=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

01 August 2013

=Mood raya=

aaaaaaaa... lagi beberapa hari je nak raya tapi kenapa aku macam takde feel nak raya pun.. rasa macam hari hari biasa je.. mood raya tu mcm takde je.. 

Shopping??
Baju raya pun tak amek lagi.. Apatah lagi shopping raya.. Orang lain semua dok sibuk dah shopping raya tapi aku?? satu apa pun tak beli lagi..

Cuti raya??
Seriously, aku tak apply cuti lama pun.. Sehari sebelum raya pun aku kerja.. Raya ke enam tu aku dah start kerja..lagipun apply cuti lelama buat apa kan..bukan nak raya rumah mak mertua pun..ehhh.. hahaha!

Tang shopping tu maybe this week kot baru nak shopping..sengsorang pun sengsorang laa.. bak kata member aku "Sue tu forever alone..".. hahaha! siot jee..kisah plak.. hikhik..
mata sembab tu memang dah tak boleh nak sorok dah..
dah dah..sambung kerja..





 Sila LIKE kalau suka..

29 July 2013

=Wahai hati=

aku mohon agar Dia beri aku kekuatan untuk hadapi dugaan nie..
aku bukan berputus asa..aku bukan menentang takdir..
cuma aku dah penat..



 Sila LIKE kalau suka..

23 July 2013

=Resipi : Roti Pizza Mini=

Entry kali nie aku nak share resipi roti pizza mini..haaaa.. senang je weyh.. bahan pun tak susah..

Bahan - Bahan
Sos Spaghetti kimball
hot dog (potong kecik kecik)
bawang merah (cincang)
oregano
capsicum (cincang)
Pizza topping with Mozzarella
roti

Cara-cara
Susun roti dalam tray seperti gambar diatas..
Sapu Sos Spaghetti atas roti.. ikut korang la nak letak banyak mana..
then, letak bawang merah dan capsicum yang dicincang..
lepas tu, letak hot dog yang telah dipotong seperti gambar diatas..
Last sekali letak la pizza topping with mozarella dekat atas sekali..

Siap! letak dalam oven.. agak agak korang laa..
aku kalau makan benda alah nie memang nasi tolak tepi laa..

Selamat mencuba!




 Sila LIKE kalau suka..

19 July 2013

=Dah sebati dalam diri=


Kadang kadang kita terlalu mengharap sesesuatu yang kita sendiri tak pasti sama ada akan dapat ataupun tidak..bila kita mengharap pasti kita akan berusaha untuk mendapatkannya..
dan bila dah berusaha tapi apa yang kita harapkan tu tak dapat,pasti akan mengecewakan kita..itu la dugaan namanya..tapi takpe..sekurang kurangnya kita dah berusaha.. ;))


*Bagi aku kekecewaan tu macam dah sebati dengan diri aku..



 Sila LIKE kalau suka..

17 July 2013

=Perasaan yang tak pasti=

Setelah sekian lama.. Memaafkan?? Melupakan??
Merasakan sesuatu yang aku sendiri tak pasti..

adakah perlu rasa
kecewa?
sakit hati?
menangis?
sedih?
terkejut?

atau aku perlu rasa
gembira?
seronok?

Just smile..aku tahu pasti ada hikmah yang Tuhan nak tunjuk dekat aku..
be strong Sueria! *tepuk bahu sendiri*
aminnnnn...



 Sila LIKE kalau suka..