=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

09 October 2012

=Kisah silam??=

aku rasa semua orang ada kisah silam yang sukar untuk dilupakan atau mengambil masa untuk dilupakan ataupun masih berbekas dekat hati tu kan..cuma apa jenis kita silam tu je yang berbeza..sebagai contoh mungkin dulu dia penagih dadah, mungkin dulu dia pernah buat kesalahan sampai dia masuk penjara, mungkin dulu dia agak sosial, dan sebagainya..kenapa mesti kita nak mengungkit kisah kisah lepas?? past is past..kalau kita ungkit pun tak dapat apa..

Kisah silam selalu dikaitkan masa zaman remaja..yelaa..katapun zaman remaja kan..masa tu baru nak kenal dunia..nak buat sesuatu perkara pun tak fikir panjang..hanya fikirkan keseronokkan je dan langsung tak fikir kesan dimasa hadapan..bila usia macam aku nie dan difikirkan balik apa yang pernah dibuat masa zaman remaja dulu pasti akan rasa menyesal..pasti rasa macam bodoh giler bila teringat kisah silam tu..tapi tak boleh nak buat apa sebab benda dah jadikan..yang penting, ada usaha untuk berubah..yes! berubah untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama..
macam tu jugak la dengan cinta..bagi aku kalau betul kita sayangkan seseorang, mesti kita akan terima diri dia yang sekarang..dan takkan pernah mengungkit kisah silam dulu..kita tak boleh nak paksa orang untuk terima masa silam kita..kalau orang tu still tak boleh terima kisah silam kita, anggap je la yang dia bukan untuk kita..kecewa memang kecewa tapi sekurang kurangnya kita tak menipu..memang kejujuran tu kadangkala menyakitkan hati tapi sekurang kurangnya kita tahu kebenarannya..dengan kejujuran tu la boleh melembutkan hati seseorang..jangan sampai dah bercinta bertahun tahun baru nak berterus terang..tak ke rasa macam ditipu hidup hidup??

Sila LIKE kalau suka..

2 comments:

Terima kasih diatas komen anda...