=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

10 October 2013

=Review : KLGangster 2=

Macam yang semua orang dah tahu yang cerita KLGangster 2nie dah terbocor awal sebelum ditayangkan tapi aku tak tengok yang haram haram nie okey.. kalau gentle pergi tengok dekat wayang la.. hihi.. Semalam aku berkesempatan nak pergi tengok cerita KLGangster 2 dekat wayang.. Siap booked tiket.. tiket pukul 9.20 pm...

Nie review aku tentang cerita KLGangster 2 nie..

--> Aku sememangnya tak suka dengan kekejaman.. cara bunuh yang ngeri.. siap tutup muka bila ada part bunuh bunuh nie..

--> penuh dengan aksi..fighting.. plus aku takde rasa ada part yang bosan dalam cerita nie.. takde nak toleh kiri kanan.. memang fokus habis la..

--> paling aku suka adalah scene Malek dengan Jai bergabung nak fight dengan Tailong.. nampak kekuatan adik beradik dekat situ...

--> watak Rosyam Nor sebagai Tailong je dah tolak tepi pelakon lain.. Rosyam Nor kalau berlakon watak macam nie memang menjadi je.. memang hebat.. salute!  aku rasa watak utama dalam cerita KLGangster 2 kali nie adalah Taikong dan bukan Malek..

--> watak Zizan Razak sebagai Abang Long Fadil memang kelakar kot.. bila masuk ke scene dia nie, satu panggung gelak..haha!

--> cara percakapan yang laju..kekadang tu aku pun tak faham jugak dialog dorang nie.. tapi dialog Soffi Jikan yang paling melekat dihati.. haha!

--> segala persoalan dalam KLGangster 1 semua dah terjawab dekat dalam KLGangster 2 nie..

Seperti KLGangster 1 yang aku tengok 3x dekat wayang, kali nie untuk KLGangster 2, aku tak rasa membazir langsung beli tiket cerita nie.. plus ada pengajaran yang kita boleh ambil dalam cerita nie.. Apa yang aku nampak, sifat kekeluargaan tu..

hopefully, ada KLGangster 3.. nak Shaheizy Sam dengan Faizal Hussein berlakon..hihi...

Well done Syamsul Yusof and team.. Overall, aku bagi 5/5 bintang..ecehh.. haha!


*harus tengok cerita KLGangster nie dekat wayang lagi...



 Sila LIKE kalau suka..

08 October 2013

=Rileks boleh??=


Kadang kadang aku rasa aku dah penat nak jawab segala persoalan yang orang asyik dok tanya dekat aku.. Aku baru 23tahun kot.. Bukannya 32tahun.. Nak risau sangat kenapa tah.. Rileks boleh?? Sampai masa, dapat la kad jemputan depan mata..

dah tahu jawapan aku kan?? 



 Sila LIKE kalau suka..

04 October 2013

=Cerita dah basi=


Fuhhhh.. baru berkesempatan nak update blog.. kemain sibuk sangat.. hikhik.. Sabtu yang lepas aku lepak Ikea.. Lepak dengan my Girlfriends.. actually, tak cukup nie.. sebab Zimah takde plak.. 
Haruslah aku yang jadi driver kan.. hahaha! masa nie dok tunggu Miza.. kemain lama bersiap.. 
Sedang melalui traffic jammed pun sempat lagi nak snap pic.. woiii.. apa nie..aku tak ready lagi dah snap.. driver memang selalu kena macam nie tawwwwwwwwwww... hahaha!
okey.. nie baru la muka ready.. ececehh...

makang makang.. jangan ingat badan kuruih nafsu makan pun kuruih yee.. haha! masih bernafsu makan bila tengok meatball nie.. pergi ikea memang takde benda lain yang nak dimakan.. karipap dengan meatball adalah wajib..
macam biasalah.. perempuankan... tak snap gambar memang tak sah.. ehh.. lelaki pun sama jeee...
rasa macam nak tampar diri sendiri bila tengok gambar diatas nie..hahaha!
perut dah kenyang, jenjalan dekat dalam ikea tu.. tengok tengok barang.. berangan sangat! pergi ikea pakai selipar je.. adoo??
motif gambar adalah saja.. sekian..





 Sila LIKE kalau suka..

30 September 2013

=4 years already and i'm okey=

Hari nie genap 4 tahun aku berstatuskan Single.. well done Sueria! *tepuk bahu sendiri* haha! ada orang cakap 4 tahun adalah satu masa yang cukup lama..yes! aku pun ada jugak rasa macam tu..biarlah..hati perempuan kan..aku single pun bukan sebab aku ingat kisah lama or what..past is past..mungkin bukan sekarang untuk aku bercinta and mungkin jugak bukan sekarang Tuhan nak bukak pintu hati aku untuk lelaki..Ecehh..

Jujur aku cakap yang aku dah takde rasa nak ada boyfriend BUAT MASA NIE.. kalau nak bercinta atau nak ada boyfriend, aku dah taknak.. hati still tak terbukak nak jadi girlfriend siapa siapa.. kalau jodoh dah sampai, aku akan terima lelaki tu seadanya dan terus je kawen..Mana la tahu tetiba aku terus kawen tanpa bercinta..bercinta lepas kawen la orang kata..wahhhh..gitu.. drama sangat nie..hikhik..just follow the flow.. jalani hidup seperti biasa.. *senyum*

*kalau ada jodoh adalah.. taknak mengharap dan taknak beria macam dulu..
Jika seseorang meninggalkan kita tanpa sebarang sebab dan alasan,
jangan sesekali membiarkan dia kembali dengan ALASAN...




Sila LIKE kalau suka..

27 September 2013

=Seorang lagi nak bertunang=

Seorang lagi kawan aku nak bertunang!!! (pengsan 10 saat..okey..over..) Alhamdulillah.. seorang lagi kawan Serumah nak bertunang minggu depan.. tetiba je whatsapp dekat group cakap nak bertunang.. tertanjat gegurl tau.. hihi..Tapi yang tak bestnya aku tak dapat nak datang pun..


dulu Fieza bertunang, aku tak dapat datang.. 
Gee plak bertunang pun aku tak dapat datang.. 

nie Kiela nak bertunang aku tak dapat datang jugak.. Aku tak dapat datang bersebab.. kalau dorang kahwin aku tak datang, itu memang patut kena maki la kan.... hewhew.. happy giler bila tengok bebudak serumah nak ke next step.. lepas nie maybe Niniey kot.. hahaha! 

nanti aku nak bertunang mesti dorang pun tak datangkan?? ehhh.. hahaha! bak kata dorang nie "Sue nanti takde nak bertunang.. terus kahwin je..tahu tahu je dapat kad jemputan.." hamboiii... haha! tapi takpe.. aku selalu doakan kawan kawan aku bahagia.. hopefully, jodoh dorang panjang dan kekal sampai ke Jannah.. aminnnn.. *senyum*

Turn aku?? hahaha! sabar ye kalian kalian semua.. benda tak confirm tak boleh nak heboh heboh.. tak gitu..hahaha!

Thank you God for restoring my happiness.. ehem! 


 
 Sila LIKE kalau suka..