=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

29 May 2013

=Review : Shiseido Black Mask=

Malam tadi aku telah memanjakan mukaku dengan mask! kemain nak mask mask bagai...hikhik..
aku try Shiseido Black Mask..aku tak tahu harga dia berapa sebab aku dapat free je nie..hikhik..tapi aku ada jugak la tanya encik google..harga dia dalam RM3 untuk satu..tapi ada jugak yang jual murah..

okey..bagi korang yang tak biasa pakai mask nie boleh la tepek dekat bahagian bahagian tertentu yang korang rasa nak letak dekat muka tu..macam aku, aku memang tak biasa pakai mask nie..tapi disebabkan teruja melampaui batas, aku tepek dekat seluruh muka aku..hahaha!
tengok pic dekat atas nie memang aku pakai sikit je..tapi aku rasa nie dah cukup banyak.. if muka korang kecik, satu mask tu boleh pakai dua kali..

tapi paling azab bila nak tanggalkan mask nie..serious sakit woiiii...rasa macam kulit muka kena siat siat plak..tak tahu la sakit sebab aku pakai sikit atau aku memang jenis tak tahan sakit..

after mask, rasa muka segar bugar..
gambar mask takde sebab tak reti nak tarik slow slow..hikhik..

Mask nie memang kuat dan dia akan menanggalkan segala white and black head dan mengecilkan pori pori..




 Sila LIKE kalau suka..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas komen anda...