=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

31 May 2012

=Saya gemuk saya okey=

"hai..nama saya Chibi..ada orang cakap muka saya macam Singa..ada jugak yang cakap muka saya macam musang..saya gemuk saya okey sebab saya comel..hewhew.."


 Sila LIKE kalau suka..

24 May 2012

=Aksi Si Omey tidur=

nie antara aksi kucing aku si Omey tidur..hobi aku sekarang memang suka kacau dia tidur sebab aku geram tengok aksi dia..
 
nasib baik tuan dia tidur sopan..hewhew..

 

 Sila LIKE kalau suka..

23 May 2012

=Mop dan Pakcik Tua=

Nak share satu cerita dengan korang..

A : Beb..kenapa kau lalu dekat pakcik tua yang tengah mop lantai tu?
B : Kenapa? salah?
A : Kau tak nampak ke pakcik tua tu tengah mop lantai?
B : Nampak la..
A : Habis tu, yang kau lalu jugak tu dah kenapa? atleast mintak maaf la dekat pakcik tu..kesian pakcik tu kena mop balik..
B : dah kerja dia..
aku pandang pakcik tua tu dengan penuh rasa simpati..yelaa..dah mop lantai tu bersih bersih tapi still ada orang lalu lalang dan pijak lantai tu lagi..sambil mengelap peluh didahi, pakcik tua tu mop balik lantai yang dah kotor tu..sumpah tak sampai hati nak tengok..hati kaca macam aku memang tak boleh nak tengok..


 Sila LIKE kalau suka..

21 May 2012

=Teater SeNaPas=

18/05/2012 hari tu kawan sekolah rendah aku ajak pergi tengok teater Senapas..teater tu berlangsung di The Actor Studio @ Lot10..pukul 8.30 malam..actually, aku first time tengok teater nie..haruslah terujakan..plus pelakon perempuan nie kawan kepada kawan sekolah rendah aku..
bukti tiket aku pergi tengok..hewhew..

Masuk je studio tu kami dihiburkan dengan nyanyian dari 3 orang pemuzik yang akan mengiringi teater nie sementara nak tunggu penonton yang lain lain tu masuk..sangat teruja okey bila dah duduk dekat seat dalam studio tu plus dengan nyanyian dan suara mereka yang sangat best! 

teater pun bermula..hanya dua pelakon je..aku ingatkan pelakon ramai..yela..tak pernah tengok teater kan..sumpah terbaik lakonan mereka berdua nie..memang tak rugi aku pergi tengok..skrip yang menarik, jalan cerita yang senang untuk difaham, lakonan yang mantap plus lagu yang best..tahniah pada produksi Senapas nie..ohh yaa..nie sinopsis teater senapas..

Sinopsis :

‘Sejarah Nasib Lepas’ (‘SeNaPas’), Razak merupakan anak muda yang dikatakan berpendirian matang yang hadir dari keluarga yang mengamalkan kehidupan yang bertitik tolak dari rasa cinta. Pertemuan Razak dengan Kamariah iaitu guru tuisyennya telah memutikkan sebuah rasa cinta diantara mereka akhirnya merubahkan kehidupan Razak kepada kehidupan yang benar-benar matang. Kamariah yang lebih usia daripada Razak telah berjanji untuk bersama Razak demi cinta mereka walaupun keluarga kedua-dua pihak membantah keras, mereka akhirnya telah bersekedudukan jauh daripada keluarga dan hidup sebagai sepasang suami Isteri yang sah. Maka bermulalah KISAH CINTA BERNAFAS HARAM. Setelah lama bersekedudukan, pada suatu hari Kamariah hamil dan mereka spakat untuk menggugurkan kandungan. Pelbagai kaedah telah dilakukan tetapi semuanya gagal. Suatu hari, saudara Kamariah berjumpa Kamariah dan mengetahui keadaan Kamariah lalu memberitahu keluarganya. Razak dan Kamariah teruk dibelasah oleh keluarga masing-masing. Akhirnya mereka bersetuju membenarkan pasangan ini bernikah sehingga tempoh berpantang tamat kemudian mereka dikehendaki berpisah dan anak itu diserahkan kepada pihak lain. Selepas melahirkan, Kamariah dan Razak seakan berat hati untuk menyerahkan anak mereka dan berharap agar kedua-dua orang tua mereka berubah hati dengan keputusan terdahulu apabila melihat anak mereka..'
bersama Aznah Mohamed aka Cikgu Kamariah dan Amerul Affendi aka Razak..


next time sila ajak aku lagi pergi teater..rasanya tengok teater nie akan termasuk dalam list hobi terbaru aku..hewhew..
 

 Sila LIKE kalau suka..

16 May 2012

=Wordless Wednesday..[20]..Saya ada baju baru=




 Sila LIKE kalau suka..