=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

31 May 2012

=Saya gemuk saya okey=

"hai..nama saya Chibi..ada orang cakap muka saya macam Singa..ada jugak yang cakap muka saya macam musang..saya gemuk saya okey sebab saya comel..hewhew.."


 Sila LIKE kalau suka..

24 May 2012

=Aksi Si Omey tidur=

nie antara aksi kucing aku si Omey tidur..hobi aku sekarang memang suka kacau dia tidur sebab aku geram tengok aksi dia..
 
nasib baik tuan dia tidur sopan..hewhew..

 

 Sila LIKE kalau suka..

23 May 2012

=Mop dan Pakcik Tua=

Nak share satu cerita dengan korang..

A : Beb..kenapa kau lalu dekat pakcik tua yang tengah mop lantai tu?
B : Kenapa? salah?
A : Kau tak nampak ke pakcik tua tu tengah mop lantai?
B : Nampak la..
A : Habis tu, yang kau lalu jugak tu dah kenapa? atleast mintak maaf la dekat pakcik tu..kesian pakcik tu kena mop balik..
B : dah kerja dia..
aku pandang pakcik tua tu dengan penuh rasa simpati..yelaa..dah mop lantai tu bersih bersih tapi still ada orang lalu lalang dan pijak lantai tu lagi..sambil mengelap peluh didahi, pakcik tua tu mop balik lantai yang dah kotor tu..sumpah tak sampai hati nak tengok..hati kaca macam aku memang tak boleh nak tengok..


 Sila LIKE kalau suka..

21 May 2012

=Teater SeNaPas=

18/05/2012 hari tu kawan sekolah rendah aku ajak pergi tengok teater Senapas..teater tu berlangsung di The Actor Studio @ Lot10..pukul 8.30 malam..actually, aku first time tengok teater nie..haruslah terujakan..plus pelakon perempuan nie kawan kepada kawan sekolah rendah aku..
bukti tiket aku pergi tengok..hewhew..

Masuk je studio tu kami dihiburkan dengan nyanyian dari 3 orang pemuzik yang akan mengiringi teater nie sementara nak tunggu penonton yang lain lain tu masuk..sangat teruja okey bila dah duduk dekat seat dalam studio tu plus dengan nyanyian dan suara mereka yang sangat best! 

teater pun bermula..hanya dua pelakon je..aku ingatkan pelakon ramai..yela..tak pernah tengok teater kan..sumpah terbaik lakonan mereka berdua nie..memang tak rugi aku pergi tengok..skrip yang menarik, jalan cerita yang senang untuk difaham, lakonan yang mantap plus lagu yang best..tahniah pada produksi Senapas nie..ohh yaa..nie sinopsis teater senapas..

Sinopsis :

‘Sejarah Nasib Lepas’ (‘SeNaPas’), Razak merupakan anak muda yang dikatakan berpendirian matang yang hadir dari keluarga yang mengamalkan kehidupan yang bertitik tolak dari rasa cinta. Pertemuan Razak dengan Kamariah iaitu guru tuisyennya telah memutikkan sebuah rasa cinta diantara mereka akhirnya merubahkan kehidupan Razak kepada kehidupan yang benar-benar matang. Kamariah yang lebih usia daripada Razak telah berjanji untuk bersama Razak demi cinta mereka walaupun keluarga kedua-dua pihak membantah keras, mereka akhirnya telah bersekedudukan jauh daripada keluarga dan hidup sebagai sepasang suami Isteri yang sah. Maka bermulalah KISAH CINTA BERNAFAS HARAM. Setelah lama bersekedudukan, pada suatu hari Kamariah hamil dan mereka spakat untuk menggugurkan kandungan. Pelbagai kaedah telah dilakukan tetapi semuanya gagal. Suatu hari, saudara Kamariah berjumpa Kamariah dan mengetahui keadaan Kamariah lalu memberitahu keluarganya. Razak dan Kamariah teruk dibelasah oleh keluarga masing-masing. Akhirnya mereka bersetuju membenarkan pasangan ini bernikah sehingga tempoh berpantang tamat kemudian mereka dikehendaki berpisah dan anak itu diserahkan kepada pihak lain. Selepas melahirkan, Kamariah dan Razak seakan berat hati untuk menyerahkan anak mereka dan berharap agar kedua-dua orang tua mereka berubah hati dengan keputusan terdahulu apabila melihat anak mereka..'
bersama Aznah Mohamed aka Cikgu Kamariah dan Amerul Affendi aka Razak..


next time sila ajak aku lagi pergi teater..rasanya tengok teater nie akan termasuk dalam list hobi terbaru aku..hewhew..
 

 Sila LIKE kalau suka..

16 May 2012

=Wordless Wednesday..[20]..Saya ada baju baru=




 Sila LIKE kalau suka..

14 May 2012

=Finalis=

Rasanya macam tak terlambat lagi nak wish congrats to finalis Mania Astro..sejujurnya aku tersangat sangat la puas hati dengan finalis yang masuk final untuk Mania Astro nie..kelima lima finalis nie memang layak la bagi aku..
biasa la tu kalau ada yang tak puas hati..lagi lagi bila artis fav dorang tak masuk final..lepas tu, sibuk cakap undi tak masuk laa..suruh buat mania masuk la..macam macam..
finalis Mania Astro..
Hazama,Stacy,Hafiz,Jaclyn Victor,Aril

ohh yaa..3 orang yang tersingkir tu, mungkin bukan rezeki dorang dekat Mania Astro nie..takmo emosi okey! peace!


 Sila LIKE kalau suka..

11 May 2012

=Rindu nak jadi student=

ini adalah Student ID aku..kalau tak silap aku batch aku yang last pakai ID macam nie..after batch aku,dah pakai ID baru..konon konon nak buat buat hilangkan ID nie sebab nak ID baru tapi sekali kena bayar..okey..terus tak jadi nak hilangkan..button itu adalah button kesayangan aku..ce teka button apa tu..

rindu nak :

-buat assignment
-buat quiz
-buat test
-jawab exam
-buat research
-lepak dekat student square
-makan dekat kedai ibu
-kena compaun
bla bla bla bla....

nampak tak aku berdrama dekat situ?? hahaha!

Sila LIKE kalau suka..

08 May 2012

=Sila bersopan santun bila tengok wayang=

sekarang nie aku macam dah agak ketinggalan untuk tengok cerita baru dekat wayang nie..dah rasa macam kurang minat nak tengok wayang..tak tahu la kenapa..kalau dulu, bila orang tanya "Sue,kau dah tengok cerita nie?? kau dah tengok cerita tu??".. jawapan aku pastinya "dah!".. sekarang nie kalau korang tanya aku, memang jawapannya "belum!".. haha! jangan ditanya la kan..
6 sebab aku sakit hati bila tengok wayang..

1) kanak kanak yang dok bising dalam wayang..
kalau tengok cerita katun tu aku maafkan la kalau kanak kanak nak memekak dalam wayang tu..aku tak kisah sangat la kan..nie kalau tengok cerita lain(bukan cerita katun), kanak kanak dok memekak dalam wayang tu..memang aku angin la..tak boleh nak fokus langsung..gangguan tahu? kalau kanak kanak yang jenis diam je takpe la jugak..lepas tu, mak bapak boleh buat tak tahu je bila anak anak memekak..adoi..

2) handphone berbunyi 
nie lagi satu bila tengah best best tengok cerita dalam wayang tu tetiba bunyi background music yang sangat mengganggu..plus siap angkat call tu dan bercakap macam satu panggung nak dengar suara kau kan..handphone mahal mahal pun tak boleh nak silent ke apa?

3) orang dok tanya tanya
yang nie pun aku angin jugak la..kita tengah syok tengok cerita kat wayang tu yang orang sebelah dok tanya "nie siapa?" "macam mana boleh jadi macam nie?"..memang spoil kan mood aku la nak tengok wayang..

4) orang belakang dok tendang tendang kerusi
nie pun memang banyak kali terjadi dekat aku..orang belakang dok tendang tendang kerusi..bila toleh, buat muka tak bersalah..besar sangat ke apa sampai tak boleh nak duduk diam diam? kalau tak sengaja okey la kan..nie kalau dah setiap minit dok tendang tendang memang aku pun rasa macam nak tendang muka kau la kan..

5) Bila kepala orang depan besar sampai tak nampak screen
aku bukan nak mengutuk ke apa..tapi faham faham sendiri sudah..kau dah tahu kepala kau besar, tolong la prihatin sikit dekat orang yang macam aku nie..lagi lagi kalau tengok cerita English..subtitle tu memang tak nampak la kalau dah nampak kepala orang depan je kan..

6) orang dok bercerita
"lepas nie dia kena langgar".."alaa..dia tak mati..kau tengok nanti"..okey..aku tahu kau dah tengok cerita nie tapi perlu ke kau cerita balik? aku taknak dengar pun cerita dari mulut kau tu..kalau dah tengok tu, diam diam sudah..

actually banyak lagi tapi aku senaraikan 6 yang selalu sangat terjadi pada aku bila tengah syok tengok wayang..please la respect orang lain yang tengok satu wayang dengan kau..so, faham faham sendiri sudah..



 Sila LIKE kalau suka..

02 May 2012

=Bertapa manisnya mereka=

Hai Mei..rasa macam sekejap je dah masuk bulan Mei kan..tak ada apa apa yang berubah..masih sama..cuma aku banyak terima jemputan kahwin dari kawan kawan yang sebaya dengan aku..see..sebaya dengan aku dah nak kahwin..alhamdulillah..dah jodoh mereka kan..

bagi aku perkahwinan itu akan menjadi lagi indah bila kita dapat jadi yang sah pada orang yang kita cinta..yelaa..bercinta bertahun tahun dan diakhiri dengan sebuah ikatan yang sah..siapa yang tak seronokkan..


perkahwinan itu jugak akan jadi indah bila rasa cinta dan sayang itu sampai ke tua..jalan berpimpin tangan..memberi senyuman yang penuh makna..

macam hari tu aku keluar pergi makan dekat sebuah restoran nie..sepasang suami isteri yang agak berusia tapi kelihatan masih sihat..si suami setia melayan si isteri..senyuman yang si isteri beri pada suami bukan senyuman kosong tapi penuh dengan makna..the best part is, bila mereka selesai makan si suami bayar dan si isteri menunggu untuk melintas jalan..tangan si suami erat memaut tangan si isteri..bertapa manisnya mereka..

alangkah bahagianya jikalau cinta dan sayang hingga ke tua dan bukan diwaktu muda sahaja..cinta perlu dibelai sehingga ke hari tua..seperti kali pertama jatuh cinta..
*senyum*


 Sila LIKE kalau suka..