=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

08 May 2012

=Sila bersopan santun bila tengok wayang=

sekarang nie aku macam dah agak ketinggalan untuk tengok cerita baru dekat wayang nie..dah rasa macam kurang minat nak tengok wayang..tak tahu la kenapa..kalau dulu, bila orang tanya "Sue,kau dah tengok cerita nie?? kau dah tengok cerita tu??".. jawapan aku pastinya "dah!".. sekarang nie kalau korang tanya aku, memang jawapannya "belum!".. haha! jangan ditanya la kan..
6 sebab aku sakit hati bila tengok wayang..

1) kanak kanak yang dok bising dalam wayang..
kalau tengok cerita katun tu aku maafkan la kalau kanak kanak nak memekak dalam wayang tu..aku tak kisah sangat la kan..nie kalau tengok cerita lain(bukan cerita katun), kanak kanak dok memekak dalam wayang tu..memang aku angin la..tak boleh nak fokus langsung..gangguan tahu? kalau kanak kanak yang jenis diam je takpe la jugak..lepas tu, mak bapak boleh buat tak tahu je bila anak anak memekak..adoi..

2) handphone berbunyi 
nie lagi satu bila tengah best best tengok cerita dalam wayang tu tetiba bunyi background music yang sangat mengganggu..plus siap angkat call tu dan bercakap macam satu panggung nak dengar suara kau kan..handphone mahal mahal pun tak boleh nak silent ke apa?

3) orang dok tanya tanya
yang nie pun aku angin jugak la..kita tengah syok tengok cerita kat wayang tu yang orang sebelah dok tanya "nie siapa?" "macam mana boleh jadi macam nie?"..memang spoil kan mood aku la nak tengok wayang..

4) orang belakang dok tendang tendang kerusi
nie pun memang banyak kali terjadi dekat aku..orang belakang dok tendang tendang kerusi..bila toleh, buat muka tak bersalah..besar sangat ke apa sampai tak boleh nak duduk diam diam? kalau tak sengaja okey la kan..nie kalau dah setiap minit dok tendang tendang memang aku pun rasa macam nak tendang muka kau la kan..

5) Bila kepala orang depan besar sampai tak nampak screen
aku bukan nak mengutuk ke apa..tapi faham faham sendiri sudah..kau dah tahu kepala kau besar, tolong la prihatin sikit dekat orang yang macam aku nie..lagi lagi kalau tengok cerita English..subtitle tu memang tak nampak la kalau dah nampak kepala orang depan je kan..

6) orang dok bercerita
"lepas nie dia kena langgar".."alaa..dia tak mati..kau tengok nanti"..okey..aku tahu kau dah tengok cerita nie tapi perlu ke kau cerita balik? aku taknak dengar pun cerita dari mulut kau tu..kalau dah tengok tu, diam diam sudah..

actually banyak lagi tapi aku senaraikan 6 yang selalu sangat terjadi pada aku bila tengah syok tengok wayang..please la respect orang lain yang tengok satu wayang dengan kau..so, faham faham sendiri sudah..



 Sila LIKE kalau suka..

2 comments:

Cik Amal said...

semua kat atas ni kalau kena kat kita, siyes sakit hati!


belog ni, amal tengok tak ade HEARTBEAT
HEARTBEAT tu macam nuffnang, boleh dapat duit even dengan blog
meyh tengok tuto yang amal buat
http://sayacikamal.blogspot.com/2012/05/cara-daftar-heartbeat.html

sueMUNCET said...

@ Cik Amal : dah pernah buat dah heartbeat tu dulu.. ;)