=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

27 December 2012

=Kemanisan 2012=

Dalam sedar tak sedar, lagi beberapa hari dah nak masuk tahun 2013..rasa macam cepat je masa berlalu..tahun 2012 terlalu banyak kot kenangan yang susah jugak la aku nak lupakan...apa yang menariknya tahun 2012 ialah : 

1) 5 Januari 2012 My Birthday!

Ucapan dari member member yang rata ratanya mendoakan supaya aku mendapat jodoh...hahaha! ucapan dari mereka yang buat aku terharu.. =') 
Birthday present dari my sister dan my mom..

2) Berjaya menamatkan study!
hehehe...3tahun stress study dan akhirnya berjaya menamatkan study dengan seronoknya..yeayy!

3) Bercuti di Langkawi!
tempat yang paling best aku rasa..tempat yang aku memang nak pergi lagi lagi dan lagi..kalau honeymoon, insyallah akan kesini..ecehh..haha!

4) Blog SueMUNCET direview oleh Majalah Remaja (1 Mei 2012)
tak sangka blog aku yg biasa biasa direview oleh Majalah Remaja..

5) Blog SueMUNCET direview oleh Majalah InTrend (September)
nie pun aku tak sangka jugak..yela..blog biasa biasa tapi ada jugak yang sudi nak review..thanks!

6) First time dapat cash out duit Nuffnang!
fuhhhh..finally..dapat cashout..ingat senang ke nak kumpul..haha! tapi tak merasa pun sebab semua disalurkan dekat MARA..sedih!

7) 3 Tahun bergelar Single! ehh..hahaha!
ini hanyalah iklan..hikhik..

8) Dapat pergi Anugerah Blokbuster Live..
dapat tiket free dari Boboi MaharajaLawak!

9) Officially graduate from Kolej Poly-Tech MARA!
yeayyy! dapat konvo..dapat naik pentas..dapat pakai baju konvo..dapat diploma!

10) Dapat pergi Anugerah Industri Muzik tahun nie..
dapat tiket free dari Budiey.com..


tu je la serba sedikit kenangan ditahun 2013..hopefully, tahun 2013 adalah tahun yang lebih baik dari tahun 2012..aminnnnnnnnn...

 

 Sila LIKE kalau suka..

24 December 2012

=Jackie Chan is Back!=

Hari sabtu yang lepas aku pergi Mid Valley..disebabkan aku pergi Mid Valley, aku berjaya mendapatkan Durian Crepe..yeayyyy! akhirnya..setelah sekian lama..haha!
sedap dap dap.. =p

then ,pergi beli tiket wayang..nasib baik beratur tak panjang berjela jela..
sementara nak tunggu wayang tu, pergi la makan dulu..mau kebulur dalam wayang tu kalau tak makan..decide nak makan Crazy Potato..
yang nie amek set combo..ada air, ada kentang dan spaghetti..aku memang giler kentang..tak kisahlah kentang masakan apa pun..memang ngam la kedai nie nama dia Crazy Potato kan..haha!
Jack Chan is back! aku tengok cerita CZ 12 nie..majoriti dalam wayang adalah Chinese.. boleh dikira berapa je orang melayu dalam wayang tu..okey..cerita nie bagi aku memang best la..ada part kelakar, ada part sedih..yang best haruslah part fighting tu..ada jugak la part yang bosan tapi memang tak rugi tengok cerita nie..tak pergi pergi la tengok..hihi..




 Sila LIKE kalau suka..

21 December 2012

=Pengurangan MARA=

Fuhhh..alhamdulillah..berjaya jugak buat pengurangan yuran pengajian dekat office MARA..mula mula kena la pergi ambil translip dekat KPTM yang tercinta tu.. *tangan dibahu mata keatas* Agak lama tak jejak kaki dekat kolej tu..kemain maju dah sekarang aku tengok..zaman aku dulu kemain teruk..tapi takpe la..zaman dah berubah..haruslah semua kena berubahkan..
yeayy! saya dah dapat diploma! :)
surat yang dikeluarkan oleh MARA..kena tunggu around 6 month baru boleh tahu aku dapat kurangkan berapa..haishh..taknak lama plak kan..takpe laa..sabar itu indah..ecehhh..




Sila LIKE kalau suka..

14 December 2012

=I'm S=



susahkan kalau dalam hidup nie kena buat pilihan..lagi lagi berkaitan dengan hati..kenapa ye kena buat pilihan?? tak boleh ke kalau takpayah buat pilihan?? seriously,aku happy dengan hidup aku sekarang nie..dengan adanya orang yang always take care pasal aku..dengan adanya member member KPTM..dengan adanya member member SKSW..dengan adanya member member PUCHONG..dengan adanya FAMILY...dengan adanya orang orang disekeliling aku..aku happy dengan mereka mereka semua..ramai yang tanya aku, taknak ada boyfriend ke..?? aku bukan taknak ada boyfriend tapi perasaan takut still ada..takut nak sayang orang..takut nak cinta orang..takut kecewa lagi..aku bukan nak setakat bercinta, lepas tu putus..lepas tu, nak kena mulakan step first balik..aku nakkan satu hubungan yang serious dan bukan main main..lagipun aku masih muda kot..baru 17tahun..hahahahha!  *okey..tipu je*
baru 22tahun..OhMy! 22tahun?? dah boleh kawen kan?? =p



 Sila LIKE kalau suka..

11 December 2012

=Tahniah!=

sedar tak sedar dah masuk bulan 12..boleh dikira lagi beberapa hari je nak masuk tahun 2013..wahhhh..kejapnya rasa..dah lagi beberapa hari jugak la umur aku akan meningkat...takpe..ada apa dengan angka..hahaha!

ohh yaa..rasanya tak terlambat untuk aku ucapkan tahniah pada kawan SERUMAH, Fieza Ismail yang selamat menjadi tunangan kepada Sharadan..ecehh..sharadan tau...haha! lepas nie kalau keluar, kau dah tak boleh nak nakal nakal dah ye..ngee...
cincin tunang dan merisik
aku plak yang teruja bila dorang nie dah bertunang..hihi..nampak tak aku over?? haha!

sorang kawan SERUMAH dah bertunang..lepas nie turn siapa plak ye..ehem!





 Sila LIKE kalau suka..