=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

16 July 2013

=Resipi : Macaroni Cheese Baked=

Minggu lepas aku balik rumah mak aku..so, decide nak buat macaroni cheese baked..nyummm nyummm..
okey..gambar diatas adalah bahan bahan yang diperlukan..

Bahan bahan :
Mozzarela
Daging cincang
Macaroni
Bawang putih 
Bawang besar
Cheese
Cendawan tin (ikut suka nak belah cendawan tu macam mana)
Kimball sos spaghetti (ikut korang nak perisa apa)
Oregano

Cara cara :

1) Rebus macaroni dalam periuk yang dah letak air..biar sampai macaroni tu masak..Potong bawang putih dan bawang besar.. Kasi cincang halus halus.. Daging kisar tu, basuh dan toskan.. letak tepi dulu.. 

2) Tumis bawang putih dan bawang besar sampai masak.. Agak agak dah masak, masukkan daging cincang tadi.. masak masak dan masak.. agak agak korang la yee..

3) Agak agak daging dah masak, masukkan sos spaghetti.. Kacau sampai sebati.. masuk garam gula, pak aji dalam spaghetti tu.. kemudian, masukkan cendawan.. kalau rasa pekat sangat, letak air sikit..kacau lagi sampai korang rasa dah sedap..hikhik..

4) Macaroni yang dah direbus tu, toskan.. biasa jap.. lepas tu, masuk dalam bekas.. make sure bekas yang boleh dimasukkan dalam oven ye puan puan dan tuan tuan sekalian.. ecehh.. 

5) Letak makaroni dalam bekas, kemudian letak sos spaghetti dan barulah letak cheese.. buat layer by layer..atas sekali, letak cheese dan taburkan mozarella..banyak mana ikut suka hati laa..
tadaaaaaaa... siap! sedia untuk dimasukkan dalam oven!

Selamat mencuba!




 Sila LIKE kalau suka..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih diatas komen anda...