August 2011

=Yeay yeay..!! esok raya... =


Assalammualaikum..

Esok dah raya..!! pejam celik pejam celik dah nak raya..cepat je masa berlalu..raya tahun nie still sama macam raya tahun lepas..takde apa apa yang menarik..masih single dan masih tak merasa raya di rumah mertua..ehh..apa kena mengena plak nie..hahaha! tett~~

Malas nak update panjang panjang..just nak wish..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil_____ Semua..
Maaf sekiranya ada salah dan silap..
0-0 okey! ;))


*agak agak raya tahun nie masih dapat duit raya tak??


 Sila LIKE kalau suka..

26 August 2011

=Lipstik Raya=

tadi budak ofis aku email benda alah nie dekat aku..aku pun apa lagi post la dekat blog..aku rasa macam lucu plak tengok gambar dekat bawah nie..

hye..saya pikachu..ngee..

panda yang gemuk!

yang nie spesis musangkan??

tepi tepi..cik Bee nak pergi bermadu kasih..

si kucing yang hitam manis.. ;)

yang nie macam hippo..ye ke??

ulat atas daun..

sesumpah!!

miss crab yang cun..pheewitt.. ngee..





 Sila LIKE kalau suka..

24 August 2011

=Wordless Wednesday..[9]..Renungan bersama..=





Sila LIKE kalau suka..


23 August 2011

=Semakin hampir Hari Raya,makin kuat ingatan aku dekat dia..=

semakin hampir hari raya, semakin kuat ingatan aku dekat arwah abah...haishhh..perasaan tu memang tak boleh nak lari..memang akan sentiasa ingat dekat arwah abah..lagi lagi bila teringat kenangan dengan arwah abah..walaupun masa tu aku baru umur 12 tahun tapi daya ingatan tu tetap kuat dekat arwah abah..
sejujurnya, aku rasa aku memang kurang kasih sayang dari seorang ayah..bila aku dah praktikal sedikit sebanyak aku dapat rasa kasih sayang dari lelaki lelaki yang pangkat ayah dekat tempat aku praktikal..cara mereka take care pasal aku..memang akan buat aku terharu plus akan teringat dekat arwah abah..

bila mak aku dok cerita pasal arwah abah sedikit sebanyak buat aku happy walaupun masa kecik aku memang agak lupa ingatan sikit..yang pastinya aku memang manja dengan arwah abah..

Ya Allah..rindunya aku dekat arwah abah hanya Tuhan je yang tahu.. (T__T)
Al-Fatihah..



Sila LIKE kalau suka..

22 August 2011

=Cantiknya dia=

gambar sebagai perhiasan..huhu..

before this aku ada cakap aku teruja tengok dia nie..klik INI untuk tengok entry tersebut..and now, aku tak tahu kenapa aku teruja sangat tengok gadis nie..bermula dengan freehair dan akhirnya memilih untuk bertudung,,

siapa tak kenal IRMA HASMIE kan?? seorang perempuan yang bagi aku sangat cantik bila bertudung..seriously,aku suka tengok dia bertudung...aku memang minat dia dari dia freehair sampai la dah bertudung..bila dia pakai tudung lagi bertambah la teruja nak tengok dia kan..

gambar sumbangan dari encik google..

aku suka gambar nie..tak tahu kenapa..



tengok dia bertudung cantik sangat..dengan senyuman dia..ciptaan Tuhan semua cantik cantik kan..bak kata member aku "semua perempuan bertudung cantik".. kadang kadang aku terfikir cantik cantik macam nie pun ada jugak lelaki yang macam tak reti nak hargai..

*insyallah sis irma akan dapat lelaki yang lagi baik plus beriman..kalau nak dibandingkan, IRMA HASMIE lagi manis dan cantik.. ;))


 Sila LIKE kalau suka..

21 August 2011

=kadang kadang mulut memang mudah untuk memaafkan=


maaf?? perkataan yang sangat mudah untuk diungkapkan..sangat mudah untuk orang mengeluarkan perkataan itu..maaf aku ada buat kau terasa..maaf aku buat kau terluka..maaf aku ada mengumpat kau..maaf maaf maaf..tapi pernah tak korang fikir yang korang ungkapkan perkataan maaf tu sama ada korang betul betul maksudkan ataupun tidak??

bila kita buat salah mesti orang akan cakap maaf..tapi tak semua benda boleh kita ungkap dengan perkataan maaf..tak semua perkara boleh diakhiri dengan perkataan maaf..orang selalu mengambil jalan mudah dengan mengungkapkan perkataan maaf..

sejujurnya aku memang mudah untuk memaafkan orang tapi untuk melupakan apa yang orang tu dah buat dekat aku memang susah untuk aku lupakan walaupun orang tu dah berkali kali mintak maaf..aku masih ingat lagi apa yang orang sekeliling aku pernah melukakan hati aku..

memang orang akan cakap "sekurang kurangnya mintak maaflah kalau dah buat salah".. yes! tapi tak semua kesalahan itu boleh diungkap dengan perkataan maaf..kalau perkara kecil mungkin boleh la cakap maaf kalau perkara yang melibatkan benda besar boleh ke cakap maaf je??

memang kadang kadang perkataan maaf tu akan buat aku okey kalau orang tu mintak maaf jika ada buat salah..memang aku akan ketawa..mood aku akan okey..tapi kadangkalanya perkataan maaf adalah kali terakhir yang aku ingin dengar dari mulut seseorang..

bila dah mintak maaf tapi masih buat lagi..ikhlas ke dia mengungkapkan perkataan maaf itu?? ataupun sekadar untuk menjaga hati?? ataupun sekadar untuk buat aku kembali senyum?? kadang kadang ia memerlukan sedikit perbuatan daripada perkataan..



Sila LIKE kalau suka..

20 August 2011

=Jawapan paling bernas..=

sebab aku nak lelaki yang hensem..
sebab aku memilih..
sebab aku hot sangat sangat..
sebab aku tak suka lelaki..wa lesbian..
sebab aku susah nak pilih..ramai sangat yang mintak couple..


lepas nie siapa siapa yang tanya kat aku lagi memang aku jawab macam nie je la kan...
nanti ada la yang cakap "alaa..sue tu bajet CUN je"..habis tu, jangan la nak tanya tanya lagi kenapa aku single..


dan .....












































































sebab takde orang nak dekat aku..that why aku single.. <---jawapan paling tepat..



 Sila LIKE kalau suka..

19 August 2011

=Tak semua kawan yang kita ada akan jaga hati kita=


kawan?? memang susah nak jangka mana satu kawan dan mana satu lawan...kadang kadang orang yang baik sangat dengan kita tu la sebenarnya lawan kita..walaupun dah lama berkawan belum tentu kita dah cukup masak dengan perangai kawan kita tu..kadang kadang sakit hati jugak dengan kawan yang suka bagi 1001 alasan nie..tapi kita kena faham la..mungkin dalam 1001 alasan yang dia bagi kemungkinan besar ada betulnya..just think positive la kan..

lepas tu,kawan yang suka sangat perli perli nie..haishhh..bikin panas je..mood mula mula dah okey..bila kawan dok perli perli nie mula la mood dah melayang..kita jumpa nak have fun..bukan nak dengar orang dok perli perli..plus dengan kata kata yang menyakitkan hati..sabar je la..

lagi lagi kalau kawan yang kuat tacing nie...bengang pun ada..yela..kalau semua nak ikut kehendak dia siapa yang boleh tahan kan..lagi lagi kawan yang macam tak reti nak jaga hati nie..cakap main lepas je..kalau betul la dah memang sifat semulajadi macam tu,atleast berlapik la sikit..walau kasar macam mana pun kawan kita tu,dia masih ada hati dan perasaan..

aku tahu ada diantara kawan kawan aku yang terasa jugak dengan aku.dan aku nak mintak maaf sangat sangat..aku pun kadang kadang ada jugak terasa dengan kata kata dari kawan kawan aku..tapi aku cuba untuk fikir positif..tapi jangan la sampai suruh aku buat pilihan..aku tak suka..semua kawan kawan aku, aku sayang..jangan paksa aku untuk buat pilihan..




Sila LIKE kalau suka..

15 August 2011

=Putus cinta boleh kurus..=

eh..kenapa sejak dua menjak nie aku asyik buat entry cinta je nie..haha! saja suka suka..dulu masa aku putus cinta memang perit sangat..rasa macam dunia nie gelap je..macam dunia nie dah berakhir..makan pun tak lalu..tengok makanan je nampak muka ex.. terus jadi tak makan..sebab tu masa putus cinta memang aku kurus kering..macam tak cukup zat je..frust punya pasal sampai macam tu sekali..

tapi bila difikirkan balik rasa macam buang masa je..yela..kalau kita frust macam mana pun belum tentu ex kita tu frust macam mana yang kita lalui kan..tah tah dia lagi happy dengan hidup dia..okey okey..cuba fikir positif la..mungkin dia pun kecewa macam kita lalui..

tapi macam takde faedah pun kita seksa diri kita macam tu kan...badan kita yang terseksa kan..tapi aku suka sebab aku kurus je time tu..bhahahaha..lagipun masa tu masih budak budak mentah yang tak boleh nak fikir baik buruknya menyeksa diri macam tu..

hikmah yang aku dapat masa aku putus cinta dulu aku rasa lebih dekat dengan Tuhan..aku dah pakai tudung..aku dah mula jaga batas pergaulan aku..kadang kadang aku terfikir berapa banyak dosa yang aku pernah buat dulu..memang rasa menyesal tapi benda dah jadi..aku pun dah taknak berpatah balik..

now, aku just follow the flow..apa yang terjadi lepas nie memang aku akan get ready dari awal..tapi ingat ye..walau kita kecewa dalam cinta macam mana sekali pun jangan fikir yang dunia nie dah berakhir..jangan sia sia kan hari anda dengan menangisi pada orang yang tak reti nak menghargai anda..

jom layan lagu nie..

 

 Sila LIKE kalau suka..

12 August 2011

=Cinta + Kecewa=

cinta?? entry aku kali nie aku nak update pasal cinta..wahhhh..kau sedang dilamun cinta ke muncet?? jeng jeng jeng...biarlah rahsia..cewaaahhh...saja la tu nak propa lebih..huhu...

gambar sekadar perhiasan..

kadang kadang orang yang kita selalu jumpa tu dalam tak sedar dia adalah jodoh kita..kadang kadang kita tahu yang dia jodoh kita tapi kita macam nak mengelak..kononnya macam tak boleh nak terima hakikat yang dia adalah jodoh kita..tapi kita kena sedar yang Tuhan telah tentukan jodoh kita..kalau kita elak macam mana pun,kalau dah tertulis dia jodoh kita,kita lari macam mana pun dia tetap jodoh kita..

setiap manusia nak kan jodoh yang terbaik..siapa yang nak jodoh kita tu penyangak kan??mesti kita nak jodoh kita baik baik..tapi kita sendiri kena cermin diri kita sama ada kita nie dah cukup baik atau sebaliknya..

kecewa dalam cinta tu bagi aku lumrah manusia..setiap manusia yang pernah bercinta mesti jugak pernah rasa kecewa..cuma keadaan kecewa tu lain je..tapi kena ingat..semua kejadian tu mesti ada hikmah yang kita sendiri tak tahu..bila dah terjadinya baru kita perasan kenapa Tuhan uji kita sebegitu..mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita atau kita akan jumpa yang lebih baik dari dia atau nak tengok sejauh mana kita ingat padaNYA..

kecewa bercinta tak bermaksud yang dunia kita pun dah berakhir.. jangan kerana ditinggalkan kita dok termenung, meraung, menangis tak berhenti.. sedangkan orang yang tinggalkan kita tu tengah bahagia dengan kekasih baru..




 Sila LIKE kalau suka..

11 August 2011

=Aku dah cakap jangan=


-->aku dah cakap jangan nak bercinta kalau rasa belum bersedia..
-->aku dah cakap jangan nak kenal kenal dengan lelaki kalau sekadar nak hilangkan bosan..
-->aku dah cakap jangan ada perasaan cinta dengan lelaki kalau disebabkan rupa..
-->aku dah cakap jangan nak jatuh cinta dengan lelaki kalau disebabkan dia take care sangat..
-->aku dah cakap jangan nak percaya dengan lelaki kalau dia janji macam macam..
-->aku dah cakap jangan mudah cair dengan lelaki kalau dia bagi ayat ayat manis..







tapi kau degil..taknak langsung dengar cakap aku..sekarang kau tanggung la sendiri..


*cakap untuk diri sendiri..



 Sila LIKE kalau suka..

10 August 2011

=aku tak cari pasal dengan kau,so kau jangan cari pasal dengan aku..=

bukak facebook tengok inbox ada message yang menyakitkan hati..bengang giler kot..buat pengetahuan semua, PERSONAL FACEBOOK AKU HANYA AKAN APPROVE ORANG YANG AKU KENAL SAHAJA..terang terang aku ada letak dekat info aku..before nak add tu baca la dulu..

berbalik pada message yang aku terima tu..aku dah siap print screen lagi..
aku tak kenal pun AMY BEDAH nie siapa..nie jawapan sebenar aku untuk soalan si AMY BEDAH nie..

1) ayat awak nie pun saya tak berapa nak faham..tapi buat buat faham la okey..memang saya akan berkawan dengan orang yang saya kenal sahaja..so??

2) laa..tak cakap pun awak rugi kalau tak kawan dengan saya..dan saya tak suruh pun awak kawan dengan saya kan?? katak bawah tempurung?? owhh..maybe la kot..atleast,saya takde la nak tiba tiba inbox orang then cakap macam macam..awak tak kenal saya,so jangan la nak cakap macam awak tu kenal saya sangat okey!

3) memang ada lagi orang macam saya zaman moden nie..kenapa?? awak sakit ke kalau ada orang macam saya dizaman moden nie??

4) pentingkan diri sendiri?? motif?? owhh..sebab tak approve dekat facebook,so awak pun cakap saya nie pentingkan diri sendiri..haishhh..macam tu pun pentingkan diri sendiri ke??

aku bukan nak berlagak ke..sombong ke..nak bajet ke..tapi tu personal facebook aku..so,aku ada hak nak approve siapa siapa yang aku suka..aku taknak la kawan beribu ribu dekat facebook tapi tak sampai separuh pun yang aku kenal..aku taknak la nanti ada yang copy gambar dekat personal facebook tu..aku cakap berdasarkan pengalaman okey..bukan nak bajet bajet bagus..

*aku tak cari pasal dengan kau,so kau jangan cari pasal dengan aku..

 

 Sila LIKE kalau suka..

=Wordless Wednesday..[8]..i want.=






 Sila LIKE kalau suka..

09 August 2011

=Saya seorang pelajar praktikal=


hari nie memang aku agak bz sedikit sebab ada taklimat produk i-akaun majikan..kena berhadapan dengan orang..haishh..nervous i..haha!

pagi pagi aku dah kena jaga untuk majikan register..ececehh...
konon konon ayu la tu..bhahaha...

nie Kak Mun..student praktikal jugak..

nie gift untuk majikan masa tengah register...simple je kan..
 1
2
gambar 1 dan 2 masa majikan tengah register..
sila abaikan perempuan yang pakai tudung biru pekat itu okey.. ;p

pic candid..nie Encik Fairus punya kerja la nie..
suka sangat snap pic candid..

 nie ketua perkhidmatan..Puan Nurul..
 nie plak Encik Suhaizam..ketua cawangan..
 nie diantara majikan yang hadir..penuh jugak la..
 apabila ketua buat perbincangan dengan anak buahnya..
dan anak buahnya sangat fokus bukan??

nie la anggota KWSP yang terlibat..ce cari mana satu aku??
hahaha!

agak penat sangat hari nie..tapi seronok!

 

 Sila LIKE kalau suka..