=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

28 August 2013

=Curang?? Dah memang sifat semulajadikan??=

entry aku kali nie aku tujukan untuk lelaki lelaki yang sangat suka dengan sifat curang..dah terang terang kau tu dah ada perempuan lain, then kau nak cover lagi buat apa?? kenapa perlu curang?? 

Kenapa lelaki curang??

1) Dia tak suka commitment..kalau kau dah tahu kau tak suka dengan commitment, takpayah la dok bercinta!

2) Dia bosan..yela..couple bertahun tahun kan bosan..disebabkan dah bosan,dia pun cari la perempuan lain..

3) Haa nie..terjumpa kekasih lama..kononnya teringat la kisah kau dan aku suatu ketika dahulu..cehh..geli!

4) Girlfriend terlalu cemburu..bila dah terlalu cemburu,semua benda nak control kan?? so,bila lelaki dah rimas,terjadilah kecurangan disitu..

5) Kononnya nak cari yang terbaik..that why dia dok pasang ramai ramai..bila dah jumpa yang terbaik,dia tinggalkan la semua yang ramai ramai tu..tu pun kalau rasa nak tinggalkan..

6) Maybe saja untuk suka suka..means, tak serious mana pun dalam hubungan tu..just fikir nak enjoy je..sampai bila nak enjoy tah..

7) Maybe sebab penampilan girlfriend dia tak macam mula mula kenal dulu..mula mula kenal girlfriend dia stylo,kurus...then,bila dah couple,maybe girlfriend dia dah tak macam dulu..alaa..cari point nak curang la kan..

yela.. couple bertahun..then, putus seminggu dah couple dengan orang lain.. tak ke macam bodoh?? nampak sangat masa couple tu dia memang dah scandal dengan perempuan tu.. bagi aku la kan, sekali lelaki tu dah pernah curang, tak mustahil dia akan curang lagi lagi dan lagi..katapun sifat semulajadikan.. hewhew..

Ala, kalau perangai tu dah semulajadi playboy,sampai tua bangka pun kau tetap akan playboy...kalau rasa nak berubah, sekarang pun kau boleh berubah..lagi satu umur tu makin meningkat..bawak bawak la berfikiran matang sikit.. Ingat matang la kalau curang curang nie?? haishhh... *psstt..lelaki memang lambat matang eyh??

mesti ada yang baca blog aku nie akan cakap "perempuan pun ada jugak yang curang..jangan nak nampak lelaki je yang curang"..
tu memang aku tak menafikanlah..ada jugak perempuan yang curang..yang dok menggatal..dah tahu orang tu dah ada girlfriend still nak menggedik.. bertepuk sebelah tangan takkan berbunyikan.. tapi aku sebagai perempuan aku cakap la pasal lelaki..sebab aku dah pernah kena..bila dah terkena memang sakit sangat sangat..so,bila dah pernah terkena memang aku akan lebih berhati hati..memang sesuai sangat la lagu Yuna - Lelaki tu untuk orang orang macam nie..

If you know someone is already taken, please respect their relationship..
easy right??

*kalau tang curang curang nie memang aku tersangat la sensetif okey..




 Sila LIKE kalau suka..

27 August 2013

=Yeayyy..Dah kahwin=

Entry sebelum nie aku ada update pasal BFF aku nikah.. so entry nie aku nak update pasal hari persandingan plak.. ohh yaa.. aku tersangat la ikut tema ye.. warna favourite tu..

Sampai sana, pergi jumpa pengantin jap tapi tengah mekap.. so, kiteorang pergi makan dulu.. 
Belakang tu pelamin.. fokus kat pelamin je okey.. huhu..
sebelum sanding.. snap picture tu wajib yee...
dilihat pada dua picture diatas seolah olah macam bertahun tak jumpa kan..
haha!
Cool giler bila kengkawan lain semua snap pic dengan pengantin siap berpasangan tapi aku sengsorang..hahaha! apa ada hal..

Btw, Selamat Pengantin Baru buat Hidayah dan Duan.. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat.. Finally, korang kahwin jugak kan.. hikhik.. haruslah aku orang yang paling paling happy.. cepat cepat dapat baby okey.. untuk Duan, haaaa... mohon jaga BFF aku nie sebaik yang boleh..untuk Dayah, dah jadi isteri orang dah tak boleh nak nakal nakal lagi..kena dengar cakap suami okey.. nanti aku datang Klang melawat korang.. hewhew.. much love!

Mohon doakan turn aku plak lepas nie.. ehhh... hahahaha! To my future husband, sila munculkan diri dengan segera.. ;p




 Sila LIKE kalau suka..

26 August 2013

=Diijab kabulkan=

Bertarikh 23/08/2013, alhamdulillah bestfriend aku yang sorang nie dah bernikah.. yeayyyy! haha! over plak kau kan sue..hikhik.. tetiba rasa diri nie tua plak bila kawan sebaya dah kahwin.. eh.. hahaha!
nie masa sebelum nikah.. dia nikah after Isyak.. 
so, aku pun fefeeling la snap picture dengan bunga..kemainnnn.. ambil berkat BANYAK..taknak sikit.. hewhew..
muka nervous tu.. hahaha! 
nie masa tok kadi tu dok bagi ceramah bagai.. sikit punya panjang berjela jela.. "Suami tak boleh bla bla bla.. Isteri tak boleh bla bla bla..."
saat yang ditunggu tunggu telah tiba.. 
"Aku terima nikahnya bla bla bla bla.... "
SAH! 
Nie masa batal air sembahyang...

Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar.. around 11pm jugak la aku balik rumah..esoknya adalah majlis persandingannya.. nanti aku update okey!




 Sila LIKE kalau suka..

22 August 2013

=Terselit sekeping nota dekat kereta=

jari jemari ku itu adalah inai ye kawan kawan..

haaaa.. nampak tak gambar dekat atas nie?? okey.. semalam after kerja macam biasa la berjalan pergi dekat parking kereta.. tetiba aku nampak ada kertas putih dekat wiper kereta aku.. aku ingatkan saman ke apa.. tapi difikirkan balik saman apa kejadahnya sebab aku parking ditempat yang betul okey..

lepas tu, aku pun amek la kertas tu before masuk kereta.. tetiba dapat note "Hai awak".. siap ada smile okey.. ingat sweet?? puihhhhh... takde makna.. tah siapa siapa tah.. ingat aku suka dapat benda macam nie.. kalau berani tunjuk la diri tu kan.. member aku suruh balas and letak dekat wiper kereta aku balik..takde masa.. malas aku nak layan..



 Sila LIKE kalau suka..

20 August 2013

=Review : Malindo Air=

"Sue..hari tu kau pergi Sarawak kau naik apa??"
"Murah tak??"
"Seat dia okey tak??"
"Selesa tak??"

okey okey.. nie cheq nak habak mai nie.. Masa aku pergi Sarawak hari tu, aku naik Malindo Air.. First time okey naik Malindo Air.. yelaa..lagi pun Malindo Air nie still baru kan.. Ofcoz la rasa cuak tu ada.. hikhik..

for your information, payment untuk tiket flight nie boleh bayar guna credit card or debit card ( cimbclick, maybank2u, etc) haaa..senangkan? siapa takde credit card tu boleh pilih Malindo untuk fly..ecehhh... haha! 

korang boleh bawak beg 20kg untuk seorang yee.. tu kalau tak cukup jugak tak tahu la nak cakap apa..huhu..
nie tiket dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak hari tu..
Korang takyah susah susah nak menapak pergi dekat kapal terbang dengan panas terik tu.. just ikut lalu yang kapal terbang tu parking.. 

staff dekat sana semua peramah okey.. stewardess tak lekang dengan senyuman..
bila dah fly tu, ada sediakan meal.. kita okey la dapat roti dengan air daripada tak dapat langsungkan..
boleh la buat alas perut..

siap ada screen kecik macam tv tu.. ada macam macam movie, boleh dengar lagu, boleh main games.. just korang kena bawak earphone sendiri kalau nak dengar.. takpun korang beli dekat dalam flight tu.. harga tak sure berapa..
nie tiket balik dari Kuching, Sarawak ke Kuala Lumpur.
bye bye Malindo.. insyallah anda akan menjadi pilihan apabila bercuti.. hikhik..

overall, aku berpuas hati dengan service yang diberikan.. seat pun selesa..tak sempit.. stewardess yang sangat friendly.. 

More information boleh la terjah website Malindo Air..


 

 Sila LIKE kalau suka..

15 August 2013

=Just give me some space=

Alhamdulillah.. doa aku dimakbulkan Tuhan.. Syukur sangat sangat.. semua persoalan selama nie, semua dah terjawab.. kadang kadang apa yang aku rasa memang betul... aku harap sangat lepas nie dah takde benda yang jadi.. banyak hikmah yang aku dapat.. nasib aku tahu lebih awal..

lepas nie memang aku dah taknak ada kena mengena langsung..cukup la apa yang aku dah hadap selama nie.. bercerita la selagi boleh.. biarlah orang nak kata aku macam macam..nak kata perangai aku macam budak baru habis sekolah ke, tak profesional ke, aku hanya mampu doakan yang terbaik dan semoga berbahagia hingga keakhir hayat.. sometimes bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain memang syok.. its okey.. orang tengah bahagia, biarlah.. 

Allah tu dah rancang everything.. cuma kita je yang tak tahu hikmah disebalik apa yang jadi..

Sumpah..rasa macam menyesal sangat sangat tapi aku tak boleh nak buat apa apa..nasi dah jadi bubur.. kalau masa nie boleh patah balik dan aku di beri pilihan, sumpah aku taknak benda nie jadi.. dan kalau aku tahu ending jadi macam nie, memang aku taknak..tapi tu semua kalau..
penyesalan tu memang aku akan rasa seumur hidup aku..

aku akan teruskan hidup macam biasa.. teruskan hidup macam sebelum sebelum nie..


*Sedang pujuk diri untuk memaafkan dia.. Semoga Allah beri aku kekuatan.. 




 Sila LIKE kalau suka..

13 August 2013

=Raya..Raya..Raya=

SELAMAT HARI RAYA uollsssss.... wahhhh..kemain bergaya memasingkan.. seperti yang reader aku tahu, raya aku tahun nie memang berbeza dari tahun sebelum nie sebab first day raya aku telah terbang ke Sarawak! Raya pertama sampai la raya ke empat aku dekat Sarawak.. hehe..
nak tengok gambar lagi boleh la follow aku dekat INSTAGRAM..
Raya keempat, malam baru aku sampai Semenanjung.. fuhhhh..taknak letih plak kan...esoknya, kena beraya dekat Perak plak.. nasib baik la jalan tak seberapa nak jammed..  the hold day drive tersangat la memenatkan..sampai rumah pun dah malam..
and hari nie, aku dah start kerja!!! masuk ofis tengok atas meja kerja berlambak lambak.. *nangis*.. mood cuti tu still berleluasa lagi dekat diri aku nie..malas betul nak pergi kerja...tapi nak taknak kena la jugak pergi kerja kan..dah tanggungjawab..now, dekat ofis dan aku rasa nak tidur..Zzzzz...




 Sila LIKE kalau suka..

06 August 2013

=Dugaan Ramadhan & Selamat Hari Raya=

Alhamdulillah...sedar tak sedar insyallah  lagi sehari je nak raya.. rasa macam sekejap je masa berlalu.. ramadhan kali nie aku rasa adalah ramadhan yang penuh dengan dugaan untuk aku.. dugaan yang aku tak pernah langsung terfikir dekat fikiran yang dugaan nie akan terjadi..sedih, kecewa tu semua dah sebati dalam hidup aku..dan tak sangka air mata akan jadi kawan baik aku balik..hahaha! 
Betul la orang cakap.. Allah menguji hambaNya mengikut batas kemampuan diri.. Allah takkan uji lebih dari kudrat masing-masing.. Insyallah, aku akan cuba untuk hadapi semua nie..

Tapi disebalik dugaan yang Tuhan beri pada aku, ada jugak terselit kemanisannya.. Syukur alhamdulillah.. Semoga aku tak alpa dengan apa yang Kau berikan pada aku..

Apa apa pun, aku nak wish Selamat Hari Raya pada semua umat islam dekat atas muka bumi nie.. Maaf zahir dan batin.. dari tangan ke hati.. 

Insyallah, first raya nanti aku akan fly ke Kuching, Sarawak..Hopefully, bila balik Semenanjung, semuanya akan kembali okey.. :)
Orang yang banyak bersabar akan banyak dapat ganjarannya..


Mohon jaga diri dihari raya nie..insyallah kalau umur panjang, kita jumpa lagi..

SELAMAT TINGGAL SEMENANJUNG..
HELLO SARAWAK!

*Cuti dah approve! Last day kerja..and esok cuti! mohon mood shopping sampai..hikhik..


 

 Sila LIKE kalau suka..

05 August 2013

="Antara kita bertiga siapa yang akan kahwin dulu?"=

Insyallah tahun nie BFF aku akan berkahwin bulan 10 nie and dapat tahu dekat Whatsapp group yang sorang dari BFF aku nak bertunang.. OMG!! Sumpah macam tak percaya.. aku tak tahu nak rasa apa..sedih ada gembira pun ada.. Sedih sebab dorang tak tunggu aku!!! hahaha! kalau tunggu aku memang dorang tak kawen la cerita dia kan.. hihi..

aku gembira sebab akhirnya dorang decide nak ke next step..aku tahu macam mana dorang kecewa bercinta masa zaman study.. Setiap kekecewaan tu pasti ada kebahagiaan.. sumpah aku orang yang paling bahagia bila tengok dorang bahagia plus dah ada orang sayang mereka.. so now, dorang sibuk nak buat preparation untuk majlis dorang nanti..tapi dorang tak pernah nak lupakan aku..still jugak mintak pendapat aku..okey ke tak, cantik ke tak, sesuai ke tak..hikhik.. *terharu*

aku ingat lagi masa zaman study dulu, kita bertiga mesti akan tanya "Antara kita bertiga siapa yang akan kahwin dulu?".. haha! now, dah terjawab la siapa kawen dulu..

Semoga Tuhan mempermudahkan majlis mereka..aminnnnn.. :)
*Please jangan tanya bila turn aku sebab boyfriend pun takde..acaner??

 

 Sila LIKE kalau suka..

02 August 2013

=Keadaan sekeliling=

Sekarang nie aku just nak bersikap jujur je..dah malas nak berpura pura untuk menjaga hati.. apa yang aku cakap, tu yang lahir dari hati aku.. Suka hatilah nak cakap aku macam macam pun.. mulut orang kita memang tak boleh nak tutup.. 
Sometimes, bila bercakap mengikut emosi, memang tak dapat apa pun..aku dah malas nak fikir masalah orang lain..aku yang takde kena mengena pun terlibat sama.. serious, kalau nie la yang aku dapat, lebih baik takpayah ada apa apa.. Malas nak gaduh sebab benda yang aku rasa takde point pun..

takpayah takut dengan bayang bayang sendiri.. what you give you get back.. Goes around comes around.. dalam dunia nie semua yang kita hadap dah tertulis..Siapa kita nak lawan takdir??




 Sila LIKE kalau suka..

01 August 2013

=Mood raya=

aaaaaaaa... lagi beberapa hari je nak raya tapi kenapa aku macam takde feel nak raya pun.. rasa macam hari hari biasa je.. mood raya tu mcm takde je.. 

Shopping??
Baju raya pun tak amek lagi.. Apatah lagi shopping raya.. Orang lain semua dok sibuk dah shopping raya tapi aku?? satu apa pun tak beli lagi..

Cuti raya??
Seriously, aku tak apply cuti lama pun.. Sehari sebelum raya pun aku kerja.. Raya ke enam tu aku dah start kerja..lagipun apply cuti lelama buat apa kan..bukan nak raya rumah mak mertua pun..ehhh.. hahaha!

Tang shopping tu maybe this week kot baru nak shopping..sengsorang pun sengsorang laa.. bak kata member aku "Sue tu forever alone..".. hahaha! siot jee..kisah plak.. hikhik..
mata sembab tu memang dah tak boleh nak sorok dah..
dah dah..sambung kerja..





 Sila LIKE kalau suka..