=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

14 May 2013

=Review : BB Doll Cream by Mollys Beauty=

Aku nak buat review pasal BB Doll Cream by Mollys Beauty.. Member aku yang memperkenalkan BB Cream nie pada aku..Aku bukanlah jenis yang suka sangat pakai foundation nie..sebab bila pakai je muka mesti berminyak.. tapi bila aku pakai BB Cream nie, seriously aku memang suka giler giler giler dengan BB Cream nie..kenapa aku cakap aku suka?? sebab :

Muka tak berminyak!!

jujur, kulit muka aku nie memang tahap minyak yang kalau dikumpulkan boleh goreng telur sebiji..serious! kadang kadang dalam air-corn pun kulit boleh berminyak..tak ke pelik..tapi bila aku pakai je BB Cream nie, kulit tak berminyak..tu yang buat aku suka giler dengan BB Cream nie..bila pakai BB Cream nie, orang takkan perasan yang muka nie pakai foundation..
BB Cream nie dia ada satu colour je dan sesuai untuk semua jenis kulit! bila apply dekat kulit, dia akan ikut tona kulit korang..so, tak payah risau if kulit korang putih ke, kuning langsat ke, hitam manis ke, hitam tak berapa nak manis ke, memang sesuai..

Benefit lain :
 Tidak berminyak. 
Hilangkan minyak, jerawat,parut,jeragat. 
Tampil cantik hanya dengan 1 minit. 
Anti rekahan. 
Tidak perlu pakai bedak. 
Menutup pori-pori terbuka.
 Wajah nampak natural tanpa makeup yg tebal. 
Sesuai utk kegunaan harian dan makeup pengantin. 
Menjadikan kulit halus, licin dan gebu. 
Tahan sehingga 12 jam

cara pakai, korang just guna jari runcing korang tu..sapu dekat muka..dahi, pipi, hidung,dagu..then, korang sapu bagi rata..tapi nak guna span pun boleh..korang just basahkan span tu..ikut mana mana yang korang suka..macam aku, aku guna jari je..hihi..after tu, kalau nak pakai compact powder pun boleh..nak pakai BB Cream nie je pun boleh..that's why aku cakap BB Cream nie best!
 aku pakai hp bb je..bukan andoid yang ada software edit gambar tu..pic dekat atas nie no edit..
just hanya guna BB CREAM and Eye Liner..
bezanya?? aku berjaya menutup mata pandaku! yeayyyy!

so far, sepanjang beberapa hari aku pakai nie, memang aku suka..tapi BB Cream nie takde tetiba kau pakai muka putih macam Adira tu..dia akan nampak more natural gitu..

tapi yang tak bestnya, BB Cream nie memang cepat je nak sold out..sangat sangat limited..sebelum sold out, baik korang order cepat cepat..mesti tak menyesal..if korang nak beli BB Cream yang super duper best nie, korang boleh pm/inbox Cik Myza nie..klik INI..

HARGA : RM50 SM/ RM55 SS
TAK TERMASUK POSTAGE YE WAHAI ADIK ADIK AND KAKAK KAKAK..








Sila LIKE kalau suka..

07 May 2013

=Menjalankan tanggungjawab=

Seperti yang semua tahu, hari ahad lepas berlangsungnya hari PRU13..memandangkan aku dah cukup umur haruslah aku pun mengundi kan..pertama kali weyh mengundi bagi bebudak yang lahir pada tahun 1990.. excited! heeee...

aku mengundi dekat Sunway..sebab guna alamat Sunway..

aku mengundi dalam tengah hari macam tu..check nama and terus je mengundi..tak ramai orang..
baguslah..takyah aku nak beratur panjang panjang kan..
yeay! saya dah memangkah! :)




Sila LIKE kalau suka..

02 May 2013

=Aku pun nak buat Gwiyomi=

Sekarang nie memang semua orang dok nak buat video Gwiyomi tu kan...kemainnn..haha! paling aku suka Gwiyomi dari Nora Danish..taknak comel plak dia buat video macam tu kan..



memandangkan fenomena gwiyomi nie, aku pun menggedik nak jugak buat video gwiyomi nie..haruslah taknak kalah kan..hikhik..















































































cak! memang tak la aku nak buat video gwiyomi nie..mau aku dapat free free makian dan cacian..hahaha!

 

Sila LIKE kalau suka..





30 April 2013

=Takde benda nak cerita=


Ehem..dah lama giler giler giler tak update blog kan..kemain sibuk bebenor kau nie sue oiii...actually takde la bz mana pun..tetiba je lupa ingatan yang aku nie ada blog..muahahaha! drama sangat..

alaa..takde benda pun aku nak share dengan korang..sebab life aku sekarang bz dengan kerja je..nak merayap tak tentu hala nie macam tak berkesempatan je..



itu sahaja cerita aku kali nie..jumpa lagi bulan depan..hahaha!




Sila LIKE kalau suka..

13 April 2013

=Boyfriend=

Bff aku bagitahu kemungkinan besar dia akan mengakhiri zaman bujang dia..yeayyyyyy! aku plak yang teruja..sorang sorang kawan aku dah nak kahwin..cehhh..taknak tunggu aku pun.. haha! tapi kalau dorang tunggu aku, memang dorang tak kahwin la cerita diakan..hikhik..

insyallah tahun nie dua orang bff aku akan menamatkan zaman bujang
dan seorang bff aku akan bertunang..

A : Kau bila nak ada boyfriend sue??
B : Alamak..dah kenapa tetiba tanya??
A : Teringin nak tengok kau ada boyfriend balik..
B : Rileks la weyh..takde boyfriend pun aku okey je kot..
A : Nak tengok kau bahagia..
B : Weyh..nanti whatsapp..bateri dah kuning..


korang rileks je okey..tahu tahu je nanti aku bagi je kad jemputan..

"Untunglah ada boyfriend tapi lagi untung ada husband.."
searching album baru faizal tahir..
 
 Sila LIKE kalau suka..