Ingat tak entry ni aku ada cerita yang tahun 2018 tahun yang paling menguji kekuatan mental dan fizikal aku? Ada ke yang tunggu aku punya post ni? Kalau takde pun kisah plak aku. Hahahah! Yang penting aku post. So get ready guysssss? Post ni sedikit panjang ye anak anak sekalian. Okay dah. Jom start.
2018, A sad year for me losing my mum in March 2018 and also losing certain people in my life. For certain people yang pergi dari hidup aku tu aku tak kisah pun sebab for me kalau dia betul ikhlas, dia akan stay. Lagi lagi mak aku baru meninggal masa tu. So aku malas nak story pasal tu.
2018, A sad year for me losing my mum in March 2018 and also losing certain people in my life. For certain people yang pergi dari hidup aku tu aku tak kisah pun sebab for me kalau dia betul ikhlas, dia akan stay. Lagi lagi mak aku baru meninggal masa tu. So aku malas nak story pasal tu.
Haishh. baru nak menaip pembukaan mata aku dah bertakung. Sejujurnya aku cakap tak pernah sedetik pun dalam hati aku yang aku akan hilang mak aku selepas operation. Sebab aku tahu mak aku kuat dan sentiasa positif. Memang sebelum mak aku buat operation, mak aku dah pesan macam macam tapi aku dgn akak akak aku buat tak tahu je sbb kiteorang tak pernah terfikir pun yang mak akan pergi selamanya. Lepas buat operation jantung, condition mak aku memang stabil. Everything okay. Jahitan pun okay. Lepas mak aku keluar ward, mak aku stay rumah akak aku. Seminggu lepas mak aku keluar ward, tiba la saat yang aku langsung tak boleh nak imagine. Aku still ingat kali terakhir aku call mak aku sebelum mak aku dimasukkan ke ward lagi. Lepas tu terus tak sedarkan diri. Terngiang lagi suara mak aku dalam phone masa last aku cakap dengan dia. Aku call mak aku hari Rabu then hari khamis mak aku tak sedarkan diri. Hari Jumaat mak aku pergi selamanya. Tapi aku bersyukur sebab dapat mandikan mak aku, dapat kapankan mak aku untuk kali terakhir. Masa tu muka mak aku tenang je macam tengah tidur. :')
"Maaf, kami dah cuba sedaya upaya kami. Makcik tak dapat diselamatkan."
Yes, ayat tu memang terngiang dekat kepala otak aku ni sampai aku rasa trauma nak pergi hospital, dengar bunyi mesin bagai tu. Setiap kali kalau aku lalu dekat PPUM tu setiap kali tu la aku rasa sebak nak mampos. Rasa macam nak pergi melawat mak aku. Hmmmm. Sampai 1 tahap tu aku rasa macam "Kalau mak tak buat operation tu mesti mak still ada sekarang ni". Sebulan jugak la aku tak jumpa sesiapa melainkan kawan kawan ofis aku (sebab kena pergi kerja).
Aku bukan tak redha tapi cuma aku rasa mak aku tak sedia lagi nak pergi. (aku yang tak ready nak hilang mak aku) Banyak benda yang plan nak buat bila mak aku dah sihat. Aku cuba untuk move on, cuba untuk terima hakikat yang mak aku dah takde tapi kau tahu tak susah. Lagi lagi bila rindu tu datang tiba tiba tapi kau tak boleh nak buat pape. Sakit wei. Sakit sangat sangat. Pastu kau pendam. Bilik aku tu la yang jadi saksi aku kadang kadang nangis berjam jam sebab rindu. Sampai sekarang aku rasa mak aku ada je dengan aku. Aku tak suka nak tunjuk sedih aku dekat orang tapi kadang kadang kau perlukan kata kata semangat dari kwn kwn kau, dari orang orang sekeliling kau.
Setiap kali aku teringat dekat mak aku, mesti aku rasa aku down giler. Sampai aku boleh nangis berjam jam. Aku kalau boleh nak avoid diri aku dari ingat dekat mak aku sebab aku akan rasa down sangat sangat. Aku kalau boleh memang nak avoid diri aku dari tengok cerita cerita yang melibatkan parents sbb aku akan teringat dekat arwah mak ayah aku, pastu mula la menangis. Senang sangat nak menangis. Orang tengok aku happy, pergi sana pergi sini tapi orang tak tahu apa yang aku rasa. Orang boleh cakap "Sue tu asyik berjalan je". Tapi pernah tak kau cuba ada dekat tempat aku? Pernah tak kau cuba tanya apa yang aku rasa? Yang kau nampak aku happy, pastu nak kecam tapi disebaliknya Tuhan je yang tahu.
Dulu aku hilang ayah aku (masa ni aku darjah 6), aku selalu rasa jeles tengok orang lain still ada ayah. And now, aku kena rasa perasaan yang sama bila aku hilang mak aku. Sampai sekarang aku cuba untuk membiasakan diri tanpa mak aku. Sakit sangat rasa kehilangan tu.
Mak aku ajar banyak benda dari kecik sampai besar. Berdikari tanpa mengharapkan orang lain. Kena usaha sendiri kalau nak apa apa. Tapi aku tak pernah tahu how to live my life without her. hmm.
"Bila kau dah pernah rasa sakitnya hilang parents, masalah lain yang datang tu macam picisan je bagi kau - Anoymous"
Suhaimi Bin Saleh
1958 - 2002
Zalila Binti Mohamed
1968 - 2018
Al- Fatihah
Suhaimi Bin Saleh
1958 - 2002
Zalila Binti Mohamed
1968 - 2018
Al- Fatihah
Sila LIKE kalau suka..
Al-Fatihah untuk mak dengan ayah suemuncet.
ReplyDeletesy mungkin x ade dkt tmpt awk tp awk bykkn doa utk parents awk. be strong.
ReplyDeletesedihnya baca post nie.. kalau i dkt tmpt u i pun x tahu i kuat ke x.. hmm..
ReplyDelete