=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

07 July 2012

=Hero Si Kucing istimewa=

aku rasa semua orang tahu kisah tentang kucing yang bernama Hero kan? semua orang dah pernah baca kisah Hero kan? siapa yang tak kenal dan tak tahu kisah Hero nie memang agak ketinggalan la kan..actually, aku dah tahu pasal kucing yang bernama Hero nie masa zaman study lagi..aku ada tengok video Hero yang sangat menyentuh hati aku..memang menangis la tengok video tu..Menaip entry nie pun aku dah sebak.

disebabkan ikan, Hero telah dipotong tangannya oleh manusia..manusia yang telah dianugerahkan akal dan fikiran tetapi tidak menggunakan akal dan fikiran dengan sebaiknya..aku tak tahu sama ada layak dipanggil manusia ataupun tidak..dan aku pasti orang tersebut pasti akan mendapat balasan!

nasib baik pada ketika itu Tuhan telah mengirimkan seorang insan yang berhati mulia untuk menolong Hero..siapa sangka dengan hanya menggunakan minyak gamat, Hero masih hidup sampai sekarang..Alhamdulillah..

inilah papa Hero..insan yang berhati mulia yang dikirimkan Tuhan untuk membantu Hero..


inilah Hero..

Hero memang kucing yang sangat tabah dan kuat..yelaa..dengan hanya menggunakan dua kaki dia masih boleh hidup..kadang kadang aku terfikir macam mana azabnya dia ketika kedua dua tangan dia dipotong dan macam mana dia menanggung kesakitan ketika itu..Kucing aku si Omey tu ekor tersepit dekat pintu sangkar pun dah mengiau..
nie Omey..kucing aku..

saja je nak letak gambar kucing sendiri  sebab aku rasa persamaan kucing aku dengan hero adalah dari segi warna bulu dia..cuma warna oren si Omey lagi banyak kalau nak dibandingkan dengan Hero..


 

 Sila LIKE kalau suka..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas komen anda...