=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

17 September 2013

=Walaupun dia selalu buat perangai tapi aku tetap sayang=

Walaupun dia selalu buat perangai, buat aku geram, buat aku hilang sabar, buat aku marah, tapi hakikatnya aku tersangat la sayangkan dia.. Kadang kadang gelagat dia buat aku senyum sengsorang.. kalau takde dia, memang aku mencari cari la.. macam tu jugak la dengan dia.. kalau aku takde memang dia mencari cari.. kalau pergi mana mana memang tak boleh nak lama lama sangat.. mesti akan teringat..









































































































1) mengantuknyaaa..
2) ehh.ami nak snap pic laa..
3) tunduk la.. titewwww malu..
3) Apehal??!!

nie la pengarang jantung pisang aku.. hihi.. kalau takde dia, mau sunyi sepi hidup aku..

dia berusia 2tahun.. tak sangka anak ami nie dah besar.. heee...





Sila LIKE kalau suka..

13 September 2013

=Bawak boyfriend pergi Perodua=

Rabu yang lepas aku telah membawa boyfriend aku untuk pergi service kereta kali pertama.. first time aku pergi Pusat Service Perodua Bandar Bukit Puchong.. actually, total KM aku tu dah lebih 1000km.. dalam 2000km ++.. biasalah..takde masa nak pergi..haha! 

Before tu kena la buat appointment dulu.. aku punya appointment pukul 9 pagi tapi aku lambat sikit around 9.20 pagi baru sampai sana.. tengah parking je staff perodua nie call aku..maybe ingat aku tak datang kot..hehehe.. 
Sampai sana, bagi buku service tu.. then , dia akan panggil no plat kereta.. dah settle confirmation semua, dia akan pergi check kereta.. 
bila dah check kereta, dia akan bagi slip macam dekat atas nie.. dalam slip tu ada mention nama owner kereta dan nama siapa yang hantar kereta pergi service..ada jugak mention pukul berapa start service dan habis service pukul berapa.. tapi slip tu aku lipat dua..so, tak nampak la time tu..
the best part is siap ada sediakan breakfast okey.. plus ada wifi.. ada tv.. tempat menunggu pun selesa..dan jugak staff yang sangat friendly.. 
nasi lemak + coffee or tea..

total service RM36.70.. around 11 pagi macam tu baru settle service kereta..


 Sila LIKE kalau suka..

05 September 2013

=Terima kasih untuk semuanya=

Aku banyak belajar erti kehidupan..
Aku banyak belajar supaya jangan cepat percaya dengan orang..
Aku banyak belajar supaya jangan cepat sayang dekat orang..
Aku banyak belajar supaya jangan cepat jatuh cinta dengan orang..
Aku banyak belajar supaya jangan cepat bagi hati dekat orang..
Semua tu dah aku praktikkan sekarang nie.. *senyum*

Aku dah boleh hidup berdikari tanpa menyusahkan orang lain..
Aku dah boleh berdiri dikaki sendiri..
Aku dah boleh lalui hari hari sukar aku..
Aku dah boleh lalui ujian yang Tuhan beri pada aku dengan kuat dan sabar..
Yang penting, aku mula mengenali diri aku dan mula mendekatkan diri dengan Tuhan..

Please jangan muncul dalam hidup aku lagi..
Kenangan tetap akan jadi kenangan sampai bila bila..

Seperti yang kau nak,
Jujur dari hati aku, aku dah maafkan kau.. Dengan seikhlas hati, aku dah maafkan kau..

Aku takkan menyalahkan kau atas apa yang terjadi.. tapi aku akan salahkan diri sendiri sebab buta hati, buta mata tak nampak semua tu..After a few years, baru semua tu terjawab..Aku tak berdendam dengan kau dan aku tak reti nak balas dendam dekat kau.. Don't worry, aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kau.. :')







 Sila LIKE kalau suka..

03 September 2013

=Resipi : Pavlova Mini=

Semalam aku telah merajinkan diri aku buat Pavlova.. haaa.. kemain kau.. ingat aku tak boleh buat pavlova ke? *berlagak* first time aku buat nie..hikhik..

Bahan-bahan :
Meringue
4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu cuka masakan
1 sudu tepung jagung

Untuk hiasan :
Whip Cream
Strawberry / Kiwi
Untuk whip cream aku guna yang macam dalam gambar dekat atas nie..
sedap nak meninggal whip cream nie.. serious!

Cara-cara :
1) Pukul 4 biji putih telur.. Guna stand mixer/ hand mixer.. Pukul sampai kembang dan berbuih..
2) Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul lagi..
3) Lepas tu, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.. Pukul lagi sehingga "meringue" tu kelihatan berkilat.. kalau nak tahu jadi ke tak "meringue" tu, ce korang terbalikkan.. kalau tak jatuh adunan tu, maknanya jadi la..
4) Ambil loyang dan letakkan baking paper.. lepas tu, letaklah "meringue" tadi atas baking paper..
5) Bakar selama 30 - 40 minit.. tapi ikut oven memasing la ye..
6) Bila dah masak, bukak pintu oven tu sikit dan biarkan dalam oven tu dulu..

Untuk hiasan :
Pukul whip cream guna mixer
Potong strawberry / kiwi ikut suka

Tadaaaaa... siap!
letak dalam peti ais.. dan makan sejuk sejuk..
yummy! 

Pavlova mini yang comel macam orang yang buat nie.. ehhh.. hahaha!




Sila LIKE kalau suka..

02 September 2013

=Berat badan bertambah dengan mendadak=

Memandangkan masih lagi mood raya, every weekend mesti ada open house.. tak open house, mesti ada wedding.. bila dah ada open house or wedding, mesti la berkaitan dengan makanan kan...
bila dah berkaitan dengan makanan, haruslah kena makan...
bila dah makan, berat badan pun naik mendadak..
rumah Man..
rumah Unn..
rumah Nabil..
rumah Syam..
Pic diatas nie just nak bagitahu i love them so much..
kawan gaduh, kawan kutuk, kawan gosip, kawan nangis, kawan ketawa..
kita tengok siapa yang kahwin dulu.. ehh.. hahaha!

so now, diet on! SANGAT..
tang mana nak diet tah aku nie.. nafsu makan tu susah nak kawal laa..
hahaha!



Sila LIKE kalau suka..