=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

01 June 2016

= Single ni forever alone ke?=

 "Kenapa kau still single lagi sue? Takde orang nak ke? 
Ke kau memilih?"

Yes, soalan tu la yang selalu aku dapat. Aku sendiri tak tahu nak jawab macam mana. Almost 6 years aku single. Nak kata aku memilih, rasa macam tak sebab aku terima je siapa siapa yang nak kawan dengan aku. Nak kata orang taknak dekat aku, ntah laa.. No komen. Jawapan retis sangat. hahaha! 

Mungkin sebab aku tak jumpa lagi orang yang betul betul jujur dan ikhlas dengan aku. Kebanyakkannya macam tak reti nak sabar. Just nak taste market bagai. Seriously, aku memang taknak bercinta. Aku nak terus kahwin je. hahahaha! aku ni jenis kalau dah sayang sorang, aku memang akan dengan sorang tu je. takde nak ada spare part bagai ni. Cukup la dah rasa frust menonggeng dulu. haishhh.. aku dah tak sanggup nak rasa macam tu lagi. *rolling eyes*

Memang la orang cakap single ni macam forever alone tapi bila kau fikir balik, bila kau single, kau lebih banyak luangkan masa dekat rumah, dengan family kau. Just anggap yang mungkin kau single sebab kau nak berbakti dengan parents kau dulu. gituuuu ayat aku. haha! the best part is, kau boleh keluar dengan sesiapa yang kau nak tanpa perlu menjaga hati orang lain. tapi kau kena make sure "sesiapa" yang kau nak keluar tu bukan bf/gf/suami/isteri orang laa.. kang tak pepasal kena parang plak. haha! and kau more to independent. Seriously, part independent tu memang aku tak tipu. Kau akan banyak bergerak sendiri tanpa mengharapkan orang lain. 

Setakat kau keluar makan sengsorang tu memang dah terbiasa. Bila kau teringin makan something, kau ajak kawan kawan kau tapi kawan kawan kau lebih seronok keluar dengan bf/gf dorang (mohon terasa.. haha!), so kau akan pergi sengsorang. Bagi aku takde apa yang pelik pun kalau kau nampak perempuan makan sorang sorang ni. As long as ada wifi, data dekat hp tu, kau akan ignore je orang sekeliling kau yang dok pandang kau pelik. kan kan.. 

Kadang kadang aku sampai fikir, for what nak ada relationship tapi kau tak happy dengan relationship tu? Asyik nak rasa sakit hati je. So, better single and kalau one day kau dah terbukak hati nak ada commitment, berkawan kejap dan terus je kahwin. Cinta lama lama for nothing buat apa kan. (jangan kecam akak okay.).

Kesimpulannya, kalau kau rasa kau tak ready nak ada commitment, tak boleh nak SETIA, tak cukup satu, baik kau lupakan je la hasrat murni kau nak bercinta bagai ni. Ingat seronok ke mainkan perasaan orang ni? Rasa bangga ke acaner? (teremosi plak. huhu

 










Sila LIKE kalau suka..

No comments: