=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

31 October 2012

=Cinta alam maya=

haha! korang percaya tak dengan cinta alam maya nie?? macam facebook, myspace, twitter, tagged, friendster, blog or apa apa la yang alam maya nie..serious aku percaya..sebab ada diantara kawan kawan aku yang dah bertunang,dah kahwin, nak bertunang dan nak kahwin, dorang kenal melalui alam maya nie laa..

macam member aku dia kenal melalui Yahoo Messenger(YM)..now, dorang dah kahwin dan ada anak seorang..bila aku tanya dekat dia, dia jadi malu plak..haha! mungkin buat dia teringat balik kot detik detik pengenalan dia dengan husband dia..tu yang malu malu tu..hihi..

member sekolah aku kenal dekat facebook..dah macam lagu Najwa Latif tu..sekarang dorang dah bertunang..insyallah akan melangsungkan perkahwinan tahun depan..

kawan aku yang sorang lagi tu pun kenal dekat facebook jugak..dorang kahwin pertengahan tahun hari tu..now, dia tengah mengandung..hihi..

yang member kolej aku plak dia kenal dekat Tagged..insyallah akhir bulan nie dorang akan bertunang..tengah sibuk buat persiapan lettew..
alaaa..semua tu dah jodohkan..dah tertulis..tapi tak semua cinta alam maya tu akan berhasil..just be careful..




 Sila LIKE kalau suka..

29 October 2012

=10 years..I miss Him=

28/10/2012 genap 10 tahun pemergian arwah abah aku yang tersangat la aku sayang..even dah 10 tahun beliau meninggalkan aku tapi rasa macam baru semalam je pemergian beliau..aku masih lagi cuba untuk membiasakan diri dengan ketiadaan beliau..

bila tiba hari raya, aku rasa dah tak semeriah bila abah aku dah takde..setiap tahun kot rasa macam tu..setiap kali mak aku bercerita pasal arwah abah aku, perasaan rindu semakin menjadi jadi..kadang kadang sampai buat aku menangis bila rindu dekat arwah abah aku..bila benda melibatkan arwah abah aku nie, memang serta merta aku akan menangis sebab terlalu rindukan beliau..

jujur aku cakap bila aku tengok kawan kawan aku dok sibuk bercerita pasal ayah masing masing, aku rasa macam terasa sangat sangat..dalam hati mesti akan cakap "beruntungnya dorang sebab masih ada ayah"..

apa yang aku mampu buat hanyalah berdoa dan semoga abah aku tergolong dikalangan orang orang yang beriman..

Amin..Al-Fatihah..


In Memory,
SUHAIMI BIN SALLEH
MARCH 1958-OKTOBER 2002



 Sila LIKE kalau suka..

26 October 2012

=AidilAdha=

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua Umat Islam..Mohon berhati hati dan jangan sampai terkorban dijalan raya..



 Sila LIKE kalau suka..

23 October 2012

=Dalam gambar lain..dekat luar lain=

Percaya tak kalau aku cakap aku dalam gambar nampak lain tapi bila jumpa dekat luar nampak lain?? percaya tak?????!! betul weyh..buat apa aku nak tipukan..itulah realitinya..Mohon percaya apa yang aku cakap nie..dalam gambar memang nampak cun melecun tapi hakikatnyaaaa....................... okey okey..taknak teruskan ayat..

so,janganlah mudah terpedaya dengan gambar gambar aku itu..huhu..

"Dalam gambar kau nie nampak lain tapi bila jumpa nampak lain plak..."

-______-
*kerut dahi*





Sila LIKE kalau suka..

19 October 2012

=Sehari sebelum konvo=

12/10/2012 Sehari before konvo berlangsungnya rehearsal..pergi seawal pagi kononnya taknak terlambat..tapi rupanya dekat giler kot dari Puchong nak ke PICC Putrajaya tu..sampai sana around 8am..nak kena ambil jubah pukul9.. -___-
nak dekat pukul9 macam tu baru la ramai orang..
kad apa kejadahnya tah nama dia..
untungnya pergi awal sebab takpayah nak beratur panjang panjangkan..kejap je dah dapat jubah dan cenderahati..
disebabkan perut dah agak berbunyi, memang tak tunggu lama la kan..terus pergi Puchong dan makan..dekat area PICC Putrajaya tu memang takde kedai makan langsung atau aku yang tak tahu?? -__-'
bila dah melantak, pergi PICC Putrajaya balik dan menunggu detik pukul 2.45pm untuk rehearsal..
 menunggu....
 menunggu lagi...
lagi lagi dan lagi..
okey..dah pukul 2.45pm..bukan rehearsal sangat pun..just dia cakap cakap apa tah dekat depan tu..then, dah boleh bersurai..alahaiii..

ohh..yaaa..sempat jumpa dengan Ziela dan Haiza..blogger dan juga group whatsapp dari Abang Ben Ashaari..first time jumpa nie..hikhik...
nie yang malas snap picture dengan orang orang kurus nie...mesti aku akan nampak gemok..kbai..haha!

nie yang KPTM bagi sebagai cenderahati..
 beg  tu aku suka..
dapat kerongsang KPTM dan Shawl KPTM..
kau ado?? =p




 Sila LIKE kalau suka..

17 October 2012

=Wordless Wednesday..[22]..Rosak=




 Sila LIKE kalau suka..

15 October 2012

=Officially Diploma Holder=

Yeayyy..Officially Diploma holder! Officially graduate form Kolej Poly-Tech MARA..hikhik..Alhamdulillah..
13 Oktober 2012 - 8.00 pagi

Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA ke-29
Setelah 3 Tahun berhempas pulas belajar dan akhirnya majlis konvokesyen berlangsung dengan gahnya..hikhik.. Alhamdulillah..bersyukur sangat sangat..walaupun banyak sangat kepahitan yang aku terpaksa lalui semasa zaman belajar dulu, aku pasti ada kemanisannya..dan inilah kemanisan yang aku dapat.. ;)

terima kasih pada kawan kawan yang wish dekat aku.. (dah macam wish birthday plak..haha!) dengan usaha sendiri  aku berjaya dapatkan diploma..tak lupa doa dari Keluarga, kawan kawan sekeliling, lecturer lecturer dan juga kerana Allah.. =')


Sila LIKE kalau suka..

11 October 2012

=Tersenyum sendiri=




 Sila LIKE kalau suka..

10 October 2012

=Selamat Pengantin Baru=

Tarikh : 7/10/2012
Lokasi : Taman Medan
Suemuncet, Lina, Hazimah, Ayu, Unn

Selamat Pengantin Baru buat kawan sekolah rendahku, Nurul Asmida..selepas beberapa tahun tak ketemu..rasanya after darjah 6 terus tak jumpakan..termasuk Lina sekali..dan bila berumur 22tahun baru dapat jumpa balik.. =)
kawan sekolah rendah yang hadir..

ehem! lepas nie giliran siapa plak yang kawen??



 Sila LIKE kalau suka..

09 October 2012

=Kisah silam??=

aku rasa semua orang ada kisah silam yang sukar untuk dilupakan atau mengambil masa untuk dilupakan ataupun masih berbekas dekat hati tu kan..cuma apa jenis kita silam tu je yang berbeza..sebagai contoh mungkin dulu dia penagih dadah, mungkin dulu dia pernah buat kesalahan sampai dia masuk penjara, mungkin dulu dia agak sosial, dan sebagainya..kenapa mesti kita nak mengungkit kisah kisah lepas?? past is past..kalau kita ungkit pun tak dapat apa..

Kisah silam selalu dikaitkan masa zaman remaja..yelaa..katapun zaman remaja kan..masa tu baru nak kenal dunia..nak buat sesuatu perkara pun tak fikir panjang..hanya fikirkan keseronokkan je dan langsung tak fikir kesan dimasa hadapan..bila usia macam aku nie dan difikirkan balik apa yang pernah dibuat masa zaman remaja dulu pasti akan rasa menyesal..pasti rasa macam bodoh giler bila teringat kisah silam tu..tapi tak boleh nak buat apa sebab benda dah jadikan..yang penting, ada usaha untuk berubah..yes! berubah untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama..
macam tu jugak la dengan cinta..bagi aku kalau betul kita sayangkan seseorang, mesti kita akan terima diri dia yang sekarang..dan takkan pernah mengungkit kisah silam dulu..kita tak boleh nak paksa orang untuk terima masa silam kita..kalau orang tu still tak boleh terima kisah silam kita, anggap je la yang dia bukan untuk kita..kecewa memang kecewa tapi sekurang kurangnya kita tak menipu..memang kejujuran tu kadangkala menyakitkan hati tapi sekurang kurangnya kita tahu kebenarannya..dengan kejujuran tu la boleh melembutkan hati seseorang..jangan sampai dah bercinta bertahun tahun baru nak berterus terang..tak ke rasa macam ditipu hidup hidup??

Sila LIKE kalau suka..

07 October 2012

=Anugerah Blokbuster 2012=

Before aku nak bercerita pasal Anugerah Blokbuster nie, petang tu cousin aku telah buat birthday party anak dia dekat KFC, Subang Parade..around pukul 4 macam tu, bergerak kesana..
Happy Birthday Emeer Asyaraf!
nak jugak snap picture dengan Encik Chicky nie..tapi beliau macam malu malu plak..hikhik..


okey..now boleh bercerita pasal Anugerah Blokbuster..Malam tadi telah berlangsungnya Anugerah Blokbuster yang telah diadakan dia Stadium Melawati Shah Alam..rata rata aku tersangat la berpuas hati dengan keputusan semua kategori yang ada..
okey...mari bergerak ke Stadium Melawati Shah Alam!!
 dua tiket dari Boboi Maharaja Lawak.terima kasih!
 nie masa rakaman red karpet..aku tengok dari jauh je..
semua orang dok berkerumun dekat situ sebab Aaron Aziz baru sampai..kemain ramai fans Aaron Aziz masa tu..
ohh yaa..bila aku nampak je Randy nie terus aku pergi dekat situ dan snap gambar beliau..okey..Randy nie sangat hensem okey..plus kurus woiii...
Lepas tu, terus masuk stadium dan menantikan Anugerah nie bermula..
gambar?? aku tak snap sebab bengang line Maxis dalam stadium nie macam apa je.. *ehh..takde kena mengena..haha!

bagi aku keseluruhan Anugerah Blokbuster nie takde la terbaik sangat..mungkin sebab persembahan yang tak seberapa nak gempak kot..tapi sound system dia memang terbaik..

keputusan penuh untuk Anugerah Blockbuster :
Anugerah Filem Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Tuan Direktor – Syamsul Yusof (KL Gangster)
Anugerah Direktor Baru Terhebat – M. Suurya ( Sumpahan Puaka)
Anugerah Filem Aksi Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Filem Kelakar – Hantu Bonceng (Ahmad Idham)
Anugerah Filem Takut Terhebat – Khurafat (Syamsul Yusof)
Anugerah Drama Muzikal Terhebat – Nur Kasih The Movie! (Khabir Bhatia)
Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsuddin (Bini-Biniku Gangster)
Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (Hantu Bonceng)
Anugerah Watak Penyangak Terhebat – Fikir Bakar (Klip 3GP)
Anugerah Lagu Filem Terhebat – Ombak Rindu
Anugerah Hero Baru Terhebat – Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat – Tasha Shila (Ratu The Movie)

Tahniah pada semua pemenang! 



Sila LIKE kalau suka..