=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

26 January 2013

=Zaman enjoy dah habis=

Semenjak bermenjak menjak nie memang tahap kesibukkan yang tersangat la tak dapat dibendung..sampai nak update blog pun dah tak sempat..haaa..nampak tak bz bebenor..hahaha! nak kena siapkan paper work untuk dua event yang akan dianjurkan oleh company tempat aku bekerja nie..plus nak kena cari sponsor lagi..adoiyai..nak taknak kena la hadapkan.. 

hari weekday aku memang stress dengan kerja..balik kerja dah lambat..so, malam memang aku tak keluar pergi mana mana..even ada yang ajak keluar pun aku fikir dua tiga kali nak keluar ke tak..hahaha! sebab kemalasan dan badan nie nak rehat je..

hari weekend aku memang aku hanya duduk rumah..merehatkan minda yang stress dengan kerja dan bersenang senang dirumah sampai melayan si omey dan si chibi..

sekarang nie memang aku dah takde nak melepak tak tentu hala..maybe dulu okey la tapi sekarang tak..zaman enjoy enjoy nie dah habis laa..aku tak kisah pun kalau ada yang cakap life aku membosankan tapi ada aku kisah??
*bila dah bz nie nak cari future husband pun dah tak sempat..ehhh..hahaha!



 Sila LIKE kalau suka..

17 January 2013

=Tumbesaran badan yang melampau=

kesibukkan melanda menyebabkan aku tak berkesempatan nak update blog..now, curi sedikit masa untuk update blog..actually, aku baru habis event office yang melibatkan Perdana Menteri kita nie..tapi aku bukan nak story pasal tu pun..aku nak story pasal faktor kegemukkan diri yang melanda!!!
arghhhhh..stress aku bila fikir pasal badan yang semakin gemuk gemuk dan gemuk! bila cerita pasal berat badan nie mula la aku stress tahap kuasa lapan..haha! bila aku cakap "aku dah gemuk!", orang lain mesti akan cakap "eh..takde la..sama je aku tengok"..sangat menjaga hati aku kan..kadang kadang orang tengok kita memang la orang akan cakap badan kita tak nampak gemuk tapi tu diri kita..mesti la kita je yang tahu sama ada kita dah gemuk ataupun tidak..

macam tu la yang aku rasa sekarang..aku rasa badan aku dah berat..dah makin gemuk..plus tahap kerisauan yang semakin tinggi bila berat badan naik mencanak canak..memang aku kena diet..aku memang set dekat kepala otak nie yang  aku kena diet..yes! diet...

tapi....












































hampeh! cakap je nak diet tapi makan tak henti henti..diet apa kebendanya tah..nafsu makan memang melampau lampau..arghhhhhh...stress! *buka peti ais dan makan kek*
kbai..



 Sila LIKE kalau suka..

12 January 2013

=Second=

ehem! fuhhhhh..berabuk blog nie bila aku dah agak lama tak mengupdate blog..kesibukan melanda diri..lagi lagi dah tukar tempat kerja baru..lagi la bertambah sibuk..hehe..

actually takde benda pun aku nak story..just nak cakap thanks to girlfriends for celebrate my birthday dekat redbox ioimall.. 
kek kedua untuk birthday!

tahun nie banyak plan nak pergi holiday..semoga dipermudahkan.. aminnn.. :)



 Sila LIKE kalau suka..

06 January 2013

=Hari Kelahiran Saya=

5 Januari 2013..Happy Birthday SueMUNCET!! wahhh...macam tak percaya yang umur dah semakin meningkat..yes! tahun nie aku berumur 23tahun dan masih SINGLE.. *motif*.. hahaha! Birthday tahun nie aku tak mengharapkan apa apa pun..cukuplah sekadar orang orang disekeliling aku mendoakan aku benda yang baik baik..

bila umur dah meningkat nie, banyak benda yang aku fikirkan..expecially tentang hidup aku yang masih lagi tak nampak hala tujunya..aku takde nak fikir pasal boyfriend..dalam azam aku pun takde istilah boyfriend..tapi kalau dah tertulis tahun nie aku menamatkan zaman bujang aku, aku terima dengan hati yang terbuka..ceewahhhh..hahaha! propa sangat dah nie Sue oiii...

aku still tak dapat lagi apa yang aku nak dalam hidup nie..insyallah, kalau Tuhan tu bagi petunjuk dan bukak jalan untuk dapatkan apa yang aku nak, memang aku bersyukur sangat sangat..yang penting aku sendiri kena usaha untuk memajukan diri..plus bekalan untuk diakhirat kelak..
HAPPY BIRTHDAY TO ME..
hope tahun nie ada sesuatu yang terbaik untuk aku..aminnnn...





 Sila LIKE kalau suka..

03 January 2013

=Wishlist 2013=

Untuk orang yang bekerja macam aku nie, aku memerlukan wishlist untuk aku target pada tahun 2013..hidup mesti la ada matlamatkan.. *tetiba*..
actually, aku pun tak tahu apa wish list aku untuk tahun 2013.. see..macam takde masa depan je kan sampai wish list pun tak tahu..hahaha!

ada jugak la yang tanya apa azam 2013..tapi aku takde la nak stick kan apa azam aku..untuk menjadi yang lebih baik tu macam dah terbiasa plak kan..itu dah sememangnya untuk setiap tahun..so, nie bukan la azam sangat..tapi ini apa yang aku nak untuk tahun 2013..untuk 3 senarai teratas yang aku nak impikan untuk tahun 2013 ialah :

1) Kereta
2) Galaxy Tab 10
3) Holiday - Sarawak

tu je kot yang terlintas dalam kepala otak aku..sekian, terima kasih..

mesti ada yang akan cakap "alaa..semua tu aku dah ada"..maaf..aku nie jenis suka usaha sendiri tanpa mengharapkan duit family..

*ehem! jangan lupa 5 JANUARY 2013..



 Sila LIKE kalau suka..

02 January 2013

=Happy New Year 2013=

Happy New Year 2013!! tak celebrate pun..hanya melepak di Putrajaya..
Semoga tahun 2013 nie adalah tahun yang terbaik buat aku..semoga tahun 2013 nie tahun yang lebih baik dari tahun 2012..semoga tahun 2013 nie ada sesuatu yang istimewa buat aku..semoga blaa blaa blaa..semoga blaa blaa blaa..semoga blaa blaa blaa..hamboii..kemain banyak semoga kau kan Sue..hahaha!

dan last..




























aminnn..kbai..haha!

*5 JANUARI 2013 SEMAKIN HAMPIR..EHEM EHEM!


 Sila LIKE kalau suka..