=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

20 November 2012

=Terasa diri seperti dia=

faktor kecerahan disebabkan cahaya matahari..

bila tengok gambar diatas nie terasa diri nie macam poyo tahap kritikal punya..tapi apa aku kisah..yang penting aku macam















































































FAIZAL TAHIR..ehh.. ;p
rasa macam nak tampar diri sendiri bila mem'perasan'kan diri macam FT..hahaha! 



Sila LIKE kalau suka..

16 November 2012

=Nak pergi Anugerah Industri Muzik 19=

Seperti yang semua tahu, esok malam akan berlangsungnya Anugerah Industri Muzik 19..17 November 2012 di Stadium Melawati Shah Alam..Pukul 9.00 Malam..ada live dekat Astro Ria (104)..
aku memang nak sangat pergi kali nie dengan harapan dapat jumpa Faizal Tahir...hewhew..yela..tahun lepas aku pergi AIM18 tak dapat jumpa Faizal Tahir pun..plus aku nak tengok tahun lepas lagi best or tahun nie lagi best..dengan usahanya aku cuba dapatkan tiket AIM19 dan hasilnya...






















































yeayyy! BERJAYA! dapat tiket free dari Abang Budiey..!! Blogger yang tak kenal Abang Budiey nie boleh pergi terjun bangunan sekarang...hahaha! terima kasih Abang Budiey! ;) Insyallah kalau dipermudahkan aku dapat pergi esok! 

*Mohon dapat jumpa Faizal Tahir dekat red karpet..



 Sila LIKE kalau suka..

14 November 2012

=Mari tanya soalan=

ehem! actually, nak bagitahu yang kita dah ada ask.fm...baru buat malam tadi..ask.fm?? apa tu?? alaa..macam formspring jugak..setiap soalan yang diajukan, kita tak tahu pun siapa yang tanya..

okey okey..taknak cerita banyak..siapa siapa yang nak tanya soalan dekat aku, boleh la klik INI..insyallah soalan anda akan aku jawab dengan jujur..hahaha!

link :
http://ask.fm/SueMuncet




 Sila LIKE kalau suka..

12 November 2012

=Gambar Konvo dah sampai..!!=

kesibukkan yang melanda diri dihari minggu..kena kerja sebab ada event dekat Cititel Hotel Mid Valley..

just nak bagi tahu yang gambar konvo aku dah sampai..yeayyy..actually, gambar konvo nie dah sampai minggu lepas lagi..tapi aku nie takde masa nak update dekat blog..hihi..nampak tak sibuk bebenor..hahaha!
sampai dekat rumah..memandangkan takde siapa siapa dekat rumah, jiran aku dengan baik hatinya tolong wakilkan aku untuk ambil sampul nie..
bukak sampul dengan rakusnya..tengok gambar sendiri..okey..memang cantik..gambar terang okey..plus memang cantik la..tak boleh nak digambarkan dengan kata kata..hewhew..
nie alamat dan number hp tuan empunya yang snap gambar masa konvo hari tu..

memang puas hati la..tak rugi bayar mahal mahal untuk konvo hari tu..berbaloi baloi.. ;)





 Sila LIKE kalau suka..

04 November 2012

=Kesakitan yang melampau=

straight to the point je la okey..sekarang nie aku sedang menahan kesakitan akibat ulser yang agak teruk yang terjadi dekat dalam mulut aku nie..Ya Allah..sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu..aku rasa nie la ulser yang paling teruk yang aku pernah alami..aku memang kerap kena ulser nie tapi kali nie memang buat aku tersangat sangat la tak tahan..

aku kena ulser dekat area gigi bongsu tu..kena belah kiri dan kanan..tempat korang nak menguyah makanan tu..korang bayangkan macam mana aku nak mengunyah makanan..okey..mesti korang tak dapat bayangkan punya sebab korang tak kena..hmmm...aku sanggup tahan lapar daripada tanggung sakit nie..
tang gigi nak tumbuh tu aku boleh je tahan lagi tapi tang ulser nie memang buat aku sangat tak tahan..kesakitan yang melampau..nak makan pun takde selera even perut tersangat la lapar..sampai satu tahap tu buat aku menangis sebab tak tahan dengan rasa sakit nie..

disebabkan ni jugak la aku agak ketiadaan mood dan malas nak bercakap..aku dah letak garam, aku letak planta, aku dah letak bonjela tapi rasa sakitnya aku je yang dapat rasa..Ya Allah..aku dah tak sanggup nak rasa sakit nie..



 

 Sila LIKE kalau suka..