=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

28 October 2011

=9years already..Al-Fatihah=

i miss my dad..
Al-Fatihah


in memory,
SUHAIMI BIN SALLEH
MARCH 1958-OKTOBER 2002




 Sila LIKE kalau suka..

26 October 2011

=Wordless Wednesday..[12]..aksi ghairah=






 Sila LIKE kalau suka..

25 October 2011

=Sue tak berminat dengan lelaki=

"aku tengok kau nie macam tak berminat dengan lelaki.."
amboi amboi amboi..statement..choiiii... siapa cakap aku tak berminat dengan lelaki?? aku still ada perasaan dekat lelaki okey..giler apa kalau takde perasaan dekat lelaki..caitttt...

jujur aku cakap buat masa nie aku lebih rapat dengan kawan kawan perempuan..eh..itu tak bermaksud aku lesbian  okey..seperti yang semua tahu, aku dah single selama 2years! yeay! itu kejayaan terbesar bagi aku.. ;pp

sunyi?? ahh..peduli plak..sebab member member aku yang dah ada boyfriend tak pernah lupakan aku bila nak lepak..so,takde istilah sunyi kot..kadang kadang rasa macam menyemak plak bila member member keluar dengan boyfriend masing masing tapi aku sibuk sibuk ada..haha! sangat tak tahu malu kan aku nie?? 

kadang kadang aku nie keras sikit..mulut memang cakap nak ada boyfriend tapi hati nie kata takpayah la..macam mana tu?? tapi takpe..aku lebih suka jadi diri aku yang sekarang nie.. ;))




Sila LIKE kalau suka..

24 October 2011

=Serious, aku suka husband orang..=


yes! aku memang dah suka dekat husband orang..aku dah cuba untuk buang perasaan suka nie..tapi tak boleh..makin aku cuba, makin kuat suka aku tu dengan husband orang nie..yee..memang salah aku sebab suka dekat husband orang tapi hati dan perasaan mana boleh nak buang macam tu je kan..aku tak kisah kalau korang nak maki aku..






















































































my superhero..

sila maki aku sebab aku suka dekat lelaki dalam gambar diatas..terima kasih..

 

 Sila LIKE kalau suka..

20 October 2011

=i'm already done!=

tadi pergi kerja dengan penuh senyum!!!! sebab aku dah last praktikal..tapi sedih pun ada sebab aku dah habis praktikal..ehh.. kau nie sue...bila tengah praktikal sibuk tak sabar nak habis..bila dah habis, nak rindu bagai..cehh.. *biar laaaaaaaaaaaa... -___-

haruslah ada hadiah untuk aku kan..

inilah hadiah hadiahnya.. ;))
 dapat kain pasang dengan kerongsang..kerongsang tu aku bagi mak aku..
dan telekung tapi telekung nie kaler PINK..aku tak suka kaler PINK okey..
tapi aku bagi telekung nie dekat mak aku..
nie aku dapat masa perhimpunan bulanan..
dapat shawl dan tempat untuk duit tu..kaler purple okey..
owh..yang nie special kot..bhahaha!
S for Suria and S for ?????..
btw, thanks sebab bagi hadiah nie..sangat appreciate.. terkejut pun ada..
sangat happy sebab dapat kenal..thanks jugak sebab buat diri nie rasa dihargai dan buat diri nie rasa happy..mungkin ada hikmah disebaliknya..
hope, masing masing bahagia dengan hidup masing masing okey..

owhh yaa...pada staff dekat tempat praktikal aku tu, aku sangat happy praktikal dekat situ..
sampai bila bila pun takkan buat aku lupa..
ada jodoh kita jumpa lagi..




 Sila LIKE kalau suka..

15 October 2011

=CINTA muka buku plus Putus di TWITTER=

hari nie aku nak share video nie dekat korang..haha! aku kan suka tengok ypu tube..then, aku terjumpa vidoe nie.. ending lagu CINTA MUKA BUKU...


lagu nie kelakar kot..dengan lirik dia..hikhik..
agak agak kalau masuk dalam pasaran nie mesti popular.. ;))


 Sila LIKE kalau suka..

13 October 2011

=Alhamdulillah=

muka bahagia dah habis presentation..

syukur sangat sebab aku dah selamat buat presentation untuk praktikal..walaupun banyak sangat halangan yang aku kena tempuh hari nie..

--> supervisor aku tak datang sebab demam..so, dia MC..
--> office backout..so,semua elektrik tak dapat digunakan..

cuak jugak la aku sebab aku tak dapat nak present guna slide..just present baca je laaa...refer kertas..nasib baik lecturer aku tu memahami..dia siap cakap yang slide ada markah..mau kau tak risau.. tapi dia cakap takpe..sebab aku ada alasan yang kukuh..kalau tak rugi la markah aku dekat slide..

and now, aku ada masa seminggu lagi nak habiskan praktikal aku..at the same time aku kena siapkan report aku..tang report tu yang aku malas nak buat..haishhhh...



 Sila LIKE kalau suka..

12 October 2011

=Wordless Wednesday..[11]..Apabila terlalu ramai yang pasang astro..=





 Sila LIKE kalau suka..

10 October 2011

=Rindu zaman study..=

zaman study yang aku rindu...

@pergi kelas..walaupun agak malas nak bangun pagi..haha!


@jumpa lecturer lecturer yang best giler..yang sangat sporting..lagi lagi Sir Azhar.. ;))


@presentation walaupun sangat tak suka bila ada presentation...


@exam...bila time exam muka masing masing nak ketat..tekanan je..


@bangun pagi pagi sebab nak study..walaupun mengantuk bagai nak giler tetap paksa mata nie suruh celik.. kejam okey..


@pergi kelas dengan lenggang lenggoknya walaupun dah lambat....hikhik..dah biasa buat..


@makan dekat kedai ibu..lama dah tak makan dekat situ..


@duduk hostel..lagi lagi kalau dah tidur lepas tu tersedar malam malam..sangat menakutkan..haha!


@lepak dekat student square bila nak tunggu next kelas..biasalah gap kat kolej tu memang lamaaaaaa....  -___-

@lastly, haruslah rindu nak lepak dengan kawan kawan kolej!! ;))

serious,bila tengah praktikal nie kadang kadang aku terfikir lagi best waktu study..takpayah nak bangun pagi pagi..balik pun bila bila boleh..haishhh..

*korang pun mesti ada zaman study yang korang rindukan..ce citer..



 Sila LIKE kalau suka..

07 October 2011

=Bila sueMUNCET menangis=

rasa macam dah lama tak menangis..mungkin sebab takde benda yang sedih yang terjadi kot..ataupun aku yang macam takde perasaan..huhu..kalau dulu memang aku selalu menangis..sekarang,macam dah penat asyik nak menangis je..




suemuncet menangis bila....

@putus cinta..
haaaaaa...neyh memang dah jadi kewajipan aku..bila putus cinta je menangis macam orang giler..kawan kawan yang rapat dengan aku je tahu keadaan aku macam mana bila aku putus cinta..

@kena marah..
orang selalunya kalau kena marah akan buat muka kan?? tapi aku bila marah aku akan menangis..lagi lagi kalau kena marah dengan orang orang yang aku sayang..maybe bagi aku kalau orang yang aku sayang marah marah aku tu bermakna dia tak sayang aku...terbalikkan..sepatutnya orang marah tanda sayang kan..haishhh..tah macam mana tah aku fikir..huhu..

@stress..
yes! bila stress aku akan menangis..stress yang membuatkan aku macam malas nak fikir..bila dah malas nak fikir mula la menangis..dan bila dah menangis aku akan rasa okey..tah laa..

@tengok cerita sedih..
sangat tak boleh blaaaa kan?? haha! bila aku tengok cerita yang macam ada kena mengena dengan aku mesti aku akan menangis..cewek giler!

@tengok orang orang yang aku sayang menangis..
sumpah aku tak boleh tengok orang orang yang aku sayang menitiskan air mata..dan aku pun akan turut menangis sama..

@teringat kisah kisah lama..
neyh pun sama..bila duduk sorang sorang mesti aku akan ingat kisah lama dan mula untuk menangis..sebab tu aku lagi suka lepak dengan member member aku yang sememangnya giler itu.. ;p

@teringat arwah abah..
hmm...abahhh..orang rindu abah sangat sangat... (T__T)





 Sila LIKE kalau suka..

06 October 2011

=No idea=

"jangan ingat semua perempuan bertudung tu hodoh dan semua perempuan tak bertudung tu cantik..jangan riak sangat dengan kecantikan yang ada sebab semua itu pinjaman..bukan camburu tapi cuma beringat.."

No idea to update blog..
rehat dulu ye wahai blog..

 

 Sila LIKE kalau suka..

03 October 2011

=2 years already..still searching=

30 September 2011, i'm 2 years already SINGLE..rasa macam tak percaya je yang dah dua tahun aku berstatus SINGLE..wahhhh..pecah record..hahaha! tak pernah pernah aku single lama macam nie..kira hebat jugak la aku nie..okey..perasan..ngeee...

hidup single ada yang membosankan dan ada jugak yang menggembirakan..terpulang pada individu dan diri masing masing la kan..nak cari someone yang special bukan senang weyh..bukan macam nak beli ikan dekat pasar tu..susah woo...

bagi diri aku la,aku memang susah nak jatuh cinta..susah nak suka dekat lelaki..susah nak percaya dengan lelaki..dan susah nak terima lelaki dalam hidup aku..tapi bila dah jatuh cinta,dah suka dekat lelaki,dah percaya dekat lelaki,dah boleh terima lelaki, memang aku akan setia giler dekat lelaki tu..*bukan nak puji diri sendiri tapi tu kenyataan.. tapi bila cinta dikhianati, tu yang bila putus cinta memang mengambil masa yang agak lama untuk bercinta balik..

buat masa nie pintu hati aku dah tertutup serapat rapatnya untuk bercinta balik..kunci tu aku dah buat jauh nun dekat laut..*ayat tak boleh blah...bhahaha...

tapi aku yakin setiap manusia dekat muka bumi nie Allah dah bagi pasangan masing masing...kita hanya perlu sabar dan mencari dimana pasangan kita itu..kadang kadang ada betul betul depan mata kita tapi kita sendiri yang tak nampak..so,takde istilah laku ke..tak laku ke..

kalau dah jodoh tak kemana..banyakkan berdoa agar diri dijodohkan dengan orang yang baik baik dan bukan  dengan orang yang suka mengambil kesempatan..sama sama la kita berdoa okey..

*Agak agak ada ke lelaki yang berjaya bukak pintu hati aku untuk bercinta balik??
ehem ehemm..

 

 Sila LIKE kalau suka..

02 October 2011

=Single VS Couple=

SINGLE
  1. kalau single,takde nak gaduh gaduh..takde nak rasa sakit hati..takde nak bad mood..
  2. saving..itu yang penting..duit tal banyak keluar..sebabnya tak perlu nak topup..dalam sebulan rm10 pun dah cukup..
  3. nak keluar dengan siapa siapa pun takde orang nak marah..tak payah nak hantar report if nak keluar dengan siapa or nak keluar pergi mana..
  4. dapat spend time lebih dengan kawan kawan..
  5. no love no cry..haha! kalau single takde nak menangis menangis ni..
  6. takde orang nak jeles jeles or apa apa laa...so,kita boleh buat apa yang kita suka..
  7. takde kena kongkong..
  8. yang penting kita takde la nak buat dosa..kan kan..huhu..
COUPLE
  1. ada orang nak dengar luahan hati, masalah masalah,kongsi kongsi cerita..tak semua benda boleh share dengan kawan kawan kan??
  2. kalau nak hangout,ada teman..sure its be so sweet.. =)
  3. dapat kasih sayang dan cinta dari dia..
  4. rasa diri ni disayang dan ada orang take care pasal kita..
  5. ada tempat untuk bermanja..
  6. ada tempat untuk mintak pendapat or nasihat..
  7. takde nak rasa sunyi sebab dia mesti ada untuk buat kita happy..
  8. protect kita..always ada bila kita memerlukan dia..




 Sila LIKE kalau suka..