=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

26 November 2011

=19112011-20112011 (Part 1)=

19hb dan 20hb aku pergi holiday di Port Dickson bersama dengan ex school Esempi..wahh..excited okey..first time kot kiteorang pergi holiday beramai ramai even ada jugak yang tak follow tapi tetap best! pergi 3 buah kereta..

19112011
sampai sana terus check in dekat Ilham Resort..masing masing penat..so, its time to rest! wahhh..macam aku plak yang drive kan..ngee..then, lepas masing masing dah hilang penat, si jejaka jejaka terhangat dipasaran nie pun apa lagi pergi mandi dekat kolam..

motif gambar?? haha!
after that, dorang pergi mandi dekat pantai..
dan aku hanya memerhatikan dari jauh..malas nak mandi laut..
 lepas tu, kiteorang pergi Rumah Api..
 kami berempat sahaja yang pergi termasuk kameramen..
yang lain masih lagi mandi manda..
 aku suka gambar nie sebab background dia cantik sangat.. ;)
bajet nak tengok matahari terbenam..sekali yang adoooo..
mendung plak..

masa untuk bbq!!
malam tu ada buat bbq..
inilah jejaka jejaka yang bersusah payah masak ayam tu..
sempat jugak celebrate birthday mira..tengok tu..dah macam surprise birhday aku plak nak siap tutup mulut bagai..over tau kau nie sue..haha!
 sweet 21..happy birthday sayang.. ;)
sebelum tidur, harus lepak dulu! ;)


bersambung....


 
 Sila LIKE kalau suka..

25 November 2011

=Jumaat datang lagi!!=


Jumaat datang lagi!! yeayy! aku suka sangat bila tibanya hari jumaat..sebab dapat tengok lelaki pakai baju melayu..hikhik..gatai hang nohh..tapi serius memang aku suka tengok lelaki pakai baju melayu..nampak suci habis..

selalunya bila nak tengok lelaki pakai baju melayu mesti masa first hari raya dan hari jumaat..masa tu je la dapat tengok lelaki pakai baju melayu..kalau tak, memang harapan la nak tengok lelaki pakai baju melayu...


seperti lelaki ini...

ehem ehem..



*aku pasti lelaki pun suka tengok perempuan pakai baju kurung kan.. ;))




Sila LIKE kalau suka..

23 November 2011

=Wordless Wednesday..[15]..He don't need me anymore..=


be strong sue.. ;(



 Sila LIKE kalau suka..

22 November 2011

=Emas Milik MALAYSIA!=

malam tadi semua orang kot aku rasa dok mengadap televisyen untuk menyaksikan perlawanan FINAL bola sepak diantara MALAYSIA vs INDONESIA..bila dah tengok bola sepak semua akan nervous plus jantung berdebar..dah macam tengok cerita hantu plak kan..hahaha!

biasa la kata pun perempuan..first sekali mesti tengok pemain bola yang jambu jambu macam YONG tu..aww aww..okey..niat dah lain tu..haha! fokus pada bola semula..malam tadi aku rasa memang sengit kot perlawanan bola..aku yang tengok dekat rumah nie tak senang duduk apatah lagi pemain Malaysia kan..mau kecut semua..haha!

kredit untuk semua pemain Malaysia..

even ramai yang marah dengan FAKRI tapi kena ingatlah kalau takde dia yang gol kan masa separuh akhir hari tu, tak mungkin Malaysia dapat masuk FINAL..kan..walaupun cara dia bermain semalam macam hampeh..errr...



TAHNIAH UNTUK #HARIMAUMALAYA #HARIMAUMUDA #MALAYSIA kerana berjaya mengalahkan INDONESIA..EMAS MILIK MALAYSIA!! Aummmmmm! alhamdulillah..

 

 Sila LIKE kalau suka..

13 November 2011

=Dah tak cukup kain ke apa.. *gelenggelengkepala=


aku tergerak hati nak update entry nie lepas aku tengok seorang artis perempuan yang sangat seksi berpakaian..

siapa peminat Faizal Tahir mesti masih ingat dekat kepala otak tu pasal gambar diataskan??tak kisah peminat atau siapa siapa mesti ingat kisah yang Faizal Tahir kena gam sebab dia bukak baju..orang semua cakap "memang patut pun FT tu kena gam sebab bukak baju..lagi lagi ada kanak kanak yang tengok".. kalau nak diikutkan FT nie bukan dedah aurat pun..tapi kena gam jugak..

macam mana plak dengan artis perempuan dekat bawah nie?? 
fesyen ke??
ini bukan dedah aurat ke?? serupa takyah pakai baju..sebab dia cantik so semua dok pejam mata je kan..bezanya sebab dia tak bukak baju..
dah tak cukup kain ke apa.. *gelenggelengkepala
agak agak kena gam tak artis nie??


Sila LIKE kalau suka..

=Anugerah Industri Muzik 18=

yeayyy..dapat tengok Anugerah Industri Muzik secara live di Stadium Putra Bukit Jalil..!! 
aku takde la nak vogue sangat pergi tengok anugerah industri muzik tu kan..
inilah tiketnya..thanks to MeetUncleHussin sebab bagi tiket nie.. ;))

 inilah pentas AIM.. gah sangat okey..lighting dia memang best!
yang ini tempat duduk VVIP..sepatutnya aku yang duduk dekat tempat VVIP nie..\
bhahaha! *perasan
pengacara AIM Ac Mizal dan Zizan Razak..serius best giler okey..
masa commercial break, dihiburkan oleh Sobri (BP)..
korang nampak tak apa yang aku nampak?? 

overall memang best la tengok secara live..the best performance is Ezad Exist,Rahmat Mega, Elly AXL dan Zamani Slam..satu stadium menyanyi..best okey..

senarai pemenang :

PEMENANG KATEGORI ARTIS BARU TERBAIK – Najwa
PEMENANG KATEGORI LAGU POP TERBAIK – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
PEMENANG KATEGORI LAGU NASYID TERBAIK – Pedoman (Nora Feat V.O.U)
PEMENANG KATEGORI LAGU POP ETNIK TERBAIK – Joget Tak Senang Hati (Adibah Nor)
PEMENANG KATEGORI LAGU INGGERIS TERBAIK – Got To Go (Najwa)
PEMENANG KATEGORI PERSEMBAHAN VOKAL B’KUMPULAN TERBAIK – Beribu Sesalan (Ning Baizura,Jaclyn Victor,Shila Amzah)
PEMENANG KATEGORI LAGU ROCK TERBAIK – Pelita (A.P.I)
PEMENANG KATEGORI VIDEO MUZIK TERBAIK – Susun Silang Kata (Aizat)
PEMENANG KATEGORI LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA – Ku Menunggu (Rossa)
PEMENANG KATEGORI KHAS ARTIS MOBILE CELCOM TERBAIK – 6ixth Sense
PEMENANG KEMBARA – Yuna
ANUGERAH SRI WIRAMA – Beh Suat Pheng
PEMENANG PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI) – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
PEMENANG PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA) – Penakut (Yuna)
PEMENANG LAGU TERBAIK AIM 18 – Penakut (Yuna)
PEMENANG KATEGORI ALBUM TERBAIK AIM 18 – The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid (Sheila Majid)

*pulang dengan perasaan yang hampa sebab tak dapat jumpa FAIZAL TAHIR..kbai..

 

 Sila LIKE kalau suka..

11 November 2011

=111111.. sambungan=

siapa yang follow blog aku mesti tahu kan entry nie dari sambungan yang mana..
siapa siapa yang tak tahu, boleh la klik INI..

lepas tu, lepak JCO..actually,tak plan pun nak celebrate birthday Suezieyla sebab birthday dia 111111..tapi memandangkan dia takde di Kuala Lumpur pada birthday dia nanti,so kami pun celebrate la awal awal..
setelah puas aku dengan Fieza round dekat sunway pyramid tu, aku pun jumpa kedai nie dan beli kek diatas..ingatkan orang tu yang akan hias tapi kena hias sendiri..
 aku pun dengan sekreatif yang boleh berusaha la nak hias kek nie..dan hasilnya...

























































tadaaaaaa....
okey..kreatif kan?? sila jangan gelak..
birthday girl..
haha! thanks for this status..

ehem ehem..nak nyanyi nie...testing testing 1,2,3..

"Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Suezieyla,
Happy Birthday to you"

111111 cantik tarikh birthday kau nie..
May Allah bless you always..
jangan lupa diri..jangan lupa kawan kawan..
hope persahabatan kita nie kekal sampai akhir hayat..
sayang kau sangat sangat..



love,
SueMUNCET


 

 Sila LIKE kalau suka..

09 November 2011

=Wordless Wednesday..[14]..rant on lagu cinta..=



 
 Sila LIKE kalau suka..

08 November 2011

=Kelebihan Student Card=

siapa dekat sini yang study dekat kolej or poli or Universiti mesti ada student card kan..syoknya bila jadi student nie adalah....



  • siapa siapa yang suka pergi karaoke dekat redbox mesti tahu kan yang boleh guna student card.. dapat harga murah plak..boleh guna student card dari pukul 1pm-6pm..dalam RM10 ++.. tapi serius memang berbaloi..tapi weekdays sahaja..
  • kalau tengok wayang pun boleh dapat diskaun kan..tapi kalau hari rabu dah memang harga murah..so,takyah guna student card pun takpe..
  • main bowling pun dapat diskaun..baru baru nie aku main bowling dekat Sunway Pyramid guna student card tak sampai RM10 pun..jimat berbanding bila tak guna Student card..
tu je la kot perkara basic yang selalu kita buat bila hangout dengan member member kan..tapi lepas nie dah tak boleh nak guna student card sebab dah tak jadi student dah.. ;((




 Sila LIKE kalau suka..

03 November 2011

=After 3 month=

boleh tak nak senyum sampai ke telinga?? hikhik..happy sangat sebab dapat jumpa mereka selepas 3 bulan tak jumpa..yelaaa..dapat jumpa pun bila dah habis praktikal..lagi lagi si Suezieyla tu..praktikal tak nak jauh plak kan.. -__-
sampai je Sunway Pyramid terus pergi makan disebabkan masing masing dah kebuluran kecuali aku sebab aku dah makan dirumah..

lepas makan, haruslah cuci mata kan..window shopping sahaja okey walaupunnnnnnn...then,pergi main bowling..
 kami bertiga sahaja yang main bowling..memandangkan Suezieyla tak main bowling,so dia WAJIB jadi jurukamera kami.
 ini la Suezieyla..banyak gambar dekat kamera DSLR dia.. tapi nak tunggu dia upload memang lambat..!
ada berani?? cakap banyak tak guna der.. hahahaha! *gelak berlagak..
kami mintak tolong orang yang main bowling tu snap gambar kiteorang..sila tengok kedudukan ketinggian yang sangat teratur..bhahahah!

cadang nak tengok wayang tapi disebabkan takde cerita yang syok, kami pun pergi beli Ireland's Potato..
 betul betul berdekatan dengan wayang tu..
siapa siapa yang pernah makan benda alah nie mesti korang akan cakap sedap..kan kan..tak percaya, sila tanya aku sebab aku pernah makan..bhahaha!

bersambung...

*111111 nanti aku update sambungan dari entry ini..

 

 Sila LIKE kalau suka..