=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

29 August 2012

=Blog SueMUNCET masuk dalam Majalah InTrend=

haaaaa..nampak tak gambar diatas nie?? semalam ada seorang blogger nie tetiba wish congrats dekat aku..aku pun dah macam blur blur jugak laa..dia cakap blog aku masuk dalam Majalah InTrend edisi September.. 

memandangkan hari nie memang aku keluar sebab nak cari barang pertunangan kawan aku, aku pun terjah la kedai majalah yang ada semata mata untuk mencari Majalah InTrend nie..
cantiknya Yunaaaaaaaa...























































tadaaaa....
 ehem ehem..sentap Mak Jemah bila gambar si Omey nie lagi besar dari gambar aku..lawan Tuan nampak..hahaha!
Terima kasih InTrend sebab sudi review blog aku yang tak seberapa nak best nie..hikhik..kalau takde orang bagitahu aku, memang aku tak tahu la kan..macam tu jugak la bila blog aku masuk dalam Majalah Remaja dan muka aku masuk dalam Majalah Dara.. Terima kasih pada yang prihatin sebab bagitahu aku..saya sangat menghargainya..cewahhhh... ;)


 

 Sila LIKE kalau suka..

=Beraya di Ikea=

Fuhh fuhhh.. *tiup blog*.. bersawang blog aku nie..(imaginasi nak poyo je)..hahaha! nak dekat seminggu aku tak update blog aku nie..tetiba rasa macam takde idea plak..biasa laa..mood raya tu masih menguasai diri..tapi aku masih tak berkesempatan nak beraya dirumah kawan kawan..mungkin weekend kot..

masa raya ke enam, aku dan my girlfriends telah beraya di Ikea..hikhik..
 pergi Ikea benda wajib adalah makan meatball..kalau tak makan tak sah la cerita dia kan..hewhew..
 ohhh yaa..nie Unn..alhamdulillah kawan aku yang sorang nie dah bertudung masa bulan Ramadhan..gembiranya hanya Tuhan sahaja yang tahu..semoga kekal bertudung sampai bila bila dear.. =')
ini Hazimah yaa..bukan Maria Elena..haha!
 berkawan dari zaman sekolah rendah..
i love my girlfriends..

 

 Sila LIKE kalau suka..

22 August 2012

=Raya??=

ehem! Selamat Hari Raya..hamboiii..kemain lagi korang beraya kan..haha! tahun nie raya takde ada apa yang syok..sama je macam tahun tahun yang lepas..balik kampung Bagan Datoh dan Tanjung Malim..
First day raya..

*actually, tak banyak gambar pun yang disnap..huhu..



 Sila LIKE kalau suka..

17 August 2012

=Hai awak! Selamat Hari Raya! =

♪ ♬ ♪ ♬ Berlalu lah sudah Ramadhan sebulan berpuasa..
tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira ♪ ♬ ♪ ♬
Raya tahun nie sama je macam tahun tahun sebelum nie..masih belum lagi dapat rasa buat baju sedondon..masih belum dapat rasa sidia datang ke rumah untuk berhari raya..masih belum lagi dapat rasa untuk beraya dirumah mertua..ehh..hahaha! okey..takde kena mengena..huhu.. *gurau*

Selamat Hari Raya diucapkan buat family,kawan kawan blogger, buat silent readers, pengomen terbaik, HATERS tercintaik, sahabat andai dan semua umat Islam..dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekirannya ada terbuat salah ke apa apa laa..

Pada yang pulang ke kampung halaman, berhati hati la dijalan raya..ingat ingat la orang tersayang..

Jom tengok kisah Aznil dan Erra Fazira sempena hari raya nie..

 

 Sila LIKE kalau suka..

14 August 2012

=Resipi : Ais Krim goreng tanpa guna roti=

Semalam berbuka puasa aku dengan rajinnya telah membuat ais krim goreng! tapi aku tak guna roti..

Bahan-Bahan
Ais Krim
Cornflakes (dihancurkan)
telur

Cara-Cara

1) Keluarkan ais krim dalam peti ais tu..tak kisah la ais krim apa pun..ikut suka korang okey..
2) Keluar kan ais krim tadi menggunakan sudu..buat macam gambar dibawah nie..lepas tu, letak dalam peti ais (tempat beku) selama 2jam..
3) Lepas 2jam, keluarkan dari peti ais tu..Salutkan ais krim tadi dengan telur dan cornflakes..buat dua kali..tak faham?? okey..salutkan ais krim dengan telur..lepas tu, salutkan dengan cornflakes..salutkan dengan telur lagi..lepas tu, salutkan dengan conflakes..faham? bagusss...
4) sampai la dia jadi macam gambar dibawah nie..
5) kemudian, masukkan dalam peti ais (tempat beku) dan biarkan selama 2jam..
6) lepas 2jam, dah boleh goreng..takyah nak goreng lama sangat..okey..
(gambar lupa nak snap..huhu)

selamat mencuba!



 Sila LIKE kalau suka..

13 August 2012

=Bertahun aku setia dengan kau tapi nie yang kau balaskan..=

lagi beberapa hari je lagi nak raya kan...raya macam cepat plak masa nie berlalu..persiapan raya aku takde la mewah sangat..biasa biasa je..nak kata aku shopping raya pun mana ada..just bersederhana dihari raya..pakai je la apa yang ada..kan kan..
tajuk entry macam tak puas hati je kan..memang aku tak puas hati pun..bertahun aku setia tapi dia balas macam nie..macam takde makna je aku setia..so now, memang aku nak curang je dengan kau..lantak la kau nak cakap apa pun..dah hilang sabar dah..nie semua sebab Maxis! memang dah fed up giler pakai Maxis nie..
actually aku nak cakap yang aku tengah menunggu simkad dari celcom nie..aku dah tak pakai Maxis..kenapa aku tukar ke celcom?? jujur aku cakap yang aku dah hilang sabar pakai Maxis nie..mana boleh tahan kalau kredit aku asyik kena tolak je..even dah aktifkan BIS pun still nak tolak GPRS..kekadang tu tolak sampai RM1..Maxis nie tolak kredit tanpa aku sedar..sikit sikit dia tolak..tahu tahu je dah RM0.00..memang melampau kot..kredit aku habis sebab tolak GPRS je..siapa boleh tahankan..aku dah bertahun setia dengan Maxis tapi nie yang dia balas..puihhhh!

Bila staff dia call aku, seribu satu alasan la dorang bagi kan..seolah olah macam nak salahkan aku je..kalau aku fight pun belum tentu kredit aku dapat balik..lagi bertambah tambah sakit hati nie.. bila aku check statement dekat website maxis nie, memang banyak tolak GPRS je..tekanan woi bila kredit tolak tapi kau tak guna pun..baik hati la plak aku nak sedekah dekat Maxis tu kan..buat masa nie memang aku tak topup..so,aku decide memang nak tukar ke celcom..nak try pakai celcom macam mana..kalau celcom pun makan kredit jugak aku tak tahu la nak cakap apa kan..sekian..luahkan hati aku..

 

 Sila LIKE kalau suka..

10 August 2012

=Sedihnya!=


first time tengok iklan nie dekat tv..okey..memang sedih..hmm..
(T_T)

Sila LIKE kalau suka..

08 August 2012

=Kad raya ready untuk dipos=

kad raya yang sangat simple dari aku..ready untuk dipos..yeayyy!
terima kasih pada yang email dan inbox aku dekat facebook..
insyallah tahun depan kita jumpa lagi..ecehh..



Sila LIKE kalau suka..

06 August 2012

=Menangis tengok Friendship mereka nie=




aku terlalu suka tengok friendship mereka..agak terharu tengok friendship Zizan dan Johan nie..before this pun aku pernah buat entry pasal mereka dan mereka..mungkin aku menangis tengok friendship macam mereka sebab aku mengharapkan yang aku ada friendship macam nie..siapa yang taknak kan ada friendship macam nie..

*kad raya telah ditutup..terima kasih pada yang email aku..next week insyallah kad raya akan dipos! ;)


 

 Sila LIKE kalau suka..

03 August 2012

=Siapa nak kad raya??=

Zaman sekarang nie susahkan nak nampak orang dok pos kad raya dekat pejabat pos nie..semua orang dok wish hari raya melalui whatsapp, bbm, facebook, twitter..macam zaman kad raya nie dah jauh meninggalkan kita..

aku rasa aku last dapat kad raya masa umur 19 tahun kot..lepas tu, dah tak dapat dah..korang bayangkan berapa tahun dah aku tak dapat kad raya..rasa rindu kot nak dapat kad raya and nak bagi kad raya dekat orang..
sila angkat tangan..okey..takpayah la..bukan nampak pun..hehe..

tetiba mood nak bagi kad raya dekat orang tu membuak buak plak..haha! tapi aku nie takde la blogger famous sampai orang dok request nak kad raya dari aku..hikhik..

*kalau ada yang nak request tu, boleh la email nama,url blog and address dekat suemuncet@yahoo.com..itu pun KALAU ADA.. ;p
 

 Sila LIKE kalau suka..

02 August 2012

=Takde benda pun=

hari nie dah 13 hari umat Islam berpuasa..alhamdulillah..aku masih lagi diberi peluang untuk berpuasa penuh setakat ini..hehe..sepanjang 13 hari berpuasa nie aku tak berkesempatan lagi nak berbuka puasa diluar..tak berkesempatan lagi nak berbuka dengan kawan kawan aku..entahlahhhh...tapi bagi aku lagi best kot berbuka kat rumah daripada berbuka kat luar..huhu..

actually, bulan puasa nie takde benda pun aku nak story..hehe..

 

 Sila LIKE kalau suka..