=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

12 August 2016

=Manusia=

Manusia.
Hati manusia senang berubah kan? Aku paling tak suka bila manusia berubah hati. Dulu kemain rapat. Sekarang dah jadi strangers. Bila orang dah takde perasaan, memang akan cari seribu satu cara untuk buat seseorang tu rasa tawar hati atau rasa benci. Cara layanan pun nampak berbeza. 

Dulu :
Tak contact sehari tak boleh. Alasan sebab dah terbiasa contact hari hari.

Sekarang :
Tak contact 3 hari pun dah takde hal. Lagi suka kalau tak contact langsung.

Dulu :
Setiap minggu nak lepak. Bila ajak pergi makan, semua okay, Bila ajak lepak, okay je. Tak de alasan langsung.

Sekarang :
Sebulan sekali pun dah susah. Alasan busy. Bila ajak pergi makan, dia boleh cakap "Dah takde kawan lain ke nak ajak?" Kebabian!

Dulu :
Bila on whatsapp terus je whatsapp.

Sekarang :
Bila on whatsapp takde nak whatsapp terus. Dah setengah jam pun takde nak whatsapp. Bila kita whatsapp, boleh tanya kenapa?

Dulu :
Bila call cepat je angkat. Kalau tak angkat pun gigih callback. Kalau tak call, siapa cakap "Dah lama tak call kan"?

Sekarang :
Kena call dua tiga kali. Kalau tak angkat, jangan harap la nak callback. Agaknya bila dengan suara boleh muntah darah kot.

Dulu :
Reply whatsapp cepat je. tak sampai 1 minit dah reply.

Sekarang :
Reply whatsapp pun nak ambil masa setengah jam. Bila tanya kenapa reply lambat, alasan "tengok tv" WTH!

Dulu :
Bila tanya apa apa, boleh je jawab elok elok. tak de pun nak emosi.

Sekarang :
Bila tanya, nak marah marah. Asal? datang bulan?

Dulu :
Bila topup, free call setiap hari ni nak call. 

Sekarang :
Bila topup, free call jangan harap la nak call weyhhhh. Bila dah sentap baru nak call bagai. Ikhlas ke tak?


Bila cakap dah berubah tak boleh nak terima hakikat. Cakap merepek bagai. Bila cakap "Dulu tak macam ni pun" Dia boleh cakap "Tu dulu punya cerita la. Sekarang dah lain"
Dah lain sebab kau dah berubah! tak sedar lagi?

 Kalau nak disenaraikan memang banyak. Kalau ikhlas berkawan, takkan berubah hati. Kita sendiri boleh rasa sama ada orang tu ikhlas ke tak nak berkawan dengan kita. Bila kita ikhlas, dia layan mcm taik. Kenapa still lagi wujud orang orang macam ni kan.
Kadang kadang aku tak faham kenapa hati senang berubah. Dah tak suka, menyampah senang je hati tu berubah. Alangkah bagusnya kalau hati aku pun macam tu.

Sila LIKE kalau suka..

24 June 2016

=Berkawan untuk apa?=

"Bila kau kenal dengan orang tu, kau rasa selesa. Kau rasa yang dia pun macam selesa dengan kau sampai satu masa kau mula ada rasa sayang dekat dia. Dan kau pun rasa yang dia pun ada rasa yang sama. Dia macam bagi kau harapan. Dia layan kau macam kau special sangat. Selalu spent together. And the end, kau dapat tahu dia dah ada girlfriend/boyfriend and the best part relationship dorang almost 4years. Apa yang kau rasa?"

Kalau aku ada dekat situasi tu, ofcourse aku rasa kecewa. Mesti rasa kecewa sedih marah bengang bagai. Yela, kau dah sayang dekat dia tapi lastly kau dapat tahu dia dah berpunya. Ingat senang senang ke rasa sayang tu nak hilang? Lain la kalau dapat tahu masa belum ada rasa sayang tu kan. Mungkin la boleh blaaa terus. Ni dah sayang baru dapat tahu.Yang lelaki/perempuan tu pun satu hal. Dah tahu diri dah berpunya yang nak kenal dengan orang baru dah kenapa? Saje nak try market ke acaner?
Sebab tu aku macam takut takut nak kenal dengan orang. Takut dah tersuka, dah tersayang, lastly dapat tahu dia dah berpunya. Yang kecewanya, aku jugak. Haha! tapi benda tu tak boleh nak elak. Lagi lagi melibatkan hati dan perasaan sebab benda tu bukan kita yang mintak. Sebab tu bila nak berkawan, kena jujur, ikhlas. Ni kau cakap kau ikhlas nak kawan tapi menipu. Acaner? 


Sila LIKE kalau suka..



01 June 2016

= Single ni forever alone ke?=

 "Kenapa kau still single lagi sue? Takde orang nak ke? 
Ke kau memilih?"

Yes, soalan tu la yang selalu aku dapat. Aku sendiri tak tahu nak jawab macam mana. Almost 6 years aku single. Nak kata aku memilih, rasa macam tak sebab aku terima je siapa siapa yang nak kawan dengan aku. Nak kata orang taknak dekat aku, ntah laa.. No komen. Jawapan retis sangat. hahaha! 

Mungkin sebab aku tak jumpa lagi orang yang betul betul jujur dan ikhlas dengan aku. Kebanyakkannya macam tak reti nak sabar. Just nak taste market bagai. Seriously, aku memang taknak bercinta. Aku nak terus kahwin je. hahahaha! aku ni jenis kalau dah sayang sorang, aku memang akan dengan sorang tu je. takde nak ada spare part bagai ni. Cukup la dah rasa frust menonggeng dulu. haishhh.. aku dah tak sanggup nak rasa macam tu lagi. *rolling eyes*

Memang la orang cakap single ni macam forever alone tapi bila kau fikir balik, bila kau single, kau lebih banyak luangkan masa dekat rumah, dengan family kau. Just anggap yang mungkin kau single sebab kau nak berbakti dengan parents kau dulu. gituuuu ayat aku. haha! the best part is, kau boleh keluar dengan sesiapa yang kau nak tanpa perlu menjaga hati orang lain. tapi kau kena make sure "sesiapa" yang kau nak keluar tu bukan bf/gf/suami/isteri orang laa.. kang tak pepasal kena parang plak. haha! and kau more to independent. Seriously, part independent tu memang aku tak tipu. Kau akan banyak bergerak sendiri tanpa mengharapkan orang lain. 

Setakat kau keluar makan sengsorang tu memang dah terbiasa. Bila kau teringin makan something, kau ajak kawan kawan kau tapi kawan kawan kau lebih seronok keluar dengan bf/gf dorang (mohon terasa.. haha!), so kau akan pergi sengsorang. Bagi aku takde apa yang pelik pun kalau kau nampak perempuan makan sorang sorang ni. As long as ada wifi, data dekat hp tu, kau akan ignore je orang sekeliling kau yang dok pandang kau pelik. kan kan.. 

Kadang kadang aku sampai fikir, for what nak ada relationship tapi kau tak happy dengan relationship tu? Asyik nak rasa sakit hati je. So, better single and kalau one day kau dah terbukak hati nak ada commitment, berkawan kejap dan terus je kahwin. Cinta lama lama for nothing buat apa kan. (jangan kecam akak okay.).

Kesimpulannya, kalau kau rasa kau tak ready nak ada commitment, tak boleh nak SETIA, tak cukup satu, baik kau lupakan je la hasrat murni kau nak bercinta bagai ni. Ingat seronok ke mainkan perasaan orang ni? Rasa bangga ke acaner? (teremosi plak. huhu

 










Sila LIKE kalau suka..

13 May 2016

=Ada sebab kenapa=

Bertemu dengan seseorang yang buat kita rasa selesa tak semestinya dia adalah jodoh kita. Bila kita kenal dengan seseorang tu mesti ada sebab kenapa. Mungkin sekadar untuk belajar sesuatu atau sekadar untuk buat kita rasa lagi strong untuk hadap dugaan yang kita sendiri tak duga. Tapi kalau kenal sekadar untuk dikecewakan, takpayah kenal pun takpe kan. *emosi tetiba* hahaha!

Bila bercakap pasal hati, paling takut bila hati seseorang tu berubah. Dulu mungkin ada rasa sayang, sekarang perasaan sayang tu boleh hilang dalam sekelip mata je. Takkan la orang yang bertahun tahun bercinta pun perasaan tu boleh hilang mcm tu je. Kadang kadang terfikir jugak macam mana hati manusia boleh berubah. Dulu bila dah suka, semua benda boleh, takde masa pun boleh adakan jugak masa tu. Tapi bila feeling tu dah hilang, akan wujud 1001 alasan untuk elak. Rasa macam kelakar kan? Tapi itu la hakikat yang kena terima. Bila fikir balik, siapa kita nak lawan takdirkan? :)



 Sila LIKE kalau suka..

05 May 2016

= Review : Ada Apa Dengan Cinta 2=



Aku memang layan la cerita nie. Sebab dah tengok #AADC1 so nak tak nak kena jugak la tengok #AADC2 nie. Dah kenapa Si Rangga nak tinggalkan Cinta dengan ratusan purnama. Ayat tak boleh blaaa betul. Mesti la nak tahu ending cerita ni kan.
Dian memang cantik sesangat.

Review :

- Cerita ni bagi aku view dia cantik laaa.. tempat memang terbaik la. lagi lagi masa Rangga bawak Cinta naik bangunan tinggi sebab nak tengok view pagi.  Maybe one day aku akan pergi ke Yogyakarta. eh.. hahaha!

- Jalan cerita bagi aku agak slow. ada part yang aku rasa tak perlu kot. aku sampai 10x menguap, siap tengok jam, siap tengok hp, siap tanya member aku bila cerita ni nak habis. tak pernah pernah aku tengok wayang macam tu. ke sebab tak kena dengan jiwa aku? tapi #AADC1 aku okay plak tengok.

- Maybe cerita nie sesuai dengan orang yang suka puitis, yang ada jiwa nak karang puisi ni.

- Paling tak mencabar minda bila senang senang je nak dapatkan Cinta. karang puisi sikit terus dapat. helloooooo.. dia tinggalkan kau 14 tahun dan putus melalui surat, lepas tu senang je kau nak dekat dia balik tanpa perlu bersusah payah. Tak mencabar langsung.
- Yang aku boleh accept, about friendship je la kot. bertahun tahun tapi friendship tu tetap kuat. even memasing dah ada life sendiri tapi still boleh bercuti sesama. cool kan?

- Overall cerita ni, boleh la bagi aku. nak kata bosan sangat tu tak la. ada part yang best jugak. aku bagi 5/10.




 Sila LIKE kalau suka..

26 April 2016

=Hello Penang=

Boleh tak nak update pergi trip Penang bulan Januari punya? Ahhh. Nak update jugak walaupun dah basi. Hahaha!

Pergi 3hari 2malam. aku pergi trip ke Penang dengan kengkawan sekolah rendah aku. Macam biasalah, harus aku yang jadi drive. Huhu.

Hello Penang!

15/01/16
Pagi tu gerak dari Sunway (sebab kengkawan aku 3 orang tu duduk Sunway), dalam pukul 1 macam tu sampai Penang. Jalan smooth je. Tak jammed pun cuma panaihhh tu tak tahan. Kiteorang decide stay dekat Tune Hotel sebab murah. Price yang kiteorang dapat RM240 untuk 3H2M. Ke ada lagi yang murah? Ambil hotel murah sebab bukan whole day dekat dalam bilik pun. Ingat honeymoon ke? Lalala~

Pkl2 macam tu check in. Rehat, buat la apa apa yang patut lepas tu terus pergi cari Mee Sotong dekat Padang Kota.
muka lapar memasing. penat pun ada.

ni la rupa mee sotong. 


Lepas dah kenyang, terus pergi Street Art. Ingat nak sewa basikal tapi seriously panaihhh giler sampai aku rasa better jalan kaki je laa. Tu pun tak jalan habis.

hakak tumpang sat. takpayah pandang kerek sangat.


Lepas tu, balik hotel. Rest. Malam tu baru keluar pergi cari Nasi Kandar. Then, kiteorang decide nak makan dekat Nasi Kandar Beratur. Pkl9.30 macam tu kiteorang dah sampai tapi nasi kandar beratur  bukak pukul10. So, kiteorang jalan dulu la dekat area situ. Pukul10 macam tu dah ramai orang. Memang kena la dengan nama. Memang panjang plak beratur. Nasib cepat, kalau tak memang takde tempat. Not bad la makan dekat situ. Nak kata murah pun boleh tahan la.

tak sia sia beratur panjang. nyummy!

Balik hotel and tidur sampai tak ingat dunia. Haha!

16/01/16
Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, terus mandi. 
harus snap pic sendiri sementara tunggu kawan yang lain siap. Biasa la perempuan siap memang KEJAP.

Pagi tu kiteorang pergi breakfast dekat Roti Telur Goyang. Seriously, memang berbaloi la bayar RM3.50 dengan telur yang besar itteww.. Macam aku yang fav teh tarik ni memang kaw kaw teh tarik dekat situ. Terbaik wokkk..

besar bak angggggg..

Lepas tu, nak pergi Bukit Bendera. Tak sabar nak naik cable car. Yeayyy! Sampai sana je,cable car under maintenance!!!! Whatt??!!! Aku datang jauh jauh sebab nak pergi Bukit Bendera la weyhhh. Apehal time ni maintenance bagai. Arghhhh.. terus nangis guling guling sebab tak dapat pergi Bukit Bendara. Okay. Itu tipu. Frust giler weii datang jauh jauh tak dapat pergi Bukit Bendera. Tu nak suruh aku datang lagi letteww.. *tangan dibahu mata keatas"

Dah frust menonggeng tadi terus pergi beli borong jeruk Pak Ali. Borong la selagi mau. Tengah hari tu lunch dekat Kapitian. Nak cari parking kemain susah. Haishhh. Macam biasa la, aku dengan naan cheeae berpisah tiada.

kapitan


Petang tu pergi makan rojak pasembur yang orang cakap jawab makan la kalau datang. Actually dah kenyang tapi takpe la. Gagahkan diri makan jugak sebab bukan selalu dapat datang Penang kan.


Lepas tu, terus pergi Batu Feringgi. Yeayyy! Finally dapat jugak dengar deruan ombak. Cehh.. poyo je kau kau sue.

snap oleh abang mata biru.. wuuuuuu..

Malam tu, lepak bilik je sebab esok pagi nak balik Kl dah dan aku memerlukan rehat yang cukup untuk drive. Gituuuuu..

17/01/16
check out. Singgah kapitan. Makan makan dan makan. Ingat balik tu konon nak singgah nasi 7benua, sekali tutup. Hampeh betul.

Tu la cerita aku pergi Penang. Macam kena repeat lagi je kan pergi Penang tu sebab nak pergi Bukit Bendera. Frust jugak la. Aku pergi Penang asyik makan je. Duduk lama lagi mau 5kilo naik berat badan aku. Hahahaha!

Tol Pergi Balik : RM100
Minyak Kereta : RM120
Hotel : RM240 3H2M

Total : RM460 / 4 = RM115 Seorang

Makan tu sendirian berhad la yeee.. ni aku bagi untuk share punya.


 Sila LIKE kalau suka..

25 April 2016

=Suemuncet is back..=

hollooooooooooo reader. gituuuuu.. rasa macam blog ni tersangat sangat berabuk. siap bersawang. tak tahu la binatang apa yang dah hinggap dekat blog ni.. hahaha! okay. tak lawak. -__- Jap. ada lagi ke orang nak baca blog aku ni? hmmmmmm..

setahun lebih aku tak update blog. Yeke setahun? ke lebih? pandai pandai la korang kira sendiri.. kahkah.. last update tahun 2014. Omgggg! lama giler weyhhh... * pengsan*

Hari ni tetiba aku tergerak hati nak bukak blog aku and nak update something. actually, takde la update something punnn.. saje rindu nak menaip panjang panjang walaupun dekat office memang kerja kau memerlukan untuk menaip.. huhu.. tapi tak sama la sebab dekat blog boleh merepek merapu. gituuuu..

sepanjang aku takde tahun 2015 tu, aku masih lagi belum berkahwin. hahahaha! tu plak yang kau kisah kan sue. masih lagi single available dan sedang mencari. dah macam nak promote diri sendiri plak kan.. *rolling eye* 

maybe lepas ni aku akan aktif berbelogggg balik kot.. maybe laa.. bukan apa, kadang kadang tak semua orang akan dengar masalah kita dan tak semua orang akan kisah dengan masalah kita. rasa rindu nak baca pendapat strangers yang kadang kadang masuk akal jugak.. haha!

*Suemuncet is back konon.. kau tengok je la berapa lama nak back tu. hahaha!



sudi sudi la follow instagram titewwww.. hahaha!
Instagram : SueriaSuehaimi




 Sila LIKE kalau suka..