=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

29 July 2012

=Merehatkan minda=

Mari merehatkan minda dengan melihat gambar gambar dibawah..
saja nak menghilangkan tension..















 Sila LIKE kalau suka..

24 July 2012

=Cashout Nuffnang=

hari nie aku dengan senang hati telah cashout nuffnang..nie first time aku cashout nuffnang nie.. tapi takde la beribu ribukan..haha! even tak beribu riban tapi aku tetap bersyukur..alhamdulillah..kalau nak diikutkan lagi afdal kalau cashout akhir bulan..tapi takpe la..dah terlanjur tekan button cashout.tu..ngee..nie kena tunggu around 1 or 2 month baru cek sampai rumah..tapi takpe..aku nie kan penyabar..hikhik..




 Sila LIKE kalau suka..

23 July 2012

=10 juadah pilihan berbuka puasa=

ehem! saja nak share dengan korang 10 juadah berbuka puasa ikut tekak suemuncet..hewhew..

Ayam Percik
Murtabak
Nasi Kerabu 
Soto
Ayam Golek
Roti John
Kurma
Agar agar cendol
Bubur Cacar
air tebu

haaa..nampak tak selera besar aku?? actually, aku nak letak 5 je tapi dah terlebih dari 5 plak..haha!
 
 Sila LIKE kalau suka..

20 July 2012

=Dia datang lagi=

Selamat Hari Raya..Hari untuk kita bersuka ria..ehhh...raya apa kebendanya sue..puasa laaa! seperti yang semua tahu, esok adalah hari pertama untuk semua umat Islam berpuasa..ohh yaa..aku tak tahu kenapa hati nie berdebar debar je nak masuk Bulan Puasa..macam ada sesuatu..eceh..haha!

niat puasa jangan lupa..

Semoga Bulan Puasa nie kita beribadat dengan ikhlas dan dapat mengumpul pahala sebanyak yang mungkin..

Bulan puasa nie bukan je nak menahan lapar atau dahaga tapi kena jugak kawal nafsu tu..
Puasa jangan tak puasa ye..
 

 Sila LIKE kalau suka..

16 July 2012

=Beli secara online atau secara terus??=

Ada yang dok mengeluh bila beli barang online mahal nak giler..sejujurnya, kadang kadang memang melampau jugak la mahalnya bila beli secara online nie..tapi nak diikutkan sama je beli secara online atau secara terus..

tapi bagi aku beli secara online ke secara terus ke sama je sebenarnya..bezanya cuma tak boleh nak pegang barang tu..tak boleh nak try..harga pun lebih kurang..maybe barang online nie mahal sikit sebab nak pos lagi bukan free kan..

contoh macam beli shawl..kalau dekat uptown ke, jalan tar ke, maybe boleh dapat dalam rm10 sehelai..tapi kalau beli online rm15 sehelai..macam tu jugak kalau beli tudung bawal..dekat luar rm15 sehelai..tapi dekat online rm20 sehelai..

kalau nak diikutkan sama je sebenarnya harga tu..kalau beli secara terus korang mesti nak kena isi minyak kereta..duit tol lagi..kalau naik bas/train nak kena keluar duit tambang jugak kan..bila dah keluar mesti la kena keluarkan duit makan..dekat situ je dah nak seratus..lagi lagi kalau korang keluar just nak beli sehelai shawl je..kalau aku pergi mall,jalan sikit je dah lapar..jalan sikit je haus..dah kena keluar duit..

tapi kalau korang beli online, korang hanya duduk rumah je..klik klik barang yang kita suka sambil makan nasi, transfer duit dan tunggu barang sampai sambil tengok tv..nak bank in pun sekarang dah ada Maybank2u, Cimbclick..sehelai tudung rm20..takpayah keluar duit makan, takpayah nak isi minyak kereta, takpayah nak bayar tambang bas/train, takyah bayar duit tol..see..jimatkan?? 

Sama ada kita puas hati atau tidak je pun sebenarnya..memasing ada cara sendiri sama ada lebih suka beli secara online atau beli secara terus..

*kalau beli secara online melibatkan jumlah wang yang banyak, kena fikir dua tiga kali jugak la kan..hewhew..



 Sila LIKE kalau suka..

15 July 2012

=Perkahwinan=

Shopping
Awal Perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “Jom..dari duduk rumah, bosan plak..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “apa la shopping, buat habis duit je..”
***
Makan
Awal Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “OK..no problem..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “Awak tak boleh masak ke ?”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Hari ini kita makan kedai ye..”
Suami : “Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang”
***
Anak
Awal Perkahwinan

Isteri : “Ayang mengandung.. ”
Suami : “Abang tak sabar nak lihat anak kita..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Abang tolong buat susu anak..”
Suami : “Abang mengantuk laa..ayang buat laaa..”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Cuba awak tegur anak tu sikit..”
Suami : “Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur…”
***
Kerja Rumah
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “OK..no problem..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye…”
Suami : “Saya penat, awak ajelahh yang buat..”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “Awak tak boleh buat keee..”
***
Hadiah
Awal Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Apa yang ayang inginkan..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Setiap tahun saya berikan…tak cukup lagi ke ?”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Tak payah le hadiah-hadiahhhhh. …”
***
Masak
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “takpe, biar abang masak..”
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “masak jer la apa2 jer..”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “awak ni memang pemalas..” 



 Sila LIKE kalau suka..

07 July 2012

=Hero Si Kucing istimewa=

aku rasa semua orang tahu kisah tentang kucing yang bernama Hero kan? semua orang dah pernah baca kisah Hero kan? siapa yang tak kenal dan tak tahu kisah Hero nie memang agak ketinggalan la kan..actually, aku dah tahu pasal kucing yang bernama Hero nie masa zaman study lagi..aku ada tengok video Hero yang sangat menyentuh hati aku..memang menangis la tengok video tu..Menaip entry nie pun aku dah sebak.

disebabkan ikan, Hero telah dipotong tangannya oleh manusia..manusia yang telah dianugerahkan akal dan fikiran tetapi tidak menggunakan akal dan fikiran dengan sebaiknya..aku tak tahu sama ada layak dipanggil manusia ataupun tidak..dan aku pasti orang tersebut pasti akan mendapat balasan!

nasib baik pada ketika itu Tuhan telah mengirimkan seorang insan yang berhati mulia untuk menolong Hero..siapa sangka dengan hanya menggunakan minyak gamat, Hero masih hidup sampai sekarang..Alhamdulillah..

inilah papa Hero..insan yang berhati mulia yang dikirimkan Tuhan untuk membantu Hero..


inilah Hero..

Hero memang kucing yang sangat tabah dan kuat..yelaa..dengan hanya menggunakan dua kaki dia masih boleh hidup..kadang kadang aku terfikir macam mana azabnya dia ketika kedua dua tangan dia dipotong dan macam mana dia menanggung kesakitan ketika itu..Kucing aku si Omey tu ekor tersepit dekat pintu sangkar pun dah mengiau..
nie Omey..kucing aku..

saja je nak letak gambar kucing sendiri  sebab aku rasa persamaan kucing aku dengan hero adalah dari segi warna bulu dia..cuma warna oren si Omey lagi banyak kalau nak dibandingkan dengan Hero..


 

 Sila LIKE kalau suka..

01 July 2012

=Resipi : Kek Batik ikut suka=

Semalam tiba tiba rasa rajin plak nak buat kek batik..ala..semua orang tahu kot nak buat kek batik nie semudah abc..kan kan..haha! tapi ada kelainan sikit dekat kek batik yang aku buat nie..jom terjah!

Bahan bahan :
biskut marie
milo
planta
susu
kacang tanah(digoreng tanpa minyak,buang kulit dan diblender)

Cara cara :

1) campurkan milo,susu dan planta di dalam kuali..kacau sehingga cair dan sebati..jangan bagi dia berketul ketul..kacau selaju yang boleh..huhu..
2) lepas milo, susu dan planta tadi dah cair dan sebati, masukkan kacang tanah yang telah diblender tadi..kacau kacau dan kacau..
 3) biskut marie tadi pecah pecahkan menjadi kecik macam dalam gambar diatas tu. 
4) kemudian, masukkan biskut marie tadi di dalam kuali yang ada milo,susu dan planta..kacau biskut tu bagi semua badan biskut disalut dengan coklat..okey siap! jangan lupa tutup api..

5) masukkan dalam loyang..ratakan permukaan diatas dan boleh la dimasukkan dalam peti ais..

selamat mencuba!


*resipi nie lain sikit sebab aku guna planta..ada sesetengah orang guna butter..aku jugak letak kacang..ikut suka korang la yee..yang penting sedap! hewhew..

 

 Sila LIKE kalau suka..