=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

13 February 2011

=Ampunkan Daku=

aku baru lepas tengok cerita kat tv3 tadi..tajuk dia "Ampunkan Daku"..okey..taknak sedih plak cerita kan..seriously,sedih giler tengok cerita tu..mengisahkan anak luar nikah..agak menitik jugak la air mata aku tengok cerita tu..kenapa la mesti perempuan yang harus dipersalahkan?? dan kenapa bukan lelaki?? jijik ke anak luar nikah neyh?? setiap orang melakukan kesilapan..dan bukan kita yang patut menghukum mereka..
berbalik pada cerekarama tadi..aku suka watak Sheila Rusly..sangat sopan santun plus seorang yang penyabar..kalau la aku boleh jadi macam tu..haishhh..memang tak la kan..hmm..sedih doe tengok cerita tu..sebak je rasa..lagi lagi tengok orang orang yang teraniaya..pada aku,kita takde hak nak menilai orang..masing masing ada buat kesilapan..tak kisah la orang tu anak luar nikah ke,anak haram ke..yang penting respect each other..bak kata Sheila Rusly "kita tidak mampu untuk menghapuskan tapi kita mampu untuk mengurangkan..insyaallah..amin.."

"Darah yang mengalir dari anak luar nikah itu merah, jika ditoreh tidak dapat dilihat perbezaannya"

"Sesungguhnya apa yang berlaku dalam hidup kita ada sebabnya. Kerana Allah tidak menguji seorang hambanya itu tanpa sebab.
Doa orang-orang yang dizalimi memang tidak ada hijab doanya pada Allah"


P/S : anak luar nikah ke,anak haram ke,kita sama je disisi Allah..

love,

12 February 2011

=YES! saya seorang pendendam!=

dendam?? topik kita pada hari ini adalah dendam...ceewahhh...haha!

dendam rasa macam nak tembak orang..boleh?? hahaha!

actually,aku bukan la seorang yang pendendam..tapi sekarang neyh aku rasa yang aku dah mula jadi seorang pendendam...yes! perangai itu sangat teruk..tapi tu la yang aku rasa sekarang neyh..bila aku tengok dia ,hati aku penuh dengan dendam..dendam yang tak sudah sudah..tu yang aku rasa..memang sifat neyh sangat tak baik tapi aku tak boleh nak elak..dendam aku hanya pada dia..yes! pada dia..mungkin atas apa yang dia dah buat kat aku yang membuatkan aku ada sifat dendam pada dia..dendam aku bukan la aku nak buat perkara yang tak baik..tapi dendam dalam diri aku je..kalau aku buat sesuatu yang tak baik,bukan aku dapat apa kan..menambahkan lagi dosa yang memang dah sedia ada neyh..huhu...tapi aku takde la sampai nak pergi jumpa bomoh ke ape ke kan..kang jadi macam cerita KHURAFAT tu..tak sanggup den..haha! 

gambar diatas dituju pada diri sendiri..terima kasih..

P/S : SAYA SEORANG PENDENDAM..EHH..TAK.. ;))

love,

10 February 2011

=Blog=

Assalammualaikum...mukadimah kenalah sopankan..
aku telah ditagged oleh NARD.Z..terima kasih ye CIK NARD.Z..


Apakah status anda??
---> 100 % SINGLE!! Fullstop!

Ceritakan tentang diri anda
---> anak bongsu yang TIDAK manja..sangat sukakan TEDDY BEAR..mudah menangis bila dikecewakan ataupun kena marah..dan mulut agak tiada insurans..

Ceritakan tentang blog anda
--->okey..blog saya simple je..suka cerita pasal diri sendiri dan orang orang sekeliling saya..alaa..blog neyh tak menarik pun..sebab tu follower tak beribu ribu.. ;))

Apakah pendapat anda tentang blog??
--->wahhh..ada blog neyh boleh jadi tempat untuk meluahkan apa yang kita suka..katapun blog sendirikan..orang tak suka ada saya kisah??

Nasihat kepada kawan kawan yang nak buat blog?
--->alaa..buat je blog..takyah nak fikir apa orang lain nak cakap bila dah baca blog anda..yang penting,be yourself..no copypaste okey..hikhik..

Nyatakan keunikan blog anda
--->err..tak ada apa yang unik pun kat blog neyh..

Sampai bila nak tulis blog dan impian?
--->sampai blog neyh dihapuskan..hahaha!

Tag 5 orang?

Niniey Rasyed
Kiela
Suezieyla
Nick
Lil Miwwa

done!

love,

07 February 2011

=Anwar Hadi?? Siapakah??=


okey..aku suka giler dengan video ini...nama lelaki dalam video ini ialah Anwar Hadi..dia salah seorang blogger jugak..first time tengok video ni aku dah gelak GILEWWWWW....hahhaha! ngek!
betul la apa yang dia cakap..budak budak zaman sekarang ni suka sangat cakap macam tu kan..semua nak guna bahasa rempit..euwww eeuwww..hahah! kalau ada yang cakap bahasa comel tu lagi geli..SANGAT TAK COMEL OKEY! pergi masuk tadika balik la..! lalala~

yang tak boleh blah bila nak update status dekat facebook semua nak guna ayat ayat macam tu..please la..kadang kadang bila aku baca pun terikut ikut cakap macam tu..adoi..terbelit lidah den..huhu..rasa macam nak lempang laju laju pun ada..ngee..

tu tak fikir plak bila dalam message..bila orang hantar message macam tu,aku senang je..aku balas, "message apa yang kau sent ni?? tak faham la.."..kau terasa?? mak tak kisah nok! lalala~

dalam video ni aku paling suka bila dia sebut 
"Aq mencik do cmni,ad mbr lmew tgu lmew glew,x aprv2 gk ag"
hahahah! sumpah kelakar..hikhik..

lepas ni,tak payah la nak tambah tambah eww eww dalam ayat okey..elok elok bahasa tu dah cantik di dengar,dah cantik disebut,terus hancur disebabkan bahasa yang mereka dok tambah tambah eww eww tu..huhu..


P/S : SAYEWWW SUKEWWW GILEWWW!! hahahaha!


love,


06 February 2011

=Aku mengalami ULSER!!=

okey..hari ini aku nak update tentang ULSER..disebabkan aku sekarang sedang mengalami ULSER,so aku nak update tentang ULSER..huhu..

sumber dari google

apakah itu ULSER?? ULSER merupakah tompokan putih atau kuning yang terjadi di dalam mulut..ia terjadi sama ada satu tompok atau pun berkumpulan..*berkumpulan tu yang sakit beb..

dalam bahasa melayunya adalah mata ikan dan dalam bahasa perubatan ULSER AFTA..*ececehh..dah macam doktor plak..huhu..
itulah yang aku alami sekarang ini..sakit yang teramat sangat..ouch!

punca terjadinya ulser??
ianya terjadi disebabkan kekurangan zat besi,folik asid dan vitamin B 12,kurang daya tahan badan,bakteria,faktor keturunan dan ada sebab sebab lain yang tidak diketahui..dan pendapat mak aku sebab aku kurang minum air masak..yes! itu aku setuju..mak aku selalu pesan suruh minum air masak..aku memang tak suka minum air masak..ngeee...lepas tu aku suka makan pedas..tak pedas memang selera pun tak ada la kan..bila dah kena ulser barulah nak mengadu sakit..padan la muka kau kan sue..tapi kadang kadang tergigit jugak boleh terjadinya ulser..macam aku la..tergigit punya pasal terjadi lah ulser..

mungkin jugak akan kurang selera makan..yela..nak makan macam mana kan..sakit yang teramat sangat..pedih je..tapi aku tetap makan walaupun terpaksa menahan sakit..kadang kadang tak sanggup rasa sakitnya..dan mungkin jugak ada demam,.tapi aku tak pernah la plak demam kalau kena ulser..

ulser neyh kalau nak baik mengambil masa 1 atau 2 minggu..haishhh..taknak lama plak kan..bayangkan la dalam masa itu nak menahan sakitnya..adoi..tapi kalau lepas masa tu masih tak baik baik jugak baik pergi jumpa doktor..aku kerap jugak kena ulser..tapi aku tak jumpa doktor..aku rileks je..sebab ulser neyh akan baik jugak..haha!


jalan penyelesaian,aku selalu letak bonjela..yes! bonjela sebab tak sampai dua minggu dah boleh baik..tapi sakitnya hanya orang yang mengalami sahaja yang tahu okey..

P/S : Dengar cakap orang tua lain kali..huhu..

love,