=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

16 July 2012

=Beli secara online atau secara terus??=

Ada yang dok mengeluh bila beli barang online mahal nak giler..sejujurnya, kadang kadang memang melampau jugak la mahalnya bila beli secara online nie..tapi nak diikutkan sama je beli secara online atau secara terus..

tapi bagi aku beli secara online ke secara terus ke sama je sebenarnya..bezanya cuma tak boleh nak pegang barang tu..tak boleh nak try..harga pun lebih kurang..maybe barang online nie mahal sikit sebab nak pos lagi bukan free kan..

contoh macam beli shawl..kalau dekat uptown ke, jalan tar ke, maybe boleh dapat dalam rm10 sehelai..tapi kalau beli online rm15 sehelai..macam tu jugak kalau beli tudung bawal..dekat luar rm15 sehelai..tapi dekat online rm20 sehelai..

kalau nak diikutkan sama je sebenarnya harga tu..kalau beli secara terus korang mesti nak kena isi minyak kereta..duit tol lagi..kalau naik bas/train nak kena keluar duit tambang jugak kan..bila dah keluar mesti la kena keluarkan duit makan..dekat situ je dah nak seratus..lagi lagi kalau korang keluar just nak beli sehelai shawl je..kalau aku pergi mall,jalan sikit je dah lapar..jalan sikit je haus..dah kena keluar duit..

tapi kalau korang beli online, korang hanya duduk rumah je..klik klik barang yang kita suka sambil makan nasi, transfer duit dan tunggu barang sampai sambil tengok tv..nak bank in pun sekarang dah ada Maybank2u, Cimbclick..sehelai tudung rm20..takpayah keluar duit makan, takpayah nak isi minyak kereta, takpayah nak bayar tambang bas/train, takyah bayar duit tol..see..jimatkan?? 

Sama ada kita puas hati atau tidak je pun sebenarnya..memasing ada cara sendiri sama ada lebih suka beli secara online atau beli secara terus..

*kalau beli secara online melibatkan jumlah wang yang banyak, kena fikir dua tiga kali jugak la kan..hewhew..



 Sila LIKE kalau suka..

1 comment:

Shafuan Kechik said...

Lihat pada keadaan.. jika boleh beli terus.. beli terus je.. jika tidak.. terpaksa lah