=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

14 December 2012

=I'm S=



susahkan kalau dalam hidup nie kena buat pilihan..lagi lagi berkaitan dengan hati..kenapa ye kena buat pilihan?? tak boleh ke kalau takpayah buat pilihan?? seriously,aku happy dengan hidup aku sekarang nie..dengan adanya orang yang always take care pasal aku..dengan adanya member member KPTM..dengan adanya member member SKSW..dengan adanya member member PUCHONG..dengan adanya FAMILY...dengan adanya orang orang disekeliling aku..aku happy dengan mereka mereka semua..ramai yang tanya aku, taknak ada boyfriend ke..?? aku bukan taknak ada boyfriend tapi perasaan takut still ada..takut nak sayang orang..takut nak cinta orang..takut kecewa lagi..aku bukan nak setakat bercinta, lepas tu putus..lepas tu, nak kena mulakan step first balik..aku nakkan satu hubungan yang serious dan bukan main main..lagipun aku masih muda kot..baru 17tahun..hahahahha!  *okey..tipu je*
baru 22tahun..OhMy! 22tahun?? dah boleh kawen kan?? =p



 Sila LIKE kalau suka..

11 December 2012

=Tahniah!=

sedar tak sedar dah masuk bulan 12..boleh dikira lagi beberapa hari je nak masuk tahun 2013..wahhhh..kejapnya rasa..dah lagi beberapa hari jugak la umur aku akan meningkat...takpe..ada apa dengan angka..hahaha!

ohh yaa..rasanya tak terlambat untuk aku ucapkan tahniah pada kawan SERUMAH, Fieza Ismail yang selamat menjadi tunangan kepada Sharadan..ecehh..sharadan tau...haha! lepas nie kalau keluar, kau dah tak boleh nak nakal nakal dah ye..ngee...
cincin tunang dan merisik
aku plak yang teruja bila dorang nie dah bertunang..hihi..nampak tak aku over?? haha!

sorang kawan SERUMAH dah bertunang..lepas nie turn siapa plak ye..ehem!





 Sila LIKE kalau suka..

28 November 2012

=Wordless Wednesday..[23]..Perbezaan=





 Sila LIKE kalau suka..

26 November 2012

=Tiada topik=

Now jam menunjukkan pukul 3.35 pm dan aku masih lagi sempat untuk update blog..yelaa..kerja dekat office nie memang takde dan aku keseorangan memandangkan semua staff keluar dan bos plak tak masuk hari nie..giler tak bosan sorang sorang dekat office nie..nasib baik la boleh online..kalau tak, mahu aku balik sekarang..haha!
disebabkan kebosanan aku apa lagi melantak la kan..boleh la sementara nak tunggu pukul6..
hari nie saya kelihatan biru..aww aww.. 
*motif nak ada aww aww?? -__-'*
copy gambar entry yang lepas..

actually, aku just nak cakap yang aku rindu Langkawi..kbai..




 Sila LIKE kalau suka..

21 November 2012

=Anugerah Industri Muzik 19=

Hari sabtu yang lepas aku pergi Anugerah Industri Muzik nie..aku sampai sana pukul 6.15pm macam tu..call Abang Budiey..dia tengah on the way..then, bila Abang Budiey sampai, haruslah aku yang tegur dia kan..

Aku : Abang Budiey kan??
Abang Budiey : Ha'ah..
Aku : Nak ambil tiket AIM..
Abang Budiey : Nama?? Bagi nama Twitter okey..
Aku : SueMuncet..
Abang Budiey : Aik..tak muncet pun.. *senyum*
Aku : *tersipu sipu malu*

inilah tiketnya..
dapat seat betul betul depan pentas nie..memang syok laaa...

actually, ada lagi gambar dekat dalam kamera tapi tak dapat nak transfer dekat laptop sebab laptop aku masih lagi sakit..sedih je! gambar dekat atas guna kamera handphone aku..nie pun aku update dekat office je..

senarai pemenang :

Artis Baru Terbaik: Mojo (Andai Kau Bercinta Lagi)
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki): Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita): Jaclyn Victor (Counting Days)
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu: Forteen (Seperti Dulu)
Kulit Album Terbaik: Mizz Nina/ Even Odds Sdn Bhd (Take Over)
Rakaman Album Terbaik: Nora/Rahman Ayob (Hikmah)
Video Muzik Terbaik: Yuna/Quek Shio Chuan (Sparkle)
Lagu Nasyid Terbaik: Doa (Nora)
Lagu Pop Etnik Terbaik: Kuasa Cinta (Noraniza Idris)
Lagu Rock Terbaik: Idola (Azlan & The Typewriter)
Lagu Pop TerbaikPatah Seribu (Shila Amzah)
Lagu Hip Hop Terbaik: Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique/ Malique/ Tripdizs)
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: Counting Days (Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito/ Lin Li Zhen)
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara: Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu: Counting Days (Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito)
Album Terbaik: SalamMusik (Salam – Salam Musik)
Anugerah Kembara: Mizz Nina
Anugerah Sri Wirama: Alleycats
Anugerah Lagu Terbaik: Patah Seribu (Shila Amzah)





 Sila LIKE kalau suka..