=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

11 September 2011

=CURANG..wake up..!!=

sebut pasal curang agak agak siapa yang suka?? mesti ramai yang tak suka kan..mesti semua tak suka bila pasangan kita curangkan..lagi lagi kalau dengar dari mulut orang lain..perghhhh..memang sakit hati la kan..tapi bagi aku lagi sakit hati kalau kita nampak sendiri yang pasangan kita tu curang...siap bermesra mesra dengan orang lain..

siapa siapa yang pernah dicurangi tu harapkan bersabar dan chill.. kalau kita meraung raung pun belum tentu dia berubah..jangan kita rasa macam thats the end of the world..rasanya kalau kita taip pasal kenapa kita dipertemukan dengan orang yang salah dekat google tu,mesti banyak entry kan..dan mesti korang pun ada yang dah baca.. 
love is a games in which one always cheats.. 

And a BIG NO if they want to comeback to u because once cheating always cheating...



 

 Sila LIKE kalau suka..

08 September 2011

=Tempat rasmi + cerita ngeri=

yeah! putrajaya again..hahahaha! tu je la tempat kau kan sue..huhu..selasa lepas pergi alamanda putrajaya..pergi sana pun sebab jalan tak sesak..takde la buang masa sangat dekat atas jalan kalau sesak sesak nie..

memandangkan kami pergi pun dah malam, so,makan simple simple je okey..
nasi tu NAD punya sebab dia agak kebuluran ketika ini..bhahaha!
aku pergi dengan mereka mereka nie.. ;))
 1
 2
 3
masing masing nak jugak bergambar dengan makanan kan..
owh..gambar empunya blog haruslah lebih sikit..
ehh..kenapa aku nampak pendek nie??
-___-
dalam wayang pun sempat jugak snap..iklan banyak sangat..

mula mula nak tengok cerita Hantu Bonceng..sekali fullhouse okey..
kalau ada pun seat depan..memang taknak la..

so,aku tengok la cerita Final Destination 5..
okey..pada siapa siapa yang suka tengok cerita ngeri nie memang sesuai sangat la dengan cerita nie okey..aku tak pernah pun layan cerita Final Destination nie tapi tah macam mana boleh plak nak tengok yang Final Destination 5 nie..bak kata member aku..

MEMBER AKU : weyh sue..kenapa tutup mata..buat rugi je kau bayar RM11 tapi tak tengok..

AKU : -____-

memang rasa rugi sebab aku tak tengok sangat cerita nie..banyak aku tutup mata..ngeri dia melampau sangat kot..haishhh..tapi cerita dia memang tak bosan la kan..tapi lepas nie kalau ada final destination 6,7,8,9 memang tak la aku nak tengok..




Sila LIKE kalau suka..

07 September 2011

=Wordless Wednesday..[10] ..Saya nak ini tapi tak mampu nak beli..=




 Sila LIKE kalau suka..

05 September 2011

=Jom berehat sebentar bersama Kit Kat=

Assalammualaikum semua..

hye guys..entry nie actually aku malas nak menaip..just untuk menghilangkan tension setelah penat bekerja..haha..selamat menghilangkan tension.. ;))









 Sila LIKE kalau suka..

03 September 2011

=boyfriend dia boyfriend aku juga! so?? =

Assalammuaikum semua..

haaa..korang ada tak kawan yang suka kacau atau rampas kebahagiaan orang lain?? mesti ada kan?? tipu la kalau cakap tak ada..aku?? tahh..ada kot..bahahaha..

lagi lagi kalau BFF korang yang macam tu..mesti korang rasa serba salahkan..nak tegur fikir member baik nie..tak tegur kang kita yang sakit hati tengok cara dia sedangkan kita memang tak suka orang yang merosakkan hubungan orang lain nie..

actually, aku tak suka sebenarnya orang yang suka merosakkan hubungan orang lain nie..melainkan kalau dia tak tahu yang lelaki/perempuan tu dah ada girlfriend/boyfriend..mungkin boleh dimaafkan kalau dia dah tahu then, dia tak terus berhubung dengan orang tu lagi..tapi kan kalau dah tahu and still nak jugak dekat orang tu macam mana eyh?? *berfikir sejenak..

nie untuk yang belum tahu lelaki/perempuan tu dah ada girlfriend/boyfriend..

okey..mungkin salah kau jugak la sebab tak selidik sepenuhnya..nie bila lelaki/perempuan ayat manis sikit je kau dah cair..terus je terima tanpa selidik dulu status dia sama ada single or taken..tapi ada jugak yang mudah sangat jatuh cinta..lelaki/perempuan tu buat baik sikit dengan kau je, kau pun cair.. eeuuww..tolong laaa jangan mudah sangat jatuh cinta..dia topup kan kau je, dia hantar amek kau je, kau dah cair..dah boleh terima dia sebagai girlfriend/boyfriend..lepas tu,bila kau dah tahu dia ada girlfriend/boyfriend, kau pun still nak teruskan hubungan tu..memang kau nie muka tak tahu malu la kan..

nie untuk yang dah tahu lelaki/perempuan tu dah ada girlfriend/boyfriend..

haaaa...kau dah tahu lelaki/perempuan tu dah ada girlfriend/boyfriend, tapi kau still nak jugak..haishhh..pelik weyh aku dengan orang macam nie..macam tak tahu malu pun ada amek orang punya..dah takde orang lain yang single ke kat dalam dunia nie sampaikan orang lain punya pun kau nak?? lepas tu, buat muka tak bersalah..boleh lagi keluar dengan girlfriend/boyfriend orang..kalau aku la dah tahu dia ada girlfriend, memang tak la aku nak keluar dengan boyfriend orang..alasan yang tak boleh terima sebab dah terlanjur sayang..laaa..terang terang kau masa kawan dengan dia kau sendiri tahu dia dah ada girlfriend/boyfriend..lepas tu,kau nak bagi alasan macam tu..haishhh..orang macam ni tak mustahil girlfriend/boyfriend member sendiri pun dia boleh kebas..tak mustahil jugak laki/bini orang pun kau nak.. -___-

kesimpulannya, elakkan la ada kawan yang macam nie..kang tak pasal pasal boyfriend i pun dia kebas..bhahahaha..ehh kau sue..dah ada boyfriend ke?? ngeee...
SINGLE sudah..

 

 Sila LIKE kalau suka..