=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

12 August 2016

=Manusia=

Manusia.
Hati manusia senang berubah kan? Aku paling tak suka bila manusia berubah hati. Dulu kemain rapat. Sekarang dah jadi strangers. Bila orang dah takde perasaan, memang akan cari seribu satu cara untuk buat seseorang tu rasa tawar hati atau rasa benci. Cara layanan pun nampak berbeza. 

Dulu :
Tak contact sehari tak boleh. Alasan sebab dah terbiasa contact hari hari.

Sekarang :
Tak contact 3 hari pun dah takde hal. Lagi suka kalau tak contact langsung.

Dulu :
Setiap minggu nak lepak. Bila ajak pergi makan, semua okay, Bila ajak lepak, okay je. Tak de alasan langsung.

Sekarang :
Sebulan sekali pun dah susah. Alasan busy. Bila ajak pergi makan, dia boleh cakap "Dah takde kawan lain ke nak ajak?" Kebabian!

Dulu :
Bila on whatsapp terus je whatsapp.

Sekarang :
Bila on whatsapp takde nak whatsapp terus. Dah setengah jam pun takde nak whatsapp. Bila kita whatsapp, boleh tanya kenapa?

Dulu :
Bila call cepat je angkat. Kalau tak angkat pun gigih callback. Kalau tak call, siapa cakap "Dah lama tak call kan"?

Sekarang :
Kena call dua tiga kali. Kalau tak angkat, jangan harap la nak callback. Agaknya bila dengan suara boleh muntah darah kot.

Dulu :
Reply whatsapp cepat je. tak sampai 1 minit dah reply.

Sekarang :
Reply whatsapp pun nak ambil masa setengah jam. Bila tanya kenapa reply lambat, alasan "tengok tv" WTH!

Dulu :
Bila tanya apa apa, boleh je jawab elok elok. tak de pun nak emosi.

Sekarang :
Bila tanya, nak marah marah. Asal? datang bulan?

Dulu :
Bila topup, free call setiap hari ni nak call. 

Sekarang :
Bila topup, free call jangan harap la nak call weyhhhh. Bila dah sentap baru nak call bagai. Ikhlas ke tak?


Bila cakap dah berubah tak boleh nak terima hakikat. Cakap merepek bagai. Bila cakap "Dulu tak macam ni pun" Dia boleh cakap "Tu dulu punya cerita la. Sekarang dah lain"
Dah lain sebab kau dah berubah! tak sedar lagi?

 Kalau nak disenaraikan memang banyak. Kalau ikhlas berkawan, takkan berubah hati. Kita sendiri boleh rasa sama ada orang tu ikhlas ke tak nak berkawan dengan kita. Bila kita ikhlas, dia layan mcm taik. Kenapa still lagi wujud orang orang macam ni kan.
Kadang kadang aku tak faham kenapa hati senang berubah. Dah tak suka, menyampah senang je hati tu berubah. Alangkah bagusnya kalau hati aku pun macam tu.

Sila LIKE kalau suka..