=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

08 May 2011

=Terpaksa tinggalkan sementara waktu=


minggu final exam..terpaksa tinggalkan blog sementara waktu..
wish me luck!

P/S : habis final exam 21hb..tu bermakna CONTEST akan ditutup bila habisnya final exam.. ;))

love,


 Sila LIKE kalau suka..

07 May 2011

=Bila perempuan hancurkan kebahagiaan kaum sejenis dan lelaki yang seronok tengok perempuan kecewa=

amboi..bestnya kau hancurkan kebahagiaan orang kan wahai perempuan..dan kau lelaki, seronok tengok perempuan kecewa??

first untuk perempuan yang suka merosakkan kebahagiaan kaum sejenis kau..

  • kau muda lagi..beza umur kau dengan aku dua tahun je..kau pernah berkahwin dan pernah ditinggalkan oleh seorang lelaki kan?? kalau kau nak balas dendam dekat kaum sejenis kau,jangan pilih kawan aku okey! kau jangan ingat kau cukup bangga dengan apa yang kau dah buat..walaupun bukan aku yang kena tapi orang yang kau dok rosakkan kebahagiaan tu adalah kawan aku..tolong la ada perasaan malu sikit weyh jadi perempuan..kau perempuan kan?? tu pun kalau kau rasa kau perempuan la kan..kau mesti faham apa yang kawan aku rasa..aku tak faham la perempuan macam kau nie..haishhh..kawan aku dah okey tapi kau macam nak keruhkan lagi keadaan yang dah sememangnya kau keruhkan tu dengan ayat ayat yang macam kau nie tak berpelajaran..
untuk lelaki yang dok bagi janji manis dekat kawan aku..
  • amboi..seronok kau kan bila dapat kecewakan kawan aku disaat final exam lagi beberapa hari nie..kau umur dah tua okey..tapi fikiran kau cukup tak sama dengan usia kau..nak kata belajar setakat SPM,aku rasa kau belajar sampai DEGREE..tak faham apa yang kau dok fikirkan..masa kau nak dulu,bukan main lagi kau kan..bila dapat couple,janji macam macam..disaat kau dengan dia ada krisis pun kau still berjanji..setakat kau couple dengan perempuan tu untuk kepentingan kau baik takpayah kot..kesian la dengan kau..macam takde berpendirian..kau nak perempuan yang baik tapi pergi cermin diri kau tu dulu..owh..lagi satu..kau tu nak jadi ketua keluarga..nak jadi pemimpin..kalau perangai kau macam nie,kau fikir la sendiri..
mood : cuba kawal emosi dengan perangai lelaki macam nie..kalau rasa entry aku annoying,sila jangan baca..

love,

 


 Sila LIKE kalau suka..

06 May 2011

=BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011=



abang ben buat gegar blog May 2011..
klik INI untuk terjah entry abang ben..



love,
 


 Sila LIKE kalau suka..

05 May 2011

=Mulut orang memang tak boleh nak tutup=

Final Exam semakin hampir.. lagi 5 hari je nak final exam..OMG! memang cuak tahap babun la kan..lagi lagi sem akhir..so,aku kena buat betul betul..dalam bulan nie jugak la kena betul kan rumah sewa nie..mak aiii..banyak kot keluarkan duit..tapi takpe la..dah kami yang duduk rumah nie,dah kami yang dok rosakkan peralatan kat rumah nie..so,kenalah jadi SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB kan..malas la cerita pasal rumah..

aku nak cakap pasal mulut orang..bila aku keluar rumah dengan memakai tudung ramai dikalangan member member aku yang terkejut..actually,aku adalah jugak sedikit segan..tapi ada aku kisah?? tapi ada jugak yang support aku..yang bagi kata kata semangat..yang buat aku tersenyum dengan kata kata dari orang orang dikeliling aku...

hmm..aku berubah dengan memakai tudung pun ada jugak orang yang tak puas hati..ada jugak orang yang dok mengata aku..tak paham la aku dengan mulut orang..ada jugak yang memerli aku KONONnya aku pakai tudung sebab nak nampak baik..tapi disebaliknya bukan baik sangat..hello!! siapa kau nak menilai aku?? ada jugak yang cakap kalau dah pakai tudung tu kelakuan kena jaga..cara berpakaian kena jaga..okey.. aku terima tu..

inilah diri aku..

bila aku berubah jadi baik orang dok mengata..bila aku jadi jahat lagi la orang dok mengata..kadang kadang mulut orang memang susah sangat nak tutup kan?? serious aku sedih kot bila orang cakap aku macam macam disebabkan aku dah bertudung..takpe..aku terima..setiap orang buat kesilapan sama ada kita sedar tak sedar je kesilapan tu..dan setiap orang layak untuk berubah..

pada KAWAN KAWAN especially kawan kawan SERUMAH yang always support dan terima perubahan aku,terima kasih banyak banyak..aku hargai sangat sangat..dan tak lupa pada FAMILY tersayang..


love,
 

 Sila LIKE kalau suka..

02 May 2011

=Makan untuk SIHAT!=

semalam pergi makan..hari nie pergi makan..adoi..habis diet i..haha! tadi pergi ikea sebab nak makan meetball..adoi..taknak ramai plak orang kan..tu yang malas nak pergi tu..ecehhh...kalau taknak ramai orang pergi buat meetball tu sendiri..lalala~~

semua sedap!! 

lepas dah puas melantak,masa untuk membakar kalori yang ada..haha! jalan jalan la dekat dalam ikea tu..

 "ehh..murah la harga dia.." kata dalam hati..

 saya memang SUKA SANGAT membaca dalam ikea nie..haha! okey..tipu je..tah buku apa tah..
 OMG! aku dah sememangnya kurus atau gambar nie sengaja nak mainkan perasaan aku KONONnya aku dah kurus.. -___-
 okey..saya la CHEF TWO..lalala~
 model..KONONnyaaaa!
berangan nak bilik tidur sebegini..

lepas dah puas berjalan,masa untuk makan TUTTI FRUTTI!! nyum nyum..first time rasa..okey..tahu la macam dah ketinggalan sangat kan.. 
-___-

 sedap doe..aku amek chocolate dengan strawberry banana..
haishhhh...rasa macam nak lagi...
air mineral tu penting..

okey! done!


love,



 Sila LIKE kalau suka..