=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

20 December 2010

=Kata pun kawan..biasa la tu kalau gaduh gaduh=

see my caption right?? okey..aku nak story pasal KAWAN..
walaupun kita ramai kawan tapi tak semua kawan kawan yang ramai tu akan faham dengan perangai kita..dalam ramai ramai tu maybe 2,3 orang je yang akan faham dan boleh terima perangai kita yang tak seberapa nak baik neyh..haha!
macam tu jugak la dengan aku..walaupun aku ada ramai kawan tapi tak semua kawan kawan aku dapat terima perangai aku..
kadang kadang tu salah faham mesti ada dalam satu persahabatan..
sama ada kita pandai nak handle ataupun tak..dah duduk satu rumah pun belum tentu dapat terima perangai kawan tu..biasa la tu ada yang tak puas hati bagai..perangai manusia lain lain kan..tapi bagi aku dalam persahabatan tu mesti kena jujur lah..kalau ada rasa tak puas hati cakap dengan empunya diri..belajar la untuk berterus terang..
plus jangan berdendam ataupun jangan simpan dalam hati..dah lepas tu lepas la kan..
satu lagi jangan la dengar cerita dari mulut mulut longkang yang suka menyampai plus suka merosakkan persahabatan orang lain..kadang kadang aku sendiri tak faham kenapa orang suka sangat dengar cerita dari mulut orang lain dan bukannya dari mulut orang tu sendiri..tapi kalau kita betul betul yakin plus kenal perangai kawan tu macam mana,mesti kita tahu mana satu betul and mana satu salah..ada jugak kawan yang depan kita pijak semut pun tak mati..depan kita bukan main baik lagi..belakang kita macam macam dia dok kutuk..kena pilih kawan yang betul betul kawan sebab kawan neyh yang suka mempengaruhi kita..lagi lagi kalau kita neyh senang terpengaruh..

bagi aku,aku sayang semua member member aku walaupun :

-kadang kadang pendapat tu tak sama..
-kadang kadang terasa dengan perangai masing masing..
-kadang kadang gaduh benda benda kecik..
-kadang kadang suka cakap lepas..
-kadang kadang suka ikut kepala sendiri..
-kadang kadang tak fikir perasaan orang lain..

biasa laa.katapun kawan kan..gaduh gaduh tu perkara biasa.. ;))

13 December 2010

=Saya suke semua ini=

before this aku ada update pasal chocolate kan..tue siapa siapa yang baca blog aku mesti tahu..*ada ke yang baca blog aku?? tetttt~~ klik link INI.. and this also my favorite ... ;))

saya suka Akim!! hikhik..eh eh..
ais krim cornetto Royale Chocoluv tue pun aku suka jugak!

mak aiii...terliur tengok kek neyh..chocolate banana dari secret recipe..
perghhh..terbaik lah..besday aku tahun depan(5 januari 2011) aku nak kek neyh..
taw taw..hahaha!
*tah siapa nak bagi tah..huhu..

wahhh..i love teh ais..hikhik..tak tahu la kenapa aku suka sangat sangat dengan teh ais neyh..kalau pergi makan WAJIB order teh ais okey..

meatball...aku selalu dengar orang dok cakap meatball kat ikea neyh sedap sangat sangat..teringat nak makan...hmm...bila la nak dapat makan neyh...

i love cupcake!!! tapi aku tak tahu kat sini mana cupcake yang sedap..
tapikan kalau nak cupcake yang sedap baik buat sendiri..
okey..reti plak aku kan..lalala~~

and this..kalau gi Pavillion haruslah beli jco kan..sedap plak..
nyum nyum..

11 December 2010

=Jangan nak rindu rindu okey..*ayat nak poyo je kan..=

agak agak ada orang nak kaki aku tak dengan caption aku tue?? hahaha!
okey fine! takde orang nak rindu kannnnnnnnn..

kan best kalau otak kita boleh delete mana yang tak penting dan save mana yang penting..aman dunia..neyh tak,semua benda kena fikir..
benda yang tak sepatutnya fikir pun kena fikir..haishhh...
serabut laaaa!!

okey...facebook,blog,saya akan tinggalkan awak untuk beberapa hari..untuk tenangkan diri..takmo rindu rindu okey.. ;)

09 December 2010

=Ohh Chocolate=

chocolate make me perfect!!



sila bagi saya satu..ngeee..

*macam mana nak kurus..haishhhh....ngeee...

08 December 2010

=25 about me?? Jom terjah kalau nak tahu..=


once you have tagged,
you are supposed to write a note with 25 random,things,facs or goal about you.
at the end choose 25 people to be tagged.
you have to tagged the person who tagged you.
if i tag u.
it because i want to know more about you (:


haa..amek kau..sekali dia mintak 25..caitt...memang sikit la kan...
neyh kerja nard la neyh..dia tagged kat aku..btw,tengs babe! 
okey okey..jom kita terjah..ngeee...

1. firstly, aku hanya seorang perempuan yang biasa biasa sahaja..

2. tarikh lahir aku 5 JANUARI 1990..lagi beberapa hari je neyh besday aku...so,tak reti reti nak bagi aku hadiah?? hahaha!

3. aku ada 4 orang adik beradik..3 orang kakak..aku bongsu plus TAK MANJA okey..
aku takde abg..so,nak jadi abg aku tak?? haha!

4. seorang perempuan yang tak secantik LISA SURIHANI tapi tetap bersyukur dengan kurniaan Tuhan.. ;)

5. seorang student yang tak pernah pegang title DEKAN..haha!!

6. aku jenis yang susah nak melekat kat rumah..tapi kalau dah duduk rumah,malas plak nak keluar..

7. aku susah sangat sangat nak jatuh cinta..bila dah jatuh cinta,memang aku setia..ehem ehem..untung kan?? haha!

8. dulu aku memang seorang yang panas baran plus suka sound orang sesuka hati..but bila aku kenal ngn someone neyh perangai tue secara auto (no manual..hehe) terus berubah..waaahhh...

9. aku jenis straight to the point..aku akan cakap je apa yang aku tak suka..nak terasa tue masalah kau! kejam kan?? hahah!

10. now,dah umor 20tahun,aku masih lagi tiada lesen memandu..perghhh..sadis kan??

11. aku SUSAH NAK MAAFKAN orang..

12. paling paling tak suka menunggu..memang boleh buat mood aku hilang..

13. aku kalau dah sayang orang,memang aku akan sayang sangat sangat tapi KALAU AKU DAH BENCI,AKU BENCI SAMPAI BILA BILA...

14. bagi aku siapa siapa yang puji puji aku tue just nak jaga hati aku je..kan kan..baik mengaku! ngeee...

15. aku mempunyai satu lesung pipit belah kiri..tapi kecik je..

16. aku seorang yang rabun...sangat tak suka pakai spek..haha! and aku seorang yang kidal.. ;)

17. ramai yang tanya aku kenapa aku guna name MUNCET..jeng jeng jeng..jawapannya?? biarlah rahsia..haha!

18. sangat meminati FAIZAL TAHIR and SHAHEIZY SAM..

19. mudah menangis..tue la masalah aku..kena marah pun menangis..cmne tue??

20. aku bukan jenis yang hipokrit..expecially,dari segi perangai..walaupun aku first time jumpa orang tue,aku akan tunjuk perangai sebenar..tak main la cover cover neyh..

21. i love my girlfriends..and my family..and my future husband..errr?? haha!

22. sedang berusaha untuk kuruskan badan...hahaa!

23. sangat suka berkaraoke..dan sangat sukakan teh ais..

24. sangat geli dengan lipas..eeuuuwww...

25. the best part is aku masih SINGLE..nak borang?? pergi mintak kat PA aku..haha!

okey..done!

aku nak tagged: