=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

13 August 2013

=Raya..Raya..Raya=

SELAMAT HARI RAYA uollsssss.... wahhhh..kemain bergaya memasingkan.. seperti yang reader aku tahu, raya aku tahun nie memang berbeza dari tahun sebelum nie sebab first day raya aku telah terbang ke Sarawak! Raya pertama sampai la raya ke empat aku dekat Sarawak.. hehe..
nak tengok gambar lagi boleh la follow aku dekat INSTAGRAM..
Raya keempat, malam baru aku sampai Semenanjung.. fuhhhh..taknak letih plak kan...esoknya, kena beraya dekat Perak plak.. nasib baik la jalan tak seberapa nak jammed..  the hold day drive tersangat la memenatkan..sampai rumah pun dah malam..
and hari nie, aku dah start kerja!!! masuk ofis tengok atas meja kerja berlambak lambak.. *nangis*.. mood cuti tu still berleluasa lagi dekat diri aku nie..malas betul nak pergi kerja...tapi nak taknak kena la jugak pergi kerja kan..dah tanggungjawab..now, dekat ofis dan aku rasa nak tidur..Zzzzz...




 Sila LIKE kalau suka..

06 August 2013

=Dugaan Ramadhan & Selamat Hari Raya=

Alhamdulillah...sedar tak sedar insyallah  lagi sehari je nak raya.. rasa macam sekejap je masa berlalu.. ramadhan kali nie aku rasa adalah ramadhan yang penuh dengan dugaan untuk aku.. dugaan yang aku tak pernah langsung terfikir dekat fikiran yang dugaan nie akan terjadi..sedih, kecewa tu semua dah sebati dalam hidup aku..dan tak sangka air mata akan jadi kawan baik aku balik..hahaha! 
Betul la orang cakap.. Allah menguji hambaNya mengikut batas kemampuan diri.. Allah takkan uji lebih dari kudrat masing-masing.. Insyallah, aku akan cuba untuk hadapi semua nie..

Tapi disebalik dugaan yang Tuhan beri pada aku, ada jugak terselit kemanisannya.. Syukur alhamdulillah.. Semoga aku tak alpa dengan apa yang Kau berikan pada aku..

Apa apa pun, aku nak wish Selamat Hari Raya pada semua umat islam dekat atas muka bumi nie.. Maaf zahir dan batin.. dari tangan ke hati.. 

Insyallah, first raya nanti aku akan fly ke Kuching, Sarawak..Hopefully, bila balik Semenanjung, semuanya akan kembali okey.. :)
Orang yang banyak bersabar akan banyak dapat ganjarannya..


Mohon jaga diri dihari raya nie..insyallah kalau umur panjang, kita jumpa lagi..

SELAMAT TINGGAL SEMENANJUNG..
HELLO SARAWAK!

*Cuti dah approve! Last day kerja..and esok cuti! mohon mood shopping sampai..hikhik..


 

 Sila LIKE kalau suka..

05 August 2013

="Antara kita bertiga siapa yang akan kahwin dulu?"=

Insyallah tahun nie BFF aku akan berkahwin bulan 10 nie and dapat tahu dekat Whatsapp group yang sorang dari BFF aku nak bertunang.. OMG!! Sumpah macam tak percaya.. aku tak tahu nak rasa apa..sedih ada gembira pun ada.. Sedih sebab dorang tak tunggu aku!!! hahaha! kalau tunggu aku memang dorang tak kawen la cerita dia kan.. hihi..

aku gembira sebab akhirnya dorang decide nak ke next step..aku tahu macam mana dorang kecewa bercinta masa zaman study.. Setiap kekecewaan tu pasti ada kebahagiaan.. sumpah aku orang yang paling bahagia bila tengok dorang bahagia plus dah ada orang sayang mereka.. so now, dorang sibuk nak buat preparation untuk majlis dorang nanti..tapi dorang tak pernah nak lupakan aku..still jugak mintak pendapat aku..okey ke tak, cantik ke tak, sesuai ke tak..hikhik.. *terharu*

aku ingat lagi masa zaman study dulu, kita bertiga mesti akan tanya "Antara kita bertiga siapa yang akan kahwin dulu?".. haha! now, dah terjawab la siapa kawen dulu..

Semoga Tuhan mempermudahkan majlis mereka..aminnnnn.. :)
*Please jangan tanya bila turn aku sebab boyfriend pun takde..acaner??

 

 Sila LIKE kalau suka..

02 August 2013

=Keadaan sekeliling=

Sekarang nie aku just nak bersikap jujur je..dah malas nak berpura pura untuk menjaga hati.. apa yang aku cakap, tu yang lahir dari hati aku.. Suka hatilah nak cakap aku macam macam pun.. mulut orang kita memang tak boleh nak tutup.. 
Sometimes, bila bercakap mengikut emosi, memang tak dapat apa pun..aku dah malas nak fikir masalah orang lain..aku yang takde kena mengena pun terlibat sama.. serious, kalau nie la yang aku dapat, lebih baik takpayah ada apa apa.. Malas nak gaduh sebab benda yang aku rasa takde point pun..

takpayah takut dengan bayang bayang sendiri.. what you give you get back.. Goes around comes around.. dalam dunia nie semua yang kita hadap dah tertulis..Siapa kita nak lawan takdir??




 Sila LIKE kalau suka..

01 August 2013

=Mood raya=

aaaaaaaa... lagi beberapa hari je nak raya tapi kenapa aku macam takde feel nak raya pun.. rasa macam hari hari biasa je.. mood raya tu mcm takde je.. 

Shopping??
Baju raya pun tak amek lagi.. Apatah lagi shopping raya.. Orang lain semua dok sibuk dah shopping raya tapi aku?? satu apa pun tak beli lagi..

Cuti raya??
Seriously, aku tak apply cuti lama pun.. Sehari sebelum raya pun aku kerja.. Raya ke enam tu aku dah start kerja..lagipun apply cuti lelama buat apa kan..bukan nak raya rumah mak mertua pun..ehhh.. hahaha!

Tang shopping tu maybe this week kot baru nak shopping..sengsorang pun sengsorang laa.. bak kata member aku "Sue tu forever alone..".. hahaha! siot jee..kisah plak.. hikhik..
mata sembab tu memang dah tak boleh nak sorok dah..
dah dah..sambung kerja..





 Sila LIKE kalau suka..