=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

30 January 2012

=Anugerah Juara Lagu 26 milik Awan Nano=

Assalamualaikum semua...malam tadi ada tak yang tidur dengan perasaan yang berpuas hati dengan keputusan Anugerah Juara Lagu 26?? salah seorangnya adalah aku..hohoho..yes! aku sangat berpuas hati dengan keputusan Anugerah Juara Lagu 26 malam tadi..

Persembahan Terbaik - Alyah (Kisah Hati)
pendapat aku - first aku nak puji baju Alyah nie..mak aii...cantik giler okey..Hatta Dolmat plak designer dia..giler kalau tak cantik..persembahan Alyah nie biasa biasa je..Mungkin sebab ada Remy Ishak yang buat orang macam teruja..memang tak sangka kot..tiba tiba Remy Ishak muncul..

Vokal Terbaik - Hafiz (Awan Nano)
Pendapat aku - siapa tak kenal Hafiz kan..suara memang power masa dekat AF lagi..masa AJL nie memang suara Hafiz terbaik laaa..dua tahun berturut turut tu menang vokal terbaik nie..

Ketiga - Faizal Tahir (Karma)
pendapat aku - Kali nie FT macam buat kelainan..dia tak pakai spek kan time perform nie..akhirnya dapat jugak tengok mata dia..huhu..api api api..kali nie FT bermain dengan api..sebelum nie Angin (Sampai Syurga), Air (Hanyut) dan kali nie Api (Karma)..nie kali terakhir dapat tengok FT dekat AJL sebab dia dah taknak masuk AJL dah kan..sob sob sob..

Naib Juara - 3 Suara (Beribu Sesalan)
Pendapat aku - dengar dekat tv macam tak power sangat..mungkin sebab aku dah pernah dengar secara live masa AIM hari tu..mungkin jugak dekat sana suara mereka nie memang power tapi aku dengar dekat rumah biasa biasa je.. just Shila Amzah je..nampak macam dia excited sangat masa nak amek hadiah..nasib baik tak jatuh dekat tangga tu..

Juara - Hafiz (Awan Nano)
Pendapat aku - Lagu nie memang layak menang sebab lirik dia plus penyampaian Hafiz yang sangat ikhlas dan jujur..sempoi habis dengan hanya memakai seluar track dan t-shirt..ala..kalau pakai baju mahal mahal tapi suara tak power pun tak dapat apa..persembahan yang buat aku agak tersentuh..congrats M.Nasir dan Buddhi Hekayat..congrats jugak dekat Hafiz yang menyampaikan lagu nie dengan baik..

tahniah pada semua pemenang...

keseluruhannya,aku sangat berpuas hati dengan keputusan juri kali nie..terima kasih juri sebab memilih pemenang yang memang sepatutnya menang.. ;)


Sila LIKE kalau suka..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas komen anda...