=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

30 September 2012

=3 years already and I'm okey=

Today is my officially 3years berstatus SINGLE!! okey okey..tak bangga mana pun..just macam tak percaya dah 3 Tahun berstatuskan SINGLE..plus tak percaya sebab hati aku masih kukuh terkunci..wahhhh..ayat tak boleh blaa..haha!

Setiap manusia Tuhan tu dah bagi jodoh dekat kita..Aku yakin setiap manusia dekat muka bumi nie, Tuhan dah bagi jodoh masing masing..cuma cepat atau lambat dan haruslah bersabar..

bila nak suka dekat orang secara automatik mesti teringat kekecewaan dulu..fikir kekecewaan dulu, memang aku tak rasa yang aku boleh bertahan sampai sekarang..hanya kawan kawan SERUMAH sahaja yang tahu macam mana keadaan aku ketika itu..

apa apa pun, siapa siapa jodoh aku nanti, aku terima je dengan hati terbuka..dan semoga dia boleh terima kekurangan yang ada pada diri aku..ayat tak boleh blaa bila member aku cakap "antara ramai ramai nie aku paling excited nak tahu siapa boyfriend sue..".. tak pun aku suruh je mak aku tu carikan untuk aku kalau umur dah 26tahun still takde boyfriendkan..hewhew..
senyum seindah SURIA..





 Sila LIKE kalau suka..

24 September 2012

=Surat dari Kolej=


Surat konvo dah sampai dirumah..tapi before nak konvo tu memang banyak benda yang nak kena settle kan..memang banyak laa..plus duit pun banyak kena keluar..hmmmm..

Agak terkilan adalah sebab tak dapat nak merasa pakai topi konvo..yang dapat topi konvo tu just budak degree je..budak diploma dapat jubah konvo je..sangat tak adilkan..rasa macam tak lengkap je bila takde topi konvo tu..takpe la..nak buat macam mana..

"Abah..orang dah nak konvo..kan best kalau abah ada sekali..hmmm.."
(T_T)



 Sila LIKE kalau suka..

19 September 2012

=Wordless Wednesday..[21]..Tahniah=

klik gambar untuk tumbesaran




 Sila LIKE kalau suka..

09 September 2012

=Cek dari Nuffnang=

alhamdulillah..cek pertama dari Nuffnang sudah sampai..nak buat apa dengan duit nie? perkara pertama haruslah membayar hutang zaman study dulu iaitu kepada MARA yang telah memberikan pinjaman kepada aku masa zaman study dulu..itu penting..
btw, terima kasih Nuffnang! ;)


Sila LIKE kalau suka..

05 September 2012

=After 5years=

gambar dizaman persekolahan...sila abaikan muka comel comot aku itu..

hari ahad yang lepas, kami berempat telah berjumpa dan pergi beraya bersama sama..yelaa..memasing duduk jauh jauh..aku dengan nad memang dah selalu jumpa sebab dia duduk shah alam, ain plak baru pulang ke tempat asal setelah beberapa tahun duduk di Melaka dan Adek plak masih lagi duduk di Mersing sebab masih study.. so, bila dah ada kesempatan untuk kami berempat berjumpa, memang banyak cerita dan bahan membahan itu memang ada..
ini pic terbaru dari kami..ecehhh..haha!

tajuk yang after 5 years tu bukan la kiteorang nie tak berjumpa langsung selepas 5tahun tapi...




























































tadaaaa...
selepas 5 tahun baru kiteorang dapat ketemu sama mama kiteorang iaitu Cikgu Rozita..guru kelas kiteorang masa form 4 dan form 5..hehe...cikgu masih sama dan maintain muda gitu..banyak jugak la story yang dok berborak..yang penting cikgu masih ingat dekat kiteorang okey..haha! 

ikutkan memang kiteorang nak jumpa semua cikgu cikgu yang ajar kiteorang tapi dah lost contact..takpe laa..dah dapat jumpa cikgu Rozita pun dah kita okey... ;)



Sila LIKE kalau suka..

01 September 2012

=31 Ogos 2012 : Bertunang =

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55..MERDEKA!! *Semangat*

actually,31 Ogos 2012 my BFF melangsungkan majlis pertunangan..rasa macam tak percaya je bila kawan yang rapat dengan kita dah bertunang.
inilah BFF kita.. ;)
cantikkan beliau... 
kawan kawan plak yang terlebih over..ngeee..
ambil berkat..moga moga tahun depan aku plak yang bertunang..hahaha! 
nie bila pihak lelaki sampai..sarung cincin..
dua cincin..cincin tunang dan merisik..
hantaran belah lelaki dan perempuan..
hamboii..kemain senyum cik adik kita nie..suka lettew dah jadi tunangan orang..haha!
inilah tunang dia..

sejujurnya aku rasa gembira bila BFF aku nie dah bertukar status menjadi tunangan orang..harus rasa gembira bila mereka decide nak bertunang sebab aku tahu macam mana pahit manisnya hubungan dorang nie..bila dah bertunang, mana boleh main main lagi..insyallah tahun depan mereka akan berkahwin..yeayyy! ehh..aku plak yang terlebih excited..ngeee...

*ehem! doakan aku plak lepas nie..mohon bakal suami munculkan diri dengan segera..hewhew..



 Sila LIKE kalau suka..