=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

03 September 2013

=Resipi : Pavlova Mini=

Semalam aku telah merajinkan diri aku buat Pavlova.. haaa.. kemain kau.. ingat aku tak boleh buat pavlova ke? *berlagak* first time aku buat nie..hikhik..

Bahan-bahan :
Meringue
4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu cuka masakan
1 sudu tepung jagung

Untuk hiasan :
Whip Cream
Strawberry / Kiwi
Untuk whip cream aku guna yang macam dalam gambar dekat atas nie..
sedap nak meninggal whip cream nie.. serious!

Cara-cara :
1) Pukul 4 biji putih telur.. Guna stand mixer/ hand mixer.. Pukul sampai kembang dan berbuih..
2) Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul lagi..
3) Lepas tu, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.. Pukul lagi sehingga "meringue" tu kelihatan berkilat.. kalau nak tahu jadi ke tak "meringue" tu, ce korang terbalikkan.. kalau tak jatuh adunan tu, maknanya jadi la..
4) Ambil loyang dan letakkan baking paper.. lepas tu, letaklah "meringue" tadi atas baking paper..
5) Bakar selama 30 - 40 minit.. tapi ikut oven memasing la ye..
6) Bila dah masak, bukak pintu oven tu sikit dan biarkan dalam oven tu dulu..

Untuk hiasan :
Pukul whip cream guna mixer
Potong strawberry / kiwi ikut suka

Tadaaaaa... siap!
letak dalam peti ais.. dan makan sejuk sejuk..
yummy! 

Pavlova mini yang comel macam orang yang buat nie.. ehhh.. hahaha!




Sila LIKE kalau suka..

6 comments:

Terima kasih diatas komen anda...