=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

18 November 2019

=How to live my life without her=

Ingat tak entry ni aku ada cerita yang tahun 2018 tahun yang paling menguji kekuatan mental dan fizikal aku? Ada ke yang tunggu aku punya post ni? Kalau takde pun kisah plak aku. Hahahah! Yang penting aku post. So get ready guysssss? Post ni sedikit panjang ye anak anak sekalian. Okay dah. Jom start.

2018, A sad year for me losing my mum in March 2018 and also losing certain people in my life. For certain people yang pergi dari hidup aku tu aku tak kisah pun sebab for me kalau dia betul ikhlas, dia akan stay. Lagi lagi mak aku baru meninggal masa tu. So aku malas nak story pasal tu.


Haishh. baru nak menaip pembukaan mata aku dah bertakung. Sejujurnya aku cakap tak pernah sedetik pun dalam hati aku yang aku akan hilang mak aku selepas operation. Sebab aku tahu mak aku kuat dan sentiasa positif. Memang sebelum mak aku buat operation, mak aku dah pesan macam macam tapi aku dgn akak akak aku buat tak tahu je sbb kiteorang tak pernah terfikir pun yang mak akan pergi selamanya. Lepas buat operation jantung, condition mak aku memang stabil. Everything okay. Jahitan pun okay. Lepas mak aku keluar ward, mak aku stay rumah akak aku. Seminggu lepas mak aku keluar ward, tiba la saat yang aku langsung tak boleh nak imagine. Aku still ingat kali terakhir aku call mak aku sebelum mak aku dimasukkan ke ward lagi. Lepas tu terus tak sedarkan diri. Terngiang lagi suara mak aku dalam phone masa last aku cakap dengan dia. Aku call mak aku hari Rabu then hari khamis mak aku tak sedarkan diri. Hari Jumaat mak aku pergi selamanya. Tapi aku bersyukur sebab dapat mandikan mak aku, dapat kapankan mak aku untuk kali terakhir. Masa tu muka mak aku tenang je macam tengah tidur. :')

"Maaf, kami dah cuba sedaya upaya kami. Makcik tak dapat diselamatkan." 

Yes, ayat tu memang terngiang dekat kepala otak aku ni sampai aku rasa trauma nak pergi hospital, dengar bunyi mesin bagai tu. Setiap kali kalau aku lalu dekat PPUM tu setiap kali tu la aku rasa sebak nak mampos. Rasa macam nak pergi melawat mak aku. Hmmmm. Sampai 1 tahap tu aku rasa macam "Kalau mak tak buat operation tu mesti mak still ada sekarang ni". Sebulan jugak la aku tak jumpa sesiapa melainkan kawan kawan ofis aku (sebab kena pergi kerja). 

Aku bukan tak redha tapi cuma aku rasa mak aku tak sedia lagi nak pergi. (aku yang tak ready nak hilang mak aku) Banyak benda yang plan nak buat bila mak aku dah sihat. Aku cuba untuk move on, cuba untuk terima hakikat yang mak aku dah takde tapi kau tahu tak susah. Lagi lagi bila rindu tu datang tiba tiba tapi kau tak boleh nak buat pape. Sakit wei. Sakit sangat sangat. Pastu kau pendam. Bilik aku tu la yang jadi saksi aku kadang kadang nangis berjam jam sebab rindu. Sampai sekarang aku rasa mak aku ada je dengan aku. Aku tak suka nak tunjuk sedih aku dekat orang tapi kadang kadang kau perlukan kata kata semangat dari kwn kwn kau, dari orang orang sekeliling kau. 

Setiap kali aku teringat dekat mak aku, mesti aku rasa aku down giler. Sampai aku boleh nangis berjam jam. Aku kalau boleh nak avoid diri aku dari ingat dekat mak aku sebab aku akan rasa down sangat sangat. Aku kalau boleh memang nak avoid diri aku dari tengok cerita cerita yang melibatkan parents sbb aku akan teringat dekat arwah mak ayah aku, pastu mula la menangis. Senang sangat nak menangis. Orang tengok aku happy, pergi sana pergi sini tapi orang tak tahu apa yang aku rasa. Orang boleh cakap "Sue tu asyik berjalan je". Tapi pernah tak kau cuba ada dekat tempat aku? Pernah tak kau cuba tanya apa yang aku rasa? Yang kau nampak aku happy, pastu nak kecam tapi disebaliknya Tuhan je yang tahu. 

Dulu aku hilang ayah aku (masa ni aku darjah 6), aku selalu rasa jeles tengok orang lain still ada ayah. And now, aku kena rasa perasaan yang sama bila aku hilang mak aku. Sampai sekarang aku cuba untuk membiasakan diri tanpa mak aku. Sakit sangat rasa kehilangan tu. 

Mak aku ajar banyak benda dari kecik sampai besar. Berdikari tanpa mengharapkan orang lain. Kena usaha sendiri kalau nak apa apa. Tapi aku tak pernah tahu how to live my life without her. hmm.

"Bila kau dah pernah rasa sakitnya hilang parents, masalah lain yang datang tu macam picisan je bagi kau - Anoymous"


Suhaimi Bin Saleh
1958 - 2002
Zalila Binti Mohamed
1968 - 2018
Al- Fatihah



Sila LIKE kalau suka..

11 November 2019

=Beberapa tahun kemudian=



Hi semuaaaaaaa. Rasa dah bertahun tak update blog ni. Tak tahu la dia punya tahap bersawang dekat blog aku ni binatang apa yang dah hingap. Ayat nak mengarang blog pun macam skema sangat je ni. Hahahaha! Sejujurnya aku memang rindu sangat nak menaip, rindu nak berbelogggg. Nak balik zaman study dulu yang penuh dengan masa terbuang bila takde assignment, takde kuiz, takde exam. Bila dah masuk alam pekerjaan ni memang masa rehat kau untuk tidur je. hahaha! Eh chop, ada lagi ke yang baca blog aku ni? *curious* (ayat masih masa dia Entry ini pada tahun 2016. *krikkrikkrik*

Actually takde benda pun aku nak update. Cuma rindu nak baca comment stranger. Rindu nak taip karangan panjang panjang. Dulu zaman ada boyfriend boleh la nak buat karangan panjang panjang bila gaduh. hahahahaha! tapi sekarang ni berhuhuhu jela. Dekat blog je yang boleh buat karangan panjang panjang. Tak, bukan takde benda nak update, sebenarnya banyak benda aku nak update weiiiii. Tapi tak tahu nak mula dari mana. sobsobsob.

Aku nak share cerita tahun lepas. Tahun 2018 adalah tahun yang paling tough bagi aku. Banyak benda yang jadi. Bila fikir balik aku sendiri tak tahu macam mana kuatnya aku hadap semua tu. Nanti la aku cerita. Aku akan cerita dekat next post aku. Tu pun kalau aku rajin nak mengarang. Gitchuuuuu.



 Sila LIKE kalau suka..

12 August 2016

=Manusia=

Manusia.
Hati manusia senang berubah kan? Aku paling tak suka bila manusia berubah hati. Dulu kemain rapat. Sekarang dah jadi strangers. Bila orang dah takde perasaan, memang akan cari seribu satu cara untuk buat seseorang tu rasa tawar hati atau rasa benci. Cara layanan pun nampak berbeza. 

Dulu :
Tak contact sehari tak boleh. Alasan sebab dah terbiasa contact hari hari.

Sekarang :
Tak contact 3 hari pun dah takde hal. Lagi suka kalau tak contact langsung.

Dulu :
Setiap minggu nak lepak. Bila ajak pergi makan, semua okay, Bila ajak lepak, okay je. Tak de alasan langsung.

Sekarang :
Sebulan sekali pun dah susah. Alasan busy. Bila ajak pergi makan, dia boleh cakap "Dah takde kawan lain ke nak ajak?" Kebabian!

Dulu :
Bila on whatsapp terus je whatsapp.

Sekarang :
Bila on whatsapp takde nak whatsapp terus. Dah setengah jam pun takde nak whatsapp. Bila kita whatsapp, boleh tanya kenapa?

Dulu :
Bila call cepat je angkat. Kalau tak angkat pun gigih callback. Kalau tak call, siapa cakap "Dah lama tak call kan"?

Sekarang :
Kena call dua tiga kali. Kalau tak angkat, jangan harap la nak callback. Agaknya bila dengan suara boleh muntah darah kot.

Dulu :
Reply whatsapp cepat je. tak sampai 1 minit dah reply.

Sekarang :
Reply whatsapp pun nak ambil masa setengah jam. Bila tanya kenapa reply lambat, alasan "tengok tv" WTH!

Dulu :
Bila tanya apa apa, boleh je jawab elok elok. tak de pun nak emosi.

Sekarang :
Bila tanya, nak marah marah. Asal? datang bulan?

Dulu :
Bila topup, free call setiap hari ni nak call. 

Sekarang :
Bila topup, free call jangan harap la nak call weyhhhh. Bila dah sentap baru nak call bagai. Ikhlas ke tak?


Bila cakap dah berubah tak boleh nak terima hakikat. Cakap merepek bagai. Bila cakap "Dulu tak macam ni pun" Dia boleh cakap "Tu dulu punya cerita la. Sekarang dah lain"
Dah lain sebab kau dah berubah! tak sedar lagi?

 Kalau nak disenaraikan memang banyak. Kalau ikhlas berkawan, takkan berubah hati. Kita sendiri boleh rasa sama ada orang tu ikhlas ke tak nak berkawan dengan kita. Bila kita ikhlas, dia layan mcm taik. Kenapa still lagi wujud orang orang macam ni kan.
Kadang kadang aku tak faham kenapa hati senang berubah. Dah tak suka, menyampah senang je hati tu berubah. Alangkah bagusnya kalau hati aku pun macam tu.

Sila LIKE kalau suka..

24 June 2016

=Berkawan untuk apa?=

"Bila kau kenal dengan orang tu, kau rasa selesa. Kau rasa yang dia pun macam selesa dengan kau sampai satu masa kau mula ada rasa sayang dekat dia. Dan kau pun rasa yang dia pun ada rasa yang sama. Dia macam bagi kau harapan. Dia layan kau macam kau special sangat. Selalu spent together. And the end, kau dapat tahu dia dah ada girlfriend/boyfriend and the best part relationship dorang almost 4years. Apa yang kau rasa?"

Kalau aku ada dekat situasi tu, ofcourse aku rasa kecewa. Mesti rasa kecewa sedih marah bengang bagai. Yela, kau dah sayang dekat dia tapi lastly kau dapat tahu dia dah berpunya. Ingat senang senang ke rasa sayang tu nak hilang? Lain la kalau dapat tahu masa belum ada rasa sayang tu kan. Mungkin la boleh blaaa terus. Ni dah sayang baru dapat tahu.Yang lelaki/perempuan tu pun satu hal. Dah tahu diri dah berpunya yang nak kenal dengan orang baru dah kenapa? Saje nak try market ke acaner?
Sebab tu aku macam takut takut nak kenal dengan orang. Takut dah tersuka, dah tersayang, lastly dapat tahu dia dah berpunya. Yang kecewanya, aku jugak. Haha! tapi benda tu tak boleh nak elak. Lagi lagi melibatkan hati dan perasaan sebab benda tu bukan kita yang mintak. Sebab tu bila nak berkawan, kena jujur, ikhlas. Ni kau cakap kau ikhlas nak kawan tapi menipu. Acaner? 


Sila LIKE kalau suka..



01 June 2016

= Single ni forever alone ke?=

 "Kenapa kau still single lagi sue? Takde orang nak ke? 
Ke kau memilih?"

Yes, soalan tu la yang selalu aku dapat. Aku sendiri tak tahu nak jawab macam mana. Almost 6 years aku single. Nak kata aku memilih, rasa macam tak sebab aku terima je siapa siapa yang nak kawan dengan aku. Nak kata orang taknak dekat aku, ntah laa.. No komen. Jawapan retis sangat. hahaha! 

Mungkin sebab aku tak jumpa lagi orang yang betul betul jujur dan ikhlas dengan aku. Kebanyakkannya macam tak reti nak sabar. Just nak taste market bagai. Seriously, aku memang taknak bercinta. Aku nak terus kahwin je. hahahaha! aku ni jenis kalau dah sayang sorang, aku memang akan dengan sorang tu je. takde nak ada spare part bagai ni. Cukup la dah rasa frust menonggeng dulu. haishhh.. aku dah tak sanggup nak rasa macam tu lagi. *rolling eyes*

Memang la orang cakap single ni macam forever alone tapi bila kau fikir balik, bila kau single, kau lebih banyak luangkan masa dekat rumah, dengan family kau. Just anggap yang mungkin kau single sebab kau nak berbakti dengan parents kau dulu. gituuuu ayat aku. haha! the best part is, kau boleh keluar dengan sesiapa yang kau nak tanpa perlu menjaga hati orang lain. tapi kau kena make sure "sesiapa" yang kau nak keluar tu bukan bf/gf/suami/isteri orang laa.. kang tak pepasal kena parang plak. haha! and kau more to independent. Seriously, part independent tu memang aku tak tipu. Kau akan banyak bergerak sendiri tanpa mengharapkan orang lain. 

Setakat kau keluar makan sengsorang tu memang dah terbiasa. Bila kau teringin makan something, kau ajak kawan kawan kau tapi kawan kawan kau lebih seronok keluar dengan bf/gf dorang (mohon terasa.. haha!), so kau akan pergi sengsorang. Bagi aku takde apa yang pelik pun kalau kau nampak perempuan makan sorang sorang ni. As long as ada wifi, data dekat hp tu, kau akan ignore je orang sekeliling kau yang dok pandang kau pelik. kan kan.. 

Kadang kadang aku sampai fikir, for what nak ada relationship tapi kau tak happy dengan relationship tu? Asyik nak rasa sakit hati je. So, better single and kalau one day kau dah terbukak hati nak ada commitment, berkawan kejap dan terus je kahwin. Cinta lama lama for nothing buat apa kan. (jangan kecam akak okay.).

Kesimpulannya, kalau kau rasa kau tak ready nak ada commitment, tak boleh nak SETIA, tak cukup satu, baik kau lupakan je la hasrat murni kau nak bercinta bagai ni. Ingat seronok ke mainkan perasaan orang ni? Rasa bangga ke acaner? (teremosi plak. huhu

 










Sila LIKE kalau suka..