=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

13 May 2016

=Ada sebab kenapa=

Bertemu dengan seseorang yang buat kita rasa selesa tak semestinya dia adalah jodoh kita. Bila kita kenal dengan seseorang tu mesti ada sebab kenapa. Mungkin sekadar untuk belajar sesuatu atau sekadar untuk buat kita rasa lagi strong untuk hadap dugaan yang kita sendiri tak duga. Tapi kalau kenal sekadar untuk dikecewakan, takpayah kenal pun takpe kan. *emosi tetiba* hahaha!

Bila bercakap pasal hati, paling takut bila hati seseorang tu berubah. Dulu mungkin ada rasa sayang, sekarang perasaan sayang tu boleh hilang dalam sekelip mata je. Takkan la orang yang bertahun tahun bercinta pun perasaan tu boleh hilang mcm tu je. Kadang kadang terfikir jugak macam mana hati manusia boleh berubah. Dulu bila dah suka, semua benda boleh, takde masa pun boleh adakan jugak masa tu. Tapi bila feeling tu dah hilang, akan wujud 1001 alasan untuk elak. Rasa macam kelakar kan? Tapi itu la hakikat yang kena terima. Bila fikir balik, siapa kita nak lawan takdirkan? :)



 Sila LIKE kalau suka..

05 May 2016

= Review : Ada Apa Dengan Cinta 2=



Aku memang layan la cerita nie. Sebab dah tengok #AADC1 so nak tak nak kena jugak la tengok #AADC2 nie. Dah kenapa Si Rangga nak tinggalkan Cinta dengan ratusan purnama. Ayat tak boleh blaaa betul. Mesti la nak tahu ending cerita ni kan.
Dian memang cantik sesangat.

Review :

- Cerita ni bagi aku view dia cantik laaa.. tempat memang terbaik la. lagi lagi masa Rangga bawak Cinta naik bangunan tinggi sebab nak tengok view pagi.  Maybe one day aku akan pergi ke Yogyakarta. eh.. hahaha!

- Jalan cerita bagi aku agak slow. ada part yang aku rasa tak perlu kot. aku sampai 10x menguap, siap tengok jam, siap tengok hp, siap tanya member aku bila cerita ni nak habis. tak pernah pernah aku tengok wayang macam tu. ke sebab tak kena dengan jiwa aku? tapi #AADC1 aku okay plak tengok.

- Maybe cerita nie sesuai dengan orang yang suka puitis, yang ada jiwa nak karang puisi ni.

- Paling tak mencabar minda bila senang senang je nak dapatkan Cinta. karang puisi sikit terus dapat. helloooooo.. dia tinggalkan kau 14 tahun dan putus melalui surat, lepas tu senang je kau nak dekat dia balik tanpa perlu bersusah payah. Tak mencabar langsung.
- Yang aku boleh accept, about friendship je la kot. bertahun tahun tapi friendship tu tetap kuat. even memasing dah ada life sendiri tapi still boleh bercuti sesama. cool kan?

- Overall cerita ni, boleh la bagi aku. nak kata bosan sangat tu tak la. ada part yang best jugak. aku bagi 5/10.




 Sila LIKE kalau suka..