=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

21 May 2012

=Teater SeNaPas=

18/05/2012 hari tu kawan sekolah rendah aku ajak pergi tengok teater Senapas..teater tu berlangsung di The Actor Studio @ Lot10..pukul 8.30 malam..actually, aku first time tengok teater nie..haruslah terujakan..plus pelakon perempuan nie kawan kepada kawan sekolah rendah aku..
bukti tiket aku pergi tengok..hewhew..

Masuk je studio tu kami dihiburkan dengan nyanyian dari 3 orang pemuzik yang akan mengiringi teater nie sementara nak tunggu penonton yang lain lain tu masuk..sangat teruja okey bila dah duduk dekat seat dalam studio tu plus dengan nyanyian dan suara mereka yang sangat best! 

teater pun bermula..hanya dua pelakon je..aku ingatkan pelakon ramai..yela..tak pernah tengok teater kan..sumpah terbaik lakonan mereka berdua nie..memang tak rugi aku pergi tengok..skrip yang menarik, jalan cerita yang senang untuk difaham, lakonan yang mantap plus lagu yang best..tahniah pada produksi Senapas nie..ohh yaa..nie sinopsis teater senapas..

Sinopsis :

‘Sejarah Nasib Lepas’ (‘SeNaPas’), Razak merupakan anak muda yang dikatakan berpendirian matang yang hadir dari keluarga yang mengamalkan kehidupan yang bertitik tolak dari rasa cinta. Pertemuan Razak dengan Kamariah iaitu guru tuisyennya telah memutikkan sebuah rasa cinta diantara mereka akhirnya merubahkan kehidupan Razak kepada kehidupan yang benar-benar matang. Kamariah yang lebih usia daripada Razak telah berjanji untuk bersama Razak demi cinta mereka walaupun keluarga kedua-dua pihak membantah keras, mereka akhirnya telah bersekedudukan jauh daripada keluarga dan hidup sebagai sepasang suami Isteri yang sah. Maka bermulalah KISAH CINTA BERNAFAS HARAM. Setelah lama bersekedudukan, pada suatu hari Kamariah hamil dan mereka spakat untuk menggugurkan kandungan. Pelbagai kaedah telah dilakukan tetapi semuanya gagal. Suatu hari, saudara Kamariah berjumpa Kamariah dan mengetahui keadaan Kamariah lalu memberitahu keluarganya. Razak dan Kamariah teruk dibelasah oleh keluarga masing-masing. Akhirnya mereka bersetuju membenarkan pasangan ini bernikah sehingga tempoh berpantang tamat kemudian mereka dikehendaki berpisah dan anak itu diserahkan kepada pihak lain. Selepas melahirkan, Kamariah dan Razak seakan berat hati untuk menyerahkan anak mereka dan berharap agar kedua-dua orang tua mereka berubah hati dengan keputusan terdahulu apabila melihat anak mereka..'
bersama Aznah Mohamed aka Cikgu Kamariah dan Amerul Affendi aka Razak..


next time sila ajak aku lagi pergi teater..rasanya tengok teater nie akan termasuk dalam list hobi terbaru aku..hewhew..
 

 Sila LIKE kalau suka..

3 comments:

  1. Yeah ! Betul tu , sangat minat tengok teater juga :)

    ReplyDelete
  2. hehe..jom tengok beramai ramai kalau ada lagi teater mcm nie..

    ReplyDelete

Terima kasih diatas komen anda...